5 more days before Ramadhan leaves us.... sedihnya
Abg Ariff puasa lagi hari ni. Puasa dengan chipsmore dan air masak je. Cuma hari ni Ibu tak benarkan awk datang ofis sebab Ibu rasa terganggu nak buat keje. Ibu suruh Abg Ariff stay kat nursery Aliyah considering that Ibu balik awal hari ni.
Semalam, puasa ke24 kita makan nasi bungkus je. Ingat nak keluar makan, tapi macam dah lewat sangat dan belum tempah kat mana2 lagi, jadi kita postpone dulu ke minggu depan.. InshaAllah. Ibu niat nak belanja sebab Ibu dapat rezeki lebih. Semalam puasa ke25, Ibu dengan abah makan nasi kerabu, Ariff nasi arab dan orang lain yang tak puasa makan nasi hujan panas. Petang ni mungkin kita balik rumah berbuka rumah tokmek.
Kat rumah tokmek semua cucu2 ada sebab maklong balik berpantang. Kalau semua ada agak messy la rumah tok mek. Klu kemas pun sekejap je sepah balik. Aliyah pun salah sorang yang agak penting yang mainkan peranan untuk sepahkan rumah tokmek. Tapi tiap kali sepupu2 dari KL balik, Ibu kesian jugak tengok anak2 Ibu mesti bertempel duk menengok dorang main gadget. Dari mula sampai kesudah duk nengok orang main. Kalau dapat pegang jap gadget diorang, uolss bukan main seronok.. tapi peluang nak main gadget dorang tu agak tipis laa...
Ibu memang tak bagi anak2 Ibu main sebab banyak kebaikan kepada kamu bila kamu tak main berbanding kamu main gadget tapi budak2 macam kamu mana la ambil maklum tentang itu kan. Ibu ambil keputusan,, Ibu akan benarkan anak2 Ibu main gadget ikut pada keadaan dan situasi. Macam situasi yang ibu terangkan kat atas..
Thats all kids...