Wednesday, May 29, 2019

Puasa ke24

Puasa yang ke24

Cepat sungguh masa berlalu.. sedih pulak Ibu bila dah Ramadhan nak tinggalkan kita. Ntahkan sempat ntahkan tidak nak jumpa Ramadhan tahun depan..

Alhamdulillah.. Ibu rasa puasa kali agak terisi berbanding tahun2 sebelum. Ibu sudah paham dan agak menghayati Ramadhan kali ini berbanding tahun2 sebelumnya. Sebelum ni bila tiba bulan Ramadhan, takde langsung excited nak mencari pahala lebih. Buat yang wajib sahaja... Ibu tak hayati Ramadhan...

Tapi kali ini, Ibu cuba untuk khatamkan Quran walaupun Ibu tahu macam tak sempat nak habiskan by end of this Ramadhan but Ibu tetapkan akan sambung walaupun dah habis bulan puasa sampailah Ibu boleh khatamkan Quran...

Ibu cuba buat amalan2 sunat yang lain... walaupun tak banyak, tapi usaha dan cuba buat jugak... Alhamdulillah. Ibu bangga dengan diri Ibu sendiri. Perubahan tak boleh secara mendadak, Ibu sedang mencuba dan harapnya Ibu akan sentiasa istiqamah...

Sehingga hari ni, Abg Ariff dah 5 atau 6 hari puasa. Alhamdulillah.... Ariff sila baca ini. Ariff actually sangat susah nak dibuat berunding. Bila kejut, Ibu mesti ada strategi dan skill. Kena umpan dengan makanan yang Ariff suka... bila sebut makanan kesukaan dia, terus dia bangun tanpa banyak kompromi. Hari ni pun Ariff puasa jugak. Ariff sahur dengan chipsmore dan air masak je. Actually Ibu dah lama takbeli chipsmore sebab biskut tu manis melampau. Semalam tiba2 Ibu beli chipsmore sebab ada promo kat Billion,tu yang excited sgt Abg Ariff ngadap buat sahur. Lepas makan siap usung balang biskut naik atas katil sebab takut adik makan. Tak baiknye perangai...nak makan sedap sorang2 dia jek..hari ni abg Ariff puasa jugak dan sempena cuti sekolah Ibu ajak abg Ariff lepak ofis Ibu dengan harapan nak suruh Abg Ariff buat latihan. Tapi takde nya nak buat latihan sgt.. tak sampai 2 3 mukasurat dah bising nak main ipad.
Tido sebab Ibu tak bagi main Ipad

Aisyah pulak boleh dikatakan setiap malam pesan suh kejut dia bangun sahur. Bila Ibu kejut sampai kesudah tak bangun.

Semalam kita berbuka kat Crystal Avenue. Abah lah yang beria sangat mengajak. Ibu tanak sebab Ibu rasa sangat membazir, bayar mahal untuk makan sepinggan nasi dan sedikit kueh. Plus, Ibu tak selesa berbuka dikalangan orang kaya-kaya. Ibu assume orang yang makan buffet ni mesti orang have2 kannn... Tapi bila abah cakap dia dah bayar terpaksa la Ibu pegi jugak dengan berat hati. Alahai... Ibu rasa makan nasi kerabu kat pasar Ramadhan dan beli kueh mueh kat pasar ramadhan jauh lagi sedap dan puas hati dari makan kat sana. Semua makanan berasaskan ayam dan daging.  Manenya udang?? Sotong ada jumpa lah sikit dalam tomyam.. ikan langsung takde. Air pun takde yang special...

Tapi Ibu tetap puashati sebab anak2 Ibu semua sangat behave especially kak Aisyah. Lepas makan siap ikut Ibu pegi solat. Dalam kereta, Ibu cakap masa berbuka tadi anak Ibu yang paling bagus adalah kak Aisyah, lepas tu Adik Aliyah, lepas tu Abg Ariff dan surprisingly Alisha berada kat tempat yang lassst.

Sedikit gambar untuk anak2 Ibu imbau kembali waktu uoll kecik2.






No comments:

Post a Comment