Monday, September 23, 2013

bencikkkk jerawat!!!

Dah 2 minggu jerawat kembali mengganas kat muka aku. Memang dagu adalah favourite spot utk jerawat naik..knp ek???klu sebijik je aku tak bising...ni dah sampai 10 biji jerawat keluar at the same spot n at the same time. Memang malu gile weiii...klu boleh elak, aku akan cuba elakkan dr bercakap dgn org...rasa cam buruk je muka aku nih bila berjerawat....

Aku suka baca satu blog ni....c33ram00n.blogspot.com, then aku terbaca satu posting dia pasal cetaphil, skincare utk acne prone skin. Lepas tu berkobar2 aku nak membeli produk ni dgn harapan cepat2 la jerawat aku ni hilang. Aku pun pegi la ke guardian untuk membeli produk tersebut....aku pun belek2...harganya agal mahal jgk la bagi aku klu nak dibandingkan dengan saiz nya yang kiut miut tu...ok, aku dah tak kisah...aku nak beli jgk...then aku pun amik la dianya cleanser, mouisturizer (betul ke eja nih??), dgn satu lagi krim yang ada spf 50++...sebelum byr, aku round2 duIu belek2 produk lain...then aku tertarik plak dgn Hada Labo...hmmm mcm best jek... pikir2...aku amik cleanser cetaphil, moisturizing lotion and uv protection yang Hada Labo punye.....
1 sold every 3 seconds....mcm hebat bebenor dianye lotion nih...wajib try, mana tahu muka aku akan jadi tulus mulus cam model tuh *jgnmimpilangko*


Cleanser cetaphil tu aku tanak tunjuk sbb dah selamat bertapa dlm blk air...tak kuasa aku nk g ambik gambr....







Buku pertama aku untuk musim ini......

Assalamualaikum....Selamat pagi...

Pagi ni bermula dengan tenang...sebabnya bos aku cuti...ahaks! tapi harap2 setiap pagi aku bermula dengan tenang dan baik, tak kira la bos ada ke tak ke...biarla aku bekerja dengan ikhlas sebab aku pegang amanah yang kerajaan telah berikan pada aku....bukan sebab bos okkkkk... Aku perasan, sekarang ni, daya fikiran aku tersangat2 lemah...cepat lupa walaupun untuk benda yang terlalu simple...seperti contoh, sebelum ni dlm tahun lepas aku penah audit engineer...lepas tu tahun ni aku dapat balik fail engineer, dan yang sedihnya aku dah lupa dah macam mana nak audit engineer....itu adalah satu contoh....actually banyak lagi contoh bahawasanya daya fikiran aku dah tumpul... Dan sebagai langkah untuk menajamkan semula daya fikiran aku, aku bertekad untuk mula membaca dan mesti habiskan buku aku tu secepat mungkin. Takpe, tak tajam berkilat pun takpe la....asal jgn tumpul berkarat sudah!! kesian aku..... Jadi aku nak mula dengan buku ini dulu....

Dah lama aku beli buku ni...baru terbuka hati nak membaca....

Sebelum ni aku risau sangat rumah aku tak sempat siap dalam tahun ni. Yela, kat sini, dah masuk bulan 11 dan 12 dah start hujan...skrg ni rumah kami baru 50% progress.. tapi tu la, dah nasib dapat kontraktor camtu,, terpaksa aku pasrah walaupun aku marah.. memang sekarang ni kami kerap pegi tengok rumah lepas habis waktu kerja.. klu ada yang tak berkenan, terus call kontraktor komplen, suruh betulkan semula...tapi biasa kontraktor aku ni cerdik, selalu call tak berangkat... Tapi aku ada bagitahu kontraktor tu, aku dah tanak push dorang buat keje cepat2...tak pela klu tak sempat masuk rumah tahun ni pun, asalkan ko buat rumah aku tu dengan cermat dan cantik okkkk... aku tanak la dpt masuk rumah tapi sini tak cantik, situ tak puashati, tanak la camtu...tapi semalam aku pegi tengok rumah, dorang dah start tampal simen kat luar rumah....tengah siapkan bumbung yang dah berbulan2 tak siap2...mungkin lepas ni diorang akan masukkan ceiling plak...mudah2an kerja berjalan dengan lancar...amin..aku tak amik gmbr pun semalam...sebab tukang rumah tu tido dlm umah aku..dorang siap sidai2 seluar spender dorang kt tingkap rumah...memang mencacatkan permandangan.

