Tuesday, September 9, 2014

Beg oh beg

Pagi tadi......selepas sampai ofis, nak keluar dari kereta...ambik beg dari bawah seat, baru perasan beg aku dah koyak....aku pakai beg ni tak sampai sebulan pun lagi walaupun beg ni aku beli dah lama dari tahun lepas lagi... Aku bukan jenis suka tukar2 beg. Kalau aku pakai beg tu, beg tu la aku akan pakai sampai lenjan..padahal beg ada 2 3 4 lagi tersimpan dalam almari. Aku ni kategori cermat la kot. Sebulan lepas beg CarloRino aku pun koyak jugak. Tu pun beg baru guna jugak walaupun beli dah lama... benci!! sekarang ni masih ada dua beg lagi duk tersimpan dalam almari. Takde kesempatan nak bertukar2 beg. Start dari sekarang aku kena lenjan beg tu sampai koyak.. baru puas hati beli beg,. ni tak, duk tersimpan dalam lemari je..... sebab tu sekarang, aku tahan je diri kalau nak beli beg, sebab aku tahu kesudahannya macam ni la. Dalam tahun ni je, dah 3 beg dah koyak sebab tak digunakan.. termasuklah beg aku sekarang ni, dan dua lagi termasuk CarloRino tu. Sakit hati je bila ingat..






2 comments:

  1. http://naziramohamad.blogspot.com/2014/09/download-movie-running-man-drama-pakai.html sis, saya dah update ^^ mcm mana nak download movie... tq sbb bg feedback dkt chat... singgah skjp kt sini :D

    ReplyDelete