Thursday, November 26, 2020

Ariff dah bersunat

 Alhamdulillah, Ariff dan berjaya bersunat setelah berapa kali percubaan. Tahun ni, memang Ibu tak ambil port langsung.. 100% serahkan pada bapak dia untuk uruskan. Serahkan pada yang mahir, Ibu hanya sediakan makanan berpantang Abg Ariff sahaja. 

Sehari lepas bersunat, ada jugak dia menangis kesakitan... lepas tu dia dah ok je. Sepanjang seminggu selepas bersunat, memang dia pakai baju aje kat rumah... kain pelekat ntah kat mana2. Alasan, sakit bila kain kena bebird dia, jadi kami biorkan aje dia tak berkain untuk hari2 awal selepas bersunat. Tapi lepas 2 3 hari, dia masih suka tak pakai kain, hanya pakai baju aje kat rumah. Masalahnya kami semua ni sakit mata tengok Ariff,. Aisyah dgn Sarah ngadu  dorang takut tengok bebeird Abg Ariff. Ibu pun selalu bising suruh dia pakai kain pelekat. Bagi dia pilihan, taknak pakai kain pelekat, sila pakai seluar. Sejak Ibu bising2 ni nampak la jugok dia pakai kain... tapi geram la tngok, boleh la duk jalan merata satu rumah berbogel camtu... tak de perasaan malu langsung... 

So, lepas seminggu ni, pantang Ariff dah makin longgar. Dah benarkan dia makan goreng2..kadang makan merapu pun Ibu dah benarkan tapi makan untuk rasa sahaja. 

Lega dah settle satu urusan penting. 

Ariff pun sejak sunat ni memang dapat layanan VVVIP. Nak minum air, suruh aje adik2 amik. Tak kene bebel. Dapat main hp lama2 (utk 2 3 hari lepas sunat je), makan bersuap, mandi pun bapak dia mandikan.... memang puas hati dia....tapi selepas seminggu Ibu dah mula membebel kat dia especially bila dia selalu berbogel kat rumah. Sakit mata tengok...

Dah sunat tu, harap2 Ariff makin bijak dan matang la... boleh jadi contoh teladan untuk adik2.... 

Lepas sunat, bagi balik kad boboboi yang Ibu janji nak bagi tahun lepas tapi tak jadi bagi sebab dia tak jadi nak sunat... selepas setahun, baru dapat kad......




No comments:

Post a Comment