Assalamualaikum....
Hari ni aku rasa sgt tenang dan rilex sgt2.....walaupun keja aku berlambak... that's why aku boleh update blog aku ni walaupun sekejap.... kalau tak, nak buka intenet pun aku tak selera...apatah lagi nak update blog...
Update pasal umah aku yang dalam pembinaan...nmpak gaya nya mmg tak merasa la aku nak masuk rumah baru tahun ni.. kontraktor aku ni memang lembap.. rumah sebelah aku tu dah siap bumbung, dinding dan tampal simen, tangga rumah dah naik...sekarang ni dah nak buat longkang dah.... rumah aku pulak nmpak macam rumah terbengkalai je.. ye la, dua orang tukang je buat keje.. memang lambat la..sekarang ni baru duk tgh tampal simen....bumbung pun tak siap lagi.. memang sakit jiwa la aku bila ingatkan pasal rumah ni...
Dua hari lepas, Jabatan aku buat jamuan raya...macam best je..tapi aku tak pegi pun...tak pandai bersosial langsung aku kannn? Asalnya aku memang cadang nak pegi...bawak suami and anak...tapi malangnya, adik ipar aku masuk ward....so, takde orang nak ngasuh anak2 aku...sebab mak mertua aku kena berulang alik ke spital... terpaksa la aku amik cuti kecemasan untuk anak2 aku... Frankly, selepas aku melahirkan Aisyah, ni la kali pertama aku menjaga anak2 aku bersendirian tanpa bantuan sesiapa... memang penat sgt... tu anak baru 2 orang, kalau 5 orang....huhu tak dapat aku bayangkan... mesti aku macam org gila je, berserabai, muka pucat... Dulu2 mak aku jaga anak adik beradik seramai 7 orang rilex je...mana ada org nak tolong. Semua mak aku buat sendiri... Boleh je....tapi mujur la time tu Aisyah kuat tido siang. So, masa dia tido tu.. aku cepat2 mandikan Ariff dan suapkan dia makan...so, xde la aku tertekan sgt walaupun kena jaga anak2 sorang diri..
Aisyah sekarang ni pun sama naik dgn abang dia, suka tido lewat...sekarang ni waktu tido anak2 dlm pkl 2 hingga 3 pagi. Penah sekali tu, Aisyah tido pukul 4 pagi. Esoknya dia bantai tido for the whole day...tak payah tepuk2, dodoi2...bagi je dia golek2 atas tilam...tengok2 dah tido. Betapa baiknya dia kannn? tapi bila malam, ko jgn harap la nak suh dia golek2 sorang camtu klu xde orang nak baring sekali sebelah dia... tu pun sekejap je dia boleh golek2.. lepas tu mula la merengek nak suh orang dukung....tu pasal sekarang aku rasa penat sangat... dah la malam kena berjaga sama dengan anak2... kena tido ikut time depa... pagi2 dah kena bangun nak pi keje..balik keje, dalam pukul 8 mlm aku dah betul2 pancit....
Tu pasal jiwa aku kacau.. dah la, aku dah nak sambung keje......
No comments:
Post a Comment