Esok plan nak pegi Penang dengan cik Viva Ibu... so, Ibu minta la kebenaran bos nak keluar tinted kejap... pegi 2 bijik kedai, tapi dua2 kedai masih tak buka. Menyampahnye la Ibu... orang buka kedai pagi2 supaya rezeki mudah masuk, ni tidak... tengahari panas ceng ceng baru nak buka kedai, rezeki dah pegi mana2 dah... Yang kedai orang cina tu biar pi la, yang kedai melayu ni... Ibu rasa masa Ibu call tadi tnya kedai buka pukul berapa, Ibu rasa budak tu masih tido lagi.. dengan suara macam bangun tido.. Dah call 2 kali baru berangkat. Ni, dah tak tahu nak pegi kedai mana dah... last2 balik ofis sia2 jah....
Nak cerita kat anak2, Ibu sebenarnya lepas PKP ni Ibu memang allergic dengan memasak. Memang taknak langsung memasak klu boleh... So, lepas masuk keje ni, Ibu jarang sangat memasak malam... sebab kepenatan sangat. Tapi setiap pagi Ibu akan bangun awal untuk sediakan bekal untuk anak2 without fail. Paling2 ringkas pun Ibu sediakan roti dgn coklat spread,.kadang2 kalu ada lauk kat rumah, Ibu goreng nasi atau mee atau bihun, goreng nudget, roti canai.. sampai takde idea dah nk buat apa. Penah gak terlintas di fikiran nak buat nasi lemak, tapi kat rumah takde stok cili kering. Dah lama nak beli, abah pegi beli cili kering yang halus2 yang pedas...memang Ibu kena pegi beli cili kering yang lain.
Anak2, Ibu tak masak sebab Ibu penat. Every day sampai rumah, Ibu akan baring golek2 atas katil sampai pukul 7 and then baru la Ibu boleh bangun. So, lepas bangun, settlekan urusan kat rumah.. Then ready utk solat maghrib dan ajar anak2 ngaji. Lepas tu push pulak korang buat keje sekolah dan push korang kemas beg sekolah untuk the next day. Lepas tu pukul 10 tu dah memang mata Ibu dah tak leh buka... kadang2 masa ngajar ngaji pun dah pengsan dah... Actually bila suruh korang buat keje sekolah, Ibu tak pantau pun sebab Ibu dan pengsan...korang pandai2 korang je... So, sini Ibu nak bagitahu, Ibu sekarang sentiasa penat dan ngantuk setiap hari padahal dulu Ibu tak macam ni. Dulu2 siap masak malam., pantau korang buat keje sekolah, lepas tu kadang2 sempat lagi lipat2 baju dan kemas2 beg... kemas dapur, baru masuk tido. Sekarang ni mana ada camtu dah..... mungkin sebab pemakanan Ibu tak cukup khasiat dan nutrien tu yang Ibu jadi lemau semacam. Dan sebab Ibu kesiankan anak2 asyik makan bungkus je,, Ibu dah mula amik supplement supaya badan rasa sihat dan bertenaga. Dulu Ibu memang tak minat nak ambik supplement sebab Ibu tak nak artificial vitamin tapi nak harapkan Ibu makan makanan yang bervitamin dan berkhasiat pun macam susah jugak.
Okla, itu sahaja cerita Ibu untuk hari ni. Esok Ibu cuti sebab kita akan bertolak ke Penang. Nanti Ibu akan upkan gambar kita nnti untuk tatapan uols esok2 di hari tua. Bye anak2...