Thursday, December 29, 2016

Blog renovation done!

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama, akhirnya berjaya jugak I nak ubah appearance blog I. Leceh betul. Tapi tetap ku gagahi jua explore itu dan ini dan.... that is it!! Simple but nice. Nyaman mata memandang sebab kale hijau kannn...

Harap2 start dari tahun depan, takde la aku duk buang masa nak godek2 blog lagi. Just focused on writing anything that come out in my minds. Then, focus also on my worksss. Tahun depan tak leh nak ngular dan bermalas-malasan sangat dah. Be serious, hardworking and at the same time, be nice with people here in this department. 

Ok, thats all...

HAPPY NEW YEAR 2017 

Tuesday, December 27, 2016

Aisyah buat hal

Pagi ni I agak tertekan sedikit...karenah anak2 memang bisa buat ibu putar..
Pagi ni Aisyah pulok buat hal. Biasa Ariff... bila Ariff dah ok, Aisyah pulak take over. Dok bergilir budak2 tu buat hal pagi2. Gerammm aku. Tapi sabar je. 

Aisyah ni, akhir2 ni mengada dia tu memang overload la. Lagi2 dengan Abah dia. Geerraaammmmm.. 

Mula2 malas bangun. Bila ugut dia nak tinggal kat rumah sorang, mula la bangun tapi gak gi duk melalak kat abah dia. Mula2 tanak mandi... tapi bila abah dia berjaya pujuk gi mandi, malas naik pulak... Lepas tu melalak2 tanak pakai baju..dia nak mandi lagi. Suara dia melalak memang nyaring gilerr. Dahla aku misplaced hp aku.. Aku amik hp suami lepas tu try miscall hp aku... seriously aku tak dengar langsung bunyi ringcall hp sebab memang tenggelam dengan suara lalakan Aisyah. 

Aku sambil2 tu duk usap dada jah. Harap jangan aku hilang sabar. Pujuk + marah + ugut nak tinggal kat rumah memang tak bagi kesan apa2 pun pada dia. Last2 kami semua naik, abah dia padam kan lampu, kunci rumah....angkat sekali Aisyah yang bogel tu dalam kereta. Masih menangis lagi cakap Aisyah nak mandi lagi... 

Aku drive dan abah dia pujuk2, baru pakai baju... 

Alhamdulillah sampai school dengan selamat. Dan aku juga selamat sampai ofis, walaupun agak lambat dan mood agak swing. 

Masih lagi rasa geram kat Aisyah.

Ok ni, cite kat ofis plak. 

Hahaha.. gelak bodoh sket..

Aku dah berazam, balik Kelantan aku dah nak kurangkan gosip. Haha. Gosip ni takde pape pekdah pun kecuali heret ngko masuk neraka je kannn?? Memang aku nak jauhkan..

Tapi pagi ni aku dah 'tergosip' tanpa disengajakan. Pasal ofismate aku yang selalu moody pagi2. Semalam brekfast dengan si moody ni. Mana aku tahu dia ni macam tu. Orang tegur buat tak tahu. 

Aku dah... ok, fine. Next time jgn harap aku nak terhegeh tegur hang. Sekali dah terkena enough la...

Tak patut aku kan? Patutnya kalau la aku ni bagus.. aku takleh la nak layan angin dia. Tegur je la cambiasa. Like nothing happen. Buat tak tahu jek.

Hmm... for now, aku rasa aku takkan tegur dia dulu. Daripada buat sakit hati sendiri.. better aku prevent myself from being hurt. 

Ok, tu je cite aku untuk hari ni. 

Monday, December 26, 2016

Tersadai kat rumah

Selamat pagi...

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah kurniakan.... atas nikmat kesihatan kami sekeluarga...keluarga kecil aku...keluarga aku..dan keluarga mertua aku... Nikmat kerja aku. Walaupun tak kaya raya, namun kami masih mampu beli keperluan dan kehendak kami.. syukur Alhamdulillah yang tak terhingga..

