Sunday, April 14, 2019

Ibu dah makin malas membuat posting

Assalamualaikum...

hampir sebulan Ibu tak singgah sini. Ibu ingat.... Tapi ibu takde mood nak menulis. Plus, mood pun selalu swing. Ibu nak elakkan menulis tapi mood tak ok dan hati Ibu tengah panas, nanti Ibu mula lah nak bercerita pasal orang yang Ibu tak puas hati tu kat sini. Tapi, bila lama2 sikit, hati Ibu dah sejuk dan Ibu dah mula lupa.. Ibu takde lagi hasrat nak bercerita nak sini. Tak nak la Ibu share tentang perkara yang tak mengembirakan kann....

Next week Ibu nak ke Melaka. Ibu akan tinggalkan uolls semua. Anak Soleh (abg Ariff nak Ibu panggil dia anak Soleh), kakak Aisyah dan Kakak Sarah Ibu tinggalkan dengan Abah. Adik Aliyah Ibu tinggalkan dengan Tok Mek. Sedih hati Ibu nak tinggalkan anak2 especially Aliyah. Ye la, risau Aliyah takleh tido malam sebab dia biasa tido mengempeng dengan Ibu. Risau Tok Mek nanti penat nak jaga Aliyah... Risau Abah takleh nak uruskan anak2 sepanjang peninggalan Ibu nanti. Hmmm....

Tak sampai sebulan lagi kita nak puasa dah. Puasa Ibu tak habis lagi berganti. Lagi ada 10 hari. InshaAllah esok Ibu puasa lagi. Rabu Ibu nak ke Rantau Panjang.... then, Khamis Ibu puasa lagi. Harap Ibu sempat habiskan ganti puasa. Anak Soleh dah wajib puasa dah tahun ni,. awak dah 8 tahun.  Awak boleh je tahan berlapar kat sekolah sebab duit sentiasa habiskan untuk beli barang yang tak berpekdah, InshaAllah awak boleh berpuasa la kot tahun ni.

Ibu dengan Paklang duk plan nak melawat saudara Tok Ayah kat Kedah sebelum puasa ni. Tak tahu bila boleh ke sana. Sebab jadual macam pack aje. Minggu depan ke Melaka. Minggu depan sekali lagi plak ada operasi kat Pasir Puteh  + Abah nak pegi ambil kereta kat Penang.  Next another week tu pulak, dah nak puasa dah... cepat sungguh masa berlalu.

Penutup cerita, Ibu sentiasa berdoasa agar Allah mudahkan kehidupan kita

Post ni telah ditulis oleh Ibu pada 9 April 2019. 

No comments:

Post a Comment