Wednesday, January 15, 2020

2nd posting for 2020

Assalamualaikum kids

My 2nd post for this year.

Alhamdulillah, perjalanan hidup di tahun baru berjalan lancar. Anak2 bersemangat ke sekolah. A few things yang Ibu nak share:

1. Ibu dah buat meja belajar untuk anak2 supaya uolls tak perlu bergelimpangan kat ruang tamu tiap kali buat homework dan beg2 sekolah uolss takde la bersepah di merata2. Bila dah ada kabinet untuk simpan beg masing2, ruang tamu kita nampak la lebih teratur sikit. 

sebelum
Selepas. 
2. Minggu lepas Ibu terpaksa pergi taklimat ke Ibu Pejabat. Agak seronok sebab pegi beramai2 bersama rakan sepejabat dan kami singgah banyak tempat yang agak mustahil ibu akan singgah kalau kita berjalan2 ke KL. Ibu mungkin takkan singgah bersama anak2 sebab kesukaran nak kawal uolss dan klu tiap kali berjalan, keutamaan ibu abah adalah untuk happykan anak2, so tempat tumpuan kita adalah tempat yang sesuai dengan anak2. Dan tiada keutamaan untuk Ibu pun sebenarnya. That was my first visit in 2020. Maybe next Ibu will be visiting Perak and Ibu not yet inform Abah about this. Kat bawah ni bilik Ibu masa outstation minggu lepas. Seronok sebab luasss... Terus teringat anak2... 





3. Last night sembang dengan Abang Ariff masa temankan dia buat homework. Abg Ariff cerita dia tak seronok sekolah kat SK Islah sebab dia takde kawan. Rupanya dia ada konflik dengan kawan2 mcm cinta 3 segi. Ibu nak nasihat pun Ibu sendiri pun tak reti berkawan masa sekolah. Nasihat Ibu, tak payah la nk kawan kalau budak tu tanak kawan dengan Ariff, tapi dia pulak cakap nnti boring takde kawan. Habis apa lagi Ibu boleh nasihat. Ibu cakap lagi, doa banyak2 dengan Allah minta mudahkan Ariff dalam berkawan. Dia boleh cakap, Ariff dah doa dah tapi tak jadi. Ibu cakap kena banyak2 doa, bukan sekali doa terus Allah bagi. Sebelum tido, Ibu cakap lagi.. apa2 masalah kita kena minta tolong dengan Allah,. Ariff cakap dengan Ibu sekalipun Ibu takleh buat apa pun... kena minta dengan Allah.. Allah banyak kuasa.  Itu aje yang boleh Ibu cakap kat dia.....

first day of school

4. So far, sejak Aisyah masuk darjah 1 boleh dikatakan setiap hari Ibu pegi teman dia makan waktu rehat. Tapi hari Ibu tak pegi sebab Ibu rasa dah sampai masa Aisyah berdikari sendiri masa rehat. Takde kawan pun takpe la. Bukan Aisyah je, ramai lagi budak lain yang takde kawan lagi. Harap2 Aisyah dapat sesuaikan diri. Minggu ni Ibu tak hantar pun Aisyah ke kelas fardhu ain sebab Ibu malas nk memandu ke taska . Dia duk menempel je kat ofis Ibu. 

5 Jan 2020
waktu rehat 12 Jan 2020
balik sekolah 13 Jan 2020
Balik sekolah 14 Jan 2020

No comments:

Post a Comment