Pagi ni bermula dengan tenang...sebabnya bos aku cuti...ahaks! tapi harap2 setiap pagi aku bermula dengan tenang dan baik, tak kira la bos ada ke tak ke...biarla aku bekerja dengan ikhlas sebab aku pegang amanah yang kerajaan telah berikan pada aku....bukan sebab bos okkkkk... Aku perasan, sekarang ni, daya fikiran aku tersangat2 lemah...cepat lupa walaupun untuk benda yang terlalu simple...seperti contoh, sebelum ni dlm tahun lepas aku penah audit engineer...lepas tu tahun ni aku dapat balik fail engineer, dan yang sedihnya aku dah lupa dah macam mana nak audit engineer....itu adalah satu contoh....actually banyak lagi contoh bahawasanya daya fikiran aku dah tumpul... Dan sebagai langkah untuk menajamkan semula daya fikiran aku, aku bertekad untuk mula membaca dan mesti habiskan buku aku tu secepat mungkin. Takpe, tak tajam berkilat pun takpe la....asal jgn tumpul berkarat sudah!! kesian aku..... Jadi aku nak mula dengan buku ini dulu....
![]() |
Dah lama aku beli buku ni...baru terbuka hati nak membaca.... |
Sebelum ni aku risau sangat rumah aku tak sempat siap dalam tahun ni. Yela, kat sini, dah masuk bulan 11 dan 12 dah start hujan...skrg ni rumah kami baru 50% progress.. tapi tu la, dah nasib dapat kontraktor camtu,, terpaksa aku pasrah walaupun aku marah.. memang sekarang ni kami kerap pegi tengok rumah lepas habis waktu kerja.. klu ada yang tak berkenan, terus call kontraktor komplen, suruh betulkan semula...tapi biasa kontraktor aku ni cerdik, selalu call tak berangkat... Tapi aku ada bagitahu kontraktor tu, aku dah tanak push dorang buat keje cepat2...tak pela klu tak sempat masuk rumah tahun ni pun, asalkan ko buat rumah aku tu dengan cermat dan cantik okkkk... aku tanak la dpt masuk rumah tapi sini tak cantik, situ tak puashati, tanak la camtu...tapi semalam aku pegi tengok rumah, dorang dah start tampal simen kat luar rumah....tengah siapkan bumbung yang dah berbulan2 tak siap2...mungkin lepas ni diorang akan masukkan ceiling plak...mudah2an kerja berjalan dengan lancar...amin..aku tak amik gmbr pun semalam...sebab tukang rumah tu tido dlm umah aku..dorang siap sidai2 seluar spender dorang kt tingkap rumah...memang mencacatkan permandangan.
Aku ada bagitahu sebelum ni, anak2 aku sekarang ni tido lewat sgt...Ada satu malam tu dalam pukul 3 pagi kot....perangai Ariff macam pelik sikit. Dia main sorang diri kat ruang tamu, sapa la yang larat nak teman dia main sampai pukul 2 3 pagi, jadi aku tido dalam bilik dengan Aisyah. Biasa abah dia teman dia, tapi mlm tu Abah dia lak duk repair motor kt luar rumah. Selepas siap abah dia repair motor, dia masuk rumah terus ajak Ariff masuk bilik tapi Ariff cam kusyuk je main sorang2 kat tepi2 dinding... Asben aku suruh aku pujuk Ariff masuk tido,. Masa aku dukung dia, Ariff macam tersedu2 mcm baru lepas nangis, padahal dia tak nangis pun. Dia kemudian menangis2 sambil tanak masuk bilik sambil tangan dia tunjuk2 kat ruang tamu. Dia tanak masuk bilik sbb nak main kt ruang tamu. Kami dah rasa lain macam tapi aku dukung je dia masuk bilik.. pujuk2 dia, lama jugak la,, sampai la dia tertido... start dari mlm tu, aku baru terfikir, mungkin Ariff ada nmpk 'benda'...yang duk main2 dgn dia...kami terus bawak Ariff jumpa ustaz kat satu tempat tu....dan.........ustaz tu bagitahu, mmg ada 'something' yang ganggu Ariff and that's why dia selalu tido lewat..katanya, ada org hantar kepada kami. Aisyah kami tak bawak sebab kami pegi umah ustaz tu pun dah lewat mlm, mcm tak elok la pulak nak bawak budak kecik keluar time2 gitu. Ustaz tu baca ayat Quran n bagi air penawar balik minum n mandikan dua beradik tu. Selepas balik jumpa ustaz tu, Ariff terus tido sampai pagi... tapi Aisyah still tido lewat lagi..Aisyah pulak lain citenya....nnti lain kali aku sambung.
Sebenarnya, memang aku selalu dengar cerita2 mcm ni, tapi aku tak sangka pulak benda boleh terjadi pada aku dan famili. Harap2 gangguan ni sekejap je....
No comments:
Post a Comment