Tuesday, October 8, 2013

Petang Semalam...

Petang semalam lepas keje kami pegi tengok rumah...Alhamdulillah, keje berjalan dengan lancar...dah naik tangga, bumbung pun dah nak siap...syiling kapur dah sampai...koridor pun dah siap... Moga cepat la siap rumah kami tu.

Semalam pegi tengok rumah, beli goreng pisang RM3 dan kerepok lekor RM3 sebab minggu lepas ada 4 orang tukang je kat situ... Hape, bila sampai tapak rumah....ramai la pulak tukang indon petang semalam ..bertambah pulak lagi 2 orang....Masing2 duk melepak depan rumah...tak jadi aku nak amik gambar rumah...karang masuk muka depa je dlm gmbar aku..

Sejak muka aku kembali dijajah oleh jerawat, aku nekad nak consume collagen...tapi taknak dah consume yang Kinohimitsu sebab yang tu bagi effect dekat anak aku... aku tak survey pun, cuma masa aku baca blog ramai sangat yang duk advertise Ephyra.. dianya kesan pun mcm bagus je, baca testimoni dan gambar selepas dan sebelum...so, aku pun beli la mendalah ni dua kotak dengan harapan jerawat aku akan pupus.. Dah seminggu aku minum benda ni....tapi jerawat masih lagi keluar........takpe2...aku kena rilex...tak boleh rush sgt.... mungkin sistem dalam badan aku ni tunggang terbalik...so amik masa skit la kot nak betulkan tu semua..







No comments:

Post a Comment