Tiga hari cuti, kami tak kemana2 pun atas faktor hujan lebat dan jalan yang extra jammed. Kalau nak pegi bandar Kota Bharu memang berjam2 ambil masa padahal dari ofis aku ni nak ke bandar tak sampai 10 minit pun sebenarnya. Aku pun tak faham kenapa orang suka keluar time2 hujan lebat camni. Kalau aku, aku suka berhibernate dalam selimut jah. Nak keluar rumah pun malas... Agak boring jugak la. Bila cuaca dah panas sket, teringin keluar jalan2..gak nak makan kek.. tapi husband aku tu sibuk pulak dengan kerjaan dia. 

End up tersadai la kami kat rumah; dan aku duk berperang dengan anak-anak. 



Wednesday, December 21, 2016

World Peace.....

Hari ni dah 21 hb Disember 2016. Lagi beberapa hari dah nak masuk 2017. Nothing much that I can wish... really wish that there will be a better world for Muslims no matter where we are. Safe and away from wars, hatred, discrimination and will be treated fair as human being. 

I wish for a harmony and peace world, human stop fighting, talk about money and materials whereas Muslims can get along with other religions... smile and saying hi and hug to each other... live happily until the end of day...

Hope fully....really2 hope. I hate wars. I hate to see the violent. Let we all together promote the world peace...





Tuesday, December 20, 2016

Aku tak sanggup tengok... apatah lagi mereka yang berada di sana

This morning, me and my friend went to a premise for account checking. During the journey... i scrolled my FB just to fill my my time. Then I saw many picture of the Syrians who involve war. Until I saw this heartbreaking pictures. 



My hearts is crying out loud. My mood just went away... I kept remembered the poor toddler. They might same age as Alisha Sarah. Ya Allah.. please save them. They knew nothing. They are victims...

Aku tahu pahala aku tak banyak, atau mungkin tiada langsung... tapi aku sentiasa nak baiki diri aku. Kalau ada peluang aku cuba nak cari keredhaan di sisi Allah. Mencari pahala buat bekalan selepas mati aku. Tapi aku tak mampu nak tolong sedara2 aku di sana. Aku hanya mampu berdoa dengan Allah supaya lindungi mereka. Kalau boleh tukarkan pahala aku yang jika masih bersisa  ni dengan keselamatan buat saudara2 aku kat sana, aku sanggup Ya ALLAH....ambil la pahala yang aku ada ni.... kurniakan mereka keselamatan. Tolong kami Ya ALLAH......

Aku tahu, takde sapa pun yang baca blog aku ni.. but anyone who run into this blog,.. I just want  begging u...please give them a pray, even a second.... pray them save from any harm... from the torture of war... they deserve to live like us.....bayangkan jika mereka itu anak-anak kita.. 

Ikhlas dari aku yang tak mampu berbuat apa2. Kecuali berdoa. 


Monday, December 19, 2016

Pray for Muslims in Syria, Palestine and Myanmar

Akak rasa bukan akak je... kita semua saban hari duk didedahkan dgn penderitaan dan boleh dikatakan tiap-tiap hari jugak mata akk dijamu dgn gambar2 penderitaan yang dihadapi oleh saudara2 Islam kita di Syria, Palestine dan Myanmar. Memang jiwa akk ni tak senang tengok penderitaan dorang. Sedih...teramat sedih, sebab depa semua tu sedara2 akak dan pulak akak tak terdaya nak buat pape pun nak tolong dorang. Depa duk ketakutan sepanjang masa. Akk tak dapat byangkan jika akk kat tempat depa. Cuma menunggu mati je. Adakah akk akan jadi sekuat mereka. Macamne dgn nasib anak2 akak yang kecik2 ni.... hanya kepada Allah sahaja akak mampu mohon keselamatan buat sedara2 Islam akak di Syria, Palestine dan Myanmar....

Akak akui akk ni seorang yang sangat naif. Bila akak cintakan kedamaian, keamanan... benci permusuhan. benci kezaliman... akak inagt orang lain pun macam akak. Tapi, akak tak sedar, disekeliling kita sebenarnya ramai orang yang berhati jahat. Cuma kita tak boleh nak bezakan dorang kannn? Maksud akak, bukanla orang yang keje dengan akak... bukan jiran2 akak.. mungkin akak berselisih dengan penyamun masa akak pegi beli lunch kat kedai belakang ofis, mungkin jugak kita berselisih dengan pencuri masa kita jalan2 kat mall.... bak kata orang, kalau kita jalan2 kat mall, kita baling batu mesti akan terkena atas kepada salah sorang penjahat ni. Maksudnya dikalangan kita ni akan ada orang yang berhati jahat.... memang penah buat jahat ataupun berniat untuk buat jahat... 