Aku ada bagitahu sebelum ni, anak2 aku sekarang ni tido lewat sgt...Ada satu malam tu dalam pukul 3 pagi kot....perangai Ariff macam pelik sikit. Dia main sorang diri kat ruang tamu, sapa la yang larat nak teman dia main sampai pukul 2 3 pagi, jadi aku tido dalam bilik dengan Aisyah. Biasa abah dia teman dia, tapi mlm tu Abah dia lak duk repair motor kt luar rumah. Selepas siap abah dia repair motor, dia masuk rumah terus ajak Ariff masuk bilik tapi Ariff cam kusyuk je main sorang2 kat tepi2 dinding... Asben aku suruh aku pujuk Ariff masuk tido,. Masa aku dukung dia, Ariff macam tersedu2 mcm baru lepas nangis, padahal dia tak nangis pun. Dia kemudian menangis2 sambil tanak masuk bilik sambil tangan dia tunjuk2 kat ruang tamu. Dia tanak masuk bilik sbb nak main kt ruang tamu. Kami dah rasa lain macam tapi aku dukung je dia masuk bilik.. pujuk2 dia, lama jugak la,, sampai la dia tertido... start dari mlm tu, aku baru terfikir, mungkin Ariff ada nmpk 'benda'...yang duk main2 dgn dia...kami terus bawak Ariff jumpa ustaz kat satu tempat tu....dan.........ustaz tu bagitahu, mmg ada 'something' yang ganggu Ariff and that's why dia selalu tido lewat..katanya, ada org hantar kepada kami. Aisyah kami tak bawak sebab kami pegi umah ustaz tu pun dah lewat mlm, mcm tak elok la pulak nak bawak budak kecik keluar time2 gitu. Ustaz tu baca ayat Quran n bagi air penawar balik minum n mandikan dua beradik tu. Selepas balik jumpa ustaz tu, Ariff terus tido sampai pagi... tapi Aisyah still tido lewat lagi..Aisyah pulak lain citenya....nnti lain kali aku sambung.

Sebenarnya, memang aku selalu dengar cerita2 mcm ni, tapi aku tak sangka pulak benda boleh terjadi pada aku dan famili. Harap2 gangguan ni sekejap je....




Monday, September 9, 2013

Aisyah...

Jam dah pkl 5.18 pg. Aisyah baru je tido...sejak dari pkl 1 lebih lagi dia x tido...takde tanda2nk tido pun..lepas Aisyah tido sempat jgk aku edit blog aku ni. Boleh la ubah sket2...sbb aku tak reti pun sbnrnya..merangkak2..

Pagi ni aku ada kursus psl GST kat Crown Garden Hotel...Harap2 aku tak tido la nnti. 

Thursday, September 5, 2013

Hari ni aku blk awal

Minggu ni aku rasa sgt2 seronok....sebabnya...aku keje 3 hari je mggu ni..rasa mcm terisi sgt waktu keje aku....ye la, dh hours of working singkat, tak terasa sgt la waktu yg terbuang tu...kan bagus klu ditakdirkan kita2 semua ni keje 3 hari je seminggu kannnn?....mimpi la aku!!

