Assalamualaikum Anak2...... hari ni uols masih cuti sekolah dan Ibu hantar korang ke transit je. Abg Ariff duk merayu nak bawak HP ke transit tapi Ibu tak benarkan. Ariff memang betul addicted dengan HP. Ibu dah cuba sedaya upaya nk limitkan Abg Ariff main HP. Aisyah takde bunyi apa2. Aisyah memang tak banyak karenah, tapi kalau masa dia meragam memang terbaiikkk... So tadik, Ibu bekalkan korang nasi berlauk sebungkus sorang dan Aisyah punya nasi separuh je. Dia memang tak suka klu makan tak habis.
Dan pagi tadi masa OTW datang ofis, Ibu sempat baca whatsapp group adik beradik Ibu. Asalnya, adik beradik Ibu dah set up satu group untuk famili. Semua ada kecuali Pok Su, sebab dia left. Termasuk jugak Tok Ayah dan Tok Mek.. Lepas tu tiba2 minggu lepas, Mokcik dah create group baru khas untuk adik beradik Ibu sahaja sebabnya..... khas untuk bincang pasal Tok Ayah. Mok cik cakap Tok ayah disyaki ada cancer buah pinggang. Memang tekejut Ibu dan adik beradik lain sebab tak sangka. Tok Ayah nampak sihat je...Terus Mok Long balik kampung minggu lepas sebab nak tengok Tok Ayah,.
So, dalam group Adik beradik tadi, Mok Long cakap.. masa dia nak bertolak balik KL, Mok Long pesan kat Tok Ayah suruh berenti bekerja dan berehat je sebab Tok Ayah tak sihat dan terus Tok Ayah nangis dan tu la first time Tok Ayah nangis. Ibu yang takde kat tempat kejadian pun rasa sedih. Kenapa Tok Ayah nangis?? adakah sebab tengok anak yang sangat ambil berat, atau adakah Tok Ayah risau sebab penyakit Tok Ayah atau sebab Tok Ayah fikir pasal benda lain.....
Ibu tahu, Ibu dan adik beradik dah beransur2 masuk dalam fasa kehilangan. Tokmek dan Tokayah dah tua dan dihujung2 usia. Selalu dah tak sihat sini sana. Kita tak tahu bila.... tapi kita tahu Tok mek dan Tok Ayah hanya ada dengan kita tak lama dah... tapi semua tu rancangan Allah, mana tahu kita yang muda ni pergi dulu pun mungkin jugak.
Dulu2 Ibu selalu berdoa dengan Allah, Ibu nak mati awal sebab Ibu taknak tempuhi tempoh masa kehilangan orang tua.
Ibu tak rapat dengan TokMek dengan TokAyah masa2 kecik sebab mungkin cara didikan Tokmek dengan Tokayah buat Ibu ada gap dengan mereka. Ibu tak penah nak cium2 dan peluk2 Tok mek dgan Tok ayah sebab Ibu segan. Ibu rasa adik beradik yang lain pun camtu jgk kecuali Mok Long.... So bila dah besar panjang ni, Ibu dah mula peluk2 Tokmek tu pun time hari raya.....masih rasa malu sampai sekarang.
Tokmek dan Tokayah memang layan adik bradik Ibu macam budak2 walaupun kami dah tua dah ada anak2. Ibu masih bergantung harap dengan Tokayah dengan Tokmek sebagaimana seorang anak perlukan tempat bergantung walaupun Ibu dah bersuami dan ada anak2. Tiap kali balik kampung, subuh2 bising suara Tokayah kejutkan Ibu dan adik beradik bangun solat subuh. Sampai sekarang....
Bila fikirkan balik yang Ibubapa Ibu dah sampai hujung2 waktu... Ibu nak spend masa yang terbaik dengan mereka. Ibu dah tak nak susahkan Tokmek dan Tokayah lagi, kalau balik kampung biar Ibu je yang masak untuk mereka walaupun sekarang mereka bukan selera sangat nak makan. Makan setakat yang mana ada jek. Ibu nak selalu balik jenguk mereka kat rumah. Nak ajak mereka makan2 kat luar.... kalau nak ajak Tokayah jalan2, Tokayah tak suka sangat, tak suka tido hotel sebab selalu ingatkan rumah takde orang jaga.
Ibu tak boleh lawan arus.. tak boleh hentikan takdir dan ketentuan Allah, tapi sebagai anak, Ibu mampu buat yang terbaik untuk mereka, cuba bahagiakan mereka sebaik mungkin. Ibu hanya berdoa agar Tokmek dan Tokayah panjang umur...dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan mereka, semoga mereka sentiasa bahagia dan kalau sudah ditakdir kan masa mereka sudah sampai Ibu doa sangat agar mereka dipermudahkan dan diberi husnul khotimah.......
Ibu sayang Tokmek dan Tokayah.
No comments:
Post a Comment