Assalamualaikum anak2..
Sihat ka hari ni? Moga anak2 Ibu terpelihara dari sebarang kecelakaan, kesakitan, kemaksiatan yang boleh membawa kita ke arah neraka. Nauzubillah..
Pagi ni tiba2 Ibu bersemangat pulak nak menulis sebab Ibu nak bagitahu.. Today is Aliyah's birthday... Semoga panjang umur ye anak, semoga menjadi anak yang soleh penyejuk hati Ibu dan Abah. Semoga menjadi penjuang Islam.. Semoga menjadi anak yang pintar dan cerdik...
Anak, selepas breakfast.. Ibu sempat browsing my Instagram... Ibu tengok ada grup Kpop lelaki masing2 sedang berkissing mulut atas pentas sesama mereka, dan dalam masa yang sama peminat2 mereka sedang bersorak dan menonton aksi buruk mereka. Astagfirullahalazim....
Anak2, pesan Ibu ;
Jangan pernah minat dengan hiburan, sebaliknya jadikanlah Al Quran itu hiburan dalam hidup kita...
Jangan pernah jadikan penyanyi dan pelakon yang buruk sahsiah dan miskin dengan adab sebagai idola
Jangan pernah simpan cita2 walau sekelumit untuk menjadi sebahagian daripada mereka
Jangan pernah rasa kolot dan ketinggalan disebabkan kamu tidak mengikuti mereka..
Yang penting, Allah redha dengan kita sebab itu sebenarnya tujuan kita hidup. Untuk mencari keredhaan Allah...
Baca dan hadam apa yang Ibu pesan ni. Kalau kamu dah terlanjur sukakan hiburan, tak pernah lambat dan lewat untuk kamu berhenti,..
Tak salah untuk kita mendengar lagu. Minat lagu dengan niat kita untuk sekadar berhibur. Tapi jangan keterlaluan. Pilih la lagu2 yang berunsur kerohanian itu lagi la baik. Jangan sebarang minat lagi yang ntah apa2, liriknya mengagung2kan cinta sesama manusia, lirik yang mencarut dan lucah terutama lagu omputeh.
Pandai2 la anak2. Jadi orang yang bijak.
Sekian nasihat Ibu untuk pagi ni.