Selepas balik dari pantai tempoh hari, habis budak2 ni dilanda demam batuk. Pagi macam Alisha dah mula terkena bunga2 batuk dan panas2 dedar. Tapi still hantar pegi sekolah jugak. Sebelum tu dah bagi makan ubat demam dan batuk sesiap. Tengahari nanti amik dia awal sikit la kot sebab nak bawak baby pegi klinik.
Abang Ariff dan Kak Aisyah dah kecundang. Duk terlantar je kat rumah. Hari ni memandangkan akak dah keje, so budak 2 orang tu kena pi hantar ke rumah nenek dia. Ingat semalam nak pi hantar rumah tokmek, tapi Aisyah berkeras tanak pegi. Duk makan ubat demam dgn ubat batuk pun macam tak jalan jek. Ariff dia tiap kali demam memang drama. Akak memang tak terlayan la gamaknya. Apaknya yang handle bab mujuk memujuk. Dia memang tak nak makan ubat.. tanak makan.. tanak mandi... semua dia tanak. Jalan pun tak larat. Terhuyung hayang. Konfirm sembuh demam... badan dia tinggal tulang jek nanti. Biasa camtu la dia.
Aisyah walaupun demam.. dia still makan walaupun tak banyak.
Ni akak risau kalau Alisha demam gak. Dah la apak dia takde hujung minggu ni dan akak terpaksa la balik ke rumah tokmek. Pulak tu sepupu duk KL pulak nak balik. Tanak la berjangkit dgn orang lain plak nanti.
Aliyah tak demam. Tapi dia duk cirit birit sejak Ahad lagi. Akak ingat nak pegi klinik Isnin lepas tapi tak boleh sebab semua anak2 ada kat rumah. Nak tanak petang ni akak kena pegi jugak klinik bawak Aliyah.
No comments:
Post a Comment