Tuesday, October 22, 2013

Cuti kecemasan

Aku hari ni kembali bersiaran dari office...

Semalam aku cuti kecemasan. Aku sebenarnya dah sampai Kota Bharu, dah drop si suami depan ofis dia dan tiba2 mak aku call cakap Aisyah nangis tak henti2... nangis lain macam, nangis cam sakit je... mak aku suruh aku balik...dan dengan berat hatinya, aku terpaksa call bos aku, inform dia aku nak cuti kecemasan... dan aku secara otomatiknya tak bekerja. Lalu, pulang la semula aku ke rumah makayah aku yang jauh nun di sana. Kiranya semalam aku datang Kota Bharu semata2 nak hntr si suami datang keje ke la. Balik nnti, pandai2 la awak naik bas yeeee....

Sesampai aku kat rumah, Aisyah tengah tido. Dia nampak ok je...Alhamdulillah... Tapi dia semacam pelik sikit akhir2 ni, selalu nangis kuat camtu, kalau ada org yang tak dikenali pegang dia atau masa dia tengah tido. Tapi biasanya masa dia tengah tido la selalu je jaga dan nangis kuat2..Tak tahu la aku, tapi memang aku rasa macam ada something wrong aje. Semalam memang aku bercadang nak bawak dia jumpa sorang ustaz tu nak suruh dia tengok2 sikit Aisyah ni...Tapi semalam orang tu demam.. lain kali je la...

Aisyah yang selsema

Abang Ariff, graduan to be...InsyaALLAH
Lepas raya haji hari tu, aku di serang selsema...terpaksa la aku mengadap anak2 aku dalam keadaan aku yang selsema. Kalu aku tak hadap dorang, sapa lagi kan?? terpaksa la walaupun idung dah berair, bersin sana sini... dan guess what, sehari dua selepas itu Aisyah pulak yang selsema..huhu maafkan ibu ye Aisyah..... semasa kami ke konvo adik aku kat terengganu, Aisyah tengah selsema. Berat hati jugak nak bawak dia tapi memandangkan cuti dah apply dan takde sesapa kat rumah untuk bantu aku jaga anak2, jadi aku gagahkan juga kaki untuk join makayah aku ke sana.

No comments:

Post a Comment