Skrg ni aku dlm kereta...masih menunggu suami tersayang. Khamis aku hbis keje awal, tapi asben blk cam biasa.. ada dlm sejam suku jgk aku kena menunggu..mmg boring la..dah la lapar...biasa klu aku rajin aku g jln2 kt The Store kt sbrang jalan ofis laki aku ni..tp hr ni aku malas nk keluar sbb rasa cam aku selekeh je hari ni..hahaha..kelakar...actually hari lain pun aku selekeh gak...cuma hr ni aku lagi selekeh dari hari2 biasa...

depan gate ofis sang suami
Jadi, point yg aku nk ceritakan pd ptg ini ialah....entah aku pun xtahu..mmg aku xde pape mesej pun nk disampaikan...sebelum aku lagi bnyk aku mengarut, baik la aku berhenti di sini dahulu...sekian, terima kasih...wassalam.


Wednesday, September 4, 2013

Hari yang tenang....jiwa yang kacau

Assalamualaikum....

Hari ni aku rasa sgt tenang dan rilex sgt2.....walaupun keja aku berlambak... that's why aku boleh update blog aku ni walaupun sekejap.... kalau tak, nak buka intenet pun aku tak selera...apatah lagi nak update blog...

Update pasal umah  aku yang dalam pembinaan...nmpak gaya nya mmg tak merasa la aku nak masuk rumah baru tahun ni.. kontraktor aku ni memang lembap.. rumah sebelah aku tu dah siap bumbung, dinding dan tampal simen, tangga rumah dah naik...sekarang ni dah nak buat longkang dah.... rumah aku pulak nmpak macam rumah terbengkalai je.. ye la, dua orang tukang je buat keje.. memang lambat la..sekarang ni baru duk tgh tampal simen....bumbung pun tak siap lagi.. memang sakit jiwa la aku bila ingatkan pasal rumah ni...






Dua hari lepas, Jabatan aku buat jamuan raya...macam best je..tapi aku tak pegi pun...tak pandai bersosial langsung aku kannn? Asalnya aku memang cadang nak pegi...bawak suami and anak...tapi malangnya, adik ipar aku masuk ward....so, takde orang nak ngasuh anak2 aku...sebab mak mertua aku kena berulang alik ke spital... terpaksa la aku amik cuti kecemasan untuk anak2 aku... Frankly, selepas aku melahirkan Aisyah, ni la kali pertama aku menjaga anak2 aku bersendirian tanpa bantuan sesiapa... memang penat sgt... tu anak baru 2 orang, kalau 5 orang....huhu tak dapat aku bayangkan... mesti aku macam org gila je, berserabai, muka pucat... Dulu2 mak aku jaga anak adik beradik seramai 7 orang rilex je...mana ada org nak tolong. Semua mak aku buat sendiri... Boleh je....tapi mujur la time tu Aisyah kuat tido siang.  So, masa dia tido tu.. aku cepat2 mandikan Ariff dan suapkan dia makan...so, xde la aku tertekan sgt walaupun kena jaga anak2 sorang diri..

Aisyah sekarang ni pun sama naik dgn abang dia, suka tido lewat...sekarang ni waktu tido anak2 dlm pkl 2 hingga 3 pagi. Penah sekali tu, Aisyah tido pukul 4 pagi. Esoknya dia bantai tido for the whole day...tak payah tepuk2, dodoi2...bagi je dia golek2 atas tilam...tengok2 dah tido. Betapa baiknya dia kannn? tapi bila malam, ko jgn harap la nak suh dia golek2 sorang camtu klu xde orang nak baring sekali sebelah dia... tu pun sekejap je dia boleh golek2.. lepas tu mula la merengek nak suh orang dukung....tu pasal sekarang aku rasa penat sangat... dah la malam kena berjaga sama dengan anak2... kena tido ikut time depa... pagi2 dah kena bangun nak pi keje..balik keje, dalam pukul 8 mlm aku dah betul2 pancit....



Tu pasal jiwa aku kacau.. dah la, aku dah nak sambung keje......