Thursday, November 26, 2020

Ariff dah bersunat

 Alhamdulillah, Ariff dan berjaya bersunat setelah berapa kali percubaan. Tahun ni, memang Ibu tak ambil port langsung.. 100% serahkan pada bapak dia untuk uruskan. Serahkan pada yang mahir, Ibu hanya sediakan makanan berpantang Abg Ariff sahaja. 

Sehari lepas bersunat, ada jugak dia menangis kesakitan... lepas tu dia dah ok je. Sepanjang seminggu selepas bersunat, memang dia pakai baju aje kat rumah... kain pelekat ntah kat mana2. Alasan, sakit bila kain kena bebird dia, jadi kami biorkan aje dia tak berkain untuk hari2 awal selepas bersunat. Tapi lepas 2 3 hari, dia masih suka tak pakai kain, hanya pakai baju aje kat rumah. Masalahnya kami semua ni sakit mata tengok Ariff,. Aisyah dgn Sarah ngadu  dorang takut tengok bebeird Abg Ariff. Ibu pun selalu bising suruh dia pakai kain pelekat. Bagi dia pilihan, taknak pakai kain pelekat, sila pakai seluar. Sejak Ibu bising2 ni nampak la jugok dia pakai kain... tapi geram la tngok, boleh la duk jalan merata satu rumah berbogel camtu... tak de perasaan malu langsung... 

So, lepas seminggu ni, pantang Ariff dah makin longgar. Dah benarkan dia makan goreng2..kadang makan merapu pun Ibu dah benarkan tapi makan untuk rasa sahaja. 

Lega dah settle satu urusan penting. 

Ariff pun sejak sunat ni memang dapat layanan VVVIP. Nak minum air, suruh aje adik2 amik. Tak kene bebel. Dapat main hp lama2 (utk 2 3 hari lepas sunat je), makan bersuap, mandi pun bapak dia mandikan.... memang puas hati dia....tapi selepas seminggu Ibu dah mula membebel kat dia especially bila dia selalu berbogel kat rumah. Sakit mata tengok...

Dah sunat tu, harap2 Ariff makin bijak dan matang la... boleh jadi contoh teladan untuk adik2.... 

Lepas sunat, bagi balik kad boboboi yang Ibu janji nak bagi tahun lepas tapi tak jadi bagi sebab dia tak jadi nak sunat... selepas setahun, baru dapat kad......




Tuesday, November 24, 2020

It's hurting me ......

It's really hurt and hard when:

I have something burdening me but no I have no one to share with. 

I am the only one that always does wrong and does the fault

All the blames always put on me

I am responsible for every imperfection 

I have to smile & pretend nothing happen but I am crying inside

To be strong but actually, I am not

I do something that gives me nothing in return



 


Monday, November 23, 2020

Ntah, tak tahu nak masuk tajuk apa...

 Assalamualaikum


Tiba2 petang ni, Ibu rasa nak menulis. U know what, lately since covid19 third wave hit Malaysia and most all of the states have to go through PKPB againnn and Thanks to Allah, Alhamdulillah that Kelantan is not included it the PKPB list. Ibu is so worried if Kelantan someday will also kena PKPB. Ibu risau sebab this situation will effect our economy and at the same time, this will situation make other people suffered so much.  Ibu risau sebab banyak benda. So many things weighing on my mind right now and Ibu can't really describe it out.

1. Firstly..jiran sebelah kiri rumah TokMek iaitu Mokcik Doh meninggal dunia dua tiga hari lepas. Sangat2 meninggalkan kesan pada Ibu dan keluarga dan jiran sebelah kanan rumah Tok Mek pulak sedang terlantar sakit. Bila orang2 tua sekeliling rumah dah beransur2 meninggal dunia, Ibu rasa sangat takut. Ibu takut nak tunggu giliran TokMek dan TokAyah. Ibu tahu mati tu pasti... cuma sepanjang hayat Ibu, Ibu dah hidup terlalu selesa,. terlalu alpa dan leka dengan dunia. Bila kematian berlaku terlalu kerap disekeliling Ibu, Ibu seolah tersentak dan terkejut. Ibu terus jadi takut. Ibu selalu bayangkan moment2 bersama mereka yang dah tiada. Ibu takut....... dan Ibu selalu ingatkan diri Ibu sendiri agar bersedia. Bersedia untuk kematian orang lain dan kematian diri kita sendiri. dan dalam masa yang sama Ibu terkilan sebab Ibu masih berfoya2 dan masih tak baiki diri. Selalu berangan nak bangun solat tahajud, tapi hakikatnya Ibu masih dengar hasutan syaitonn. Ibu nak berubah.. dan Ibu akan terus mencuba semoga Allah akan lihat Ibu. 

2. Ibu nak berenti buat dosa. Sekarang dosa yang sangat dekat dengan Ibu adalah mengumpat. Untuk elakkan mengumpat, Ibu kena jauhi orang2 yang suka mengumpat. 

3. Ex bos Ibu datang bagi taklimat kat ofis Ibu. Bos Ibu tu subordinate memang suka sebab respek dia suka bekerja,..banyak ilmu.. rajin.... orang bijak pandai. Dan memang Ibu akui. Dia memang orang bijak pandai, kata2 dia memang bernas dan ada point. Ibu tak lah gemar mana ex boss sebab dia selalu buat Ibu stress dan kata2 dia penah menggores hati tisu Ibu ni. Ibu taknak cerita la apa dia penah cakap kat Ibu tapi dia penah buat Ibu rasa sangat2 down sampai penah berhasrat nak minta keluar bahagian. Tup2 Ibu memang dapat keluar dari bahagian Ibu tu.. Alhamdulillah.... tapi bila dia datang sini balik, Ibu cuba jadi positif dan cuba lupakan perasaan Ibu yang penah tergores. Dan Alhamdulillah taklimat dua hari tu berjalan lancar.  


Monday, November 2, 2020

Pergi mengaji

Ibu dah jumpa satu tempat untuk hantar Ariff dan Aisyah mengaji. Dekat je dengan transit Ariff Aisyah. Jadi lepas ambil Ariff Aisyah dari transit, Ariff Aisyah akan terus pegi mengaji kat umah nenek ni. Nenek ni bahasakan diri dia TokMa. 

So, dah 2 minggu dah Ariff Aisyah pergi mengaji.. Harap2 usaha kita nak mendalami dan mengenal Al Quran akan berterusan dan diberkati Allah. Semoga anak2 istiqomah. Jadi, sebelah malam Ibu masih ajar mengaji pada siapa yang nak mengaji. Macam Aisyah rajin mengaji.. dia bersemangat sebab kononya nak compete dengan Abg Ariff, siapa yang habis baca Iqra' dulu. Bagus la camtu...




Supplement Ibu ambik..so that Ibu bertenaga nak uruskan uolls hingga ke tengah malam.