Assalamualaikum....
Esok sudah 1 Ramadhan. Sempena kedatangan Ramadhan, hujan turun sejak dari semalam lagi. Hari ni masih hujan. Syukur Alhamdulillah, bumi kembali basah setelah lama kepanasan. Memang panas terik sungguh kebelakangan ni.
Ramadhan kali lain sikit sebab takde solat terawih kat masjid, takde bunyi azan dan orang mengaji dari masjid, takde nak kalut nak mengira turn nak balik berbuka kat umah sapa stiap minggu.. sedih. Ibu tak kalut pun bazar Ramadhan takde tahun ni, sebab dari Islam bukan bazar Ramadhan yang kita duk tunggu2... kita tunggu keberkatan bulan itu sendiri. Nak cari pahala lebih sikit berbanding bulan2 yang lain macam2 amalan kita boleh buat.... kalau takde bazar Ramadhan tu biaq pi la... Ibu boleh jah masak simple2.. klu boring masak, kita beli lauk simple2...
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang terindah dan penuh pengisian berbanding tahun2 sebelum. Aminnn
..
..
No comments:
Post a Comment