Akak memang hairan la kenapa mereka takde hati perut dan perasaan kemanusiaan. Adakah kerana meraka ada penyakit hati atau sakit mental?? berbalik kepada musibah yang melanda saudara2 Islam kita di Syria, Palestine dan Myanmar... memang pelaku kezaliman tu orang yang sakit jiwa. Mereka boleh membunuh manusia lain...kanak2, bayi...wanita.... seolah2 mereka bunuh cicak. Mereka takde belas kasihan langsungggg.... 

Akak impikan dunia yg aman. Orang2 Islam bebas bangkit. Org2 Islam hidup dalam keadaan harmoni dgn penganut agama lain. Dunia yang aman harmoni hingga end of our day. 
.

Thursday, December 15, 2016

Bercuti

Dah seminggu tggl blog. Akk pegi bercuti setelah sekian lama duk memerap kat rumah jah. Bukan pegi obersea pun. Akk mana ada bnyk duit pung.. akk pegi Langkawi jah. Kebetulan kelantan cuti hari isnin dan selasa. Apalagi akk amik cuti hari Ahad. So panjang la sket cutinya. Somi akk duk bising2 nak pegi bercuti. So, layankan je la walaupun sebenarnya akk malas nak turun naik feri dgn anak2 ni. Lain la kalau naik kereta je sapa destinasi dituju. Dahtu pulak tgh cuti umum. Dah dapat agak camne ramainya manusia nnti.

Memang agak leceh la klu bagi kami yang anak2 kecik ni. Tambah pula manusia crowded gila. Macam sardin. Plusssss...feri yg delayed. Memang menguji jiwa betul.

Dahla..akk tak nak diingat2 lagi la perjalanan pegi dan balik ke langkawi tu. Yg lepas tu biar la lepasss..... so, lesson learnt.


Thursday, December 1, 2016

New room, new office

Yayyyy... fnally I have my own room after almost three weeks here. Alhamdulillah....

So, new room...new office... new ambiance. So hopefully everything goes smoothly and very well.

Sempena dapat pindah, I wish that I will be excellent in works and also my characters. Aku tak mahu banyak bergossip... aku nak be nice and be kind with everybody no matter what position they are. The key word is BE NICE AND BE KIND macam cerita cinderella gitewww..


Wednesday, November 30, 2016

The wind of change

Amboiii tajuk. Kemain mcm tajuk lagu plak...

First of all after return to KB the first thing that I do was to break the kids routine yang mana bapak depa duk biarkan aje selama ni..iaitu watching tv untill midnight. Sometimes depa ni siap berkampung depan tv sampai esok pagi. No no no kids...too much tv not good. So, the first trial....i switch off the tv at 11pm. Kids reaction mmg dijangka.. mengamuk sakan la especially si Ariff. And my husband kept asking me bagi je Ariff tngok tv sebab dia bosan dengar Ariff melalak. And still the answer is no. Memang la for the first time nk ajar anak, depa reluctant...but InshaAllah by time they will be get used to this new rule. And taht really true. As example, just now on 10.30 sharp they simply left the tv, went on bed and....sleep. With no excuses. Good Ariff and Aisyah. Maybe after ni I can ask them to stop tv on 10pm plak then slowly 9.30pm. Gradually...

Then the second things I are doing right now is giving my husband some tasks too because he was toooo comfortable without doing anything at home. That not good for me lah...sebab i will be burdened by all household chores...then i will get tired....i become stressed...and i will be singa with all my kids. Seriously..... Tapi to train an adult was too much challenging compared nak train kids. I have to maximise my patience..or otherwise we will get into fight. He always skip his task. Dahla I bagi the easiest task ever...tu pun selalu ngelat. Then automatically, mulut aku start jadi popcorn. Takpe, sabar lagi. Aku akan pastikan keje2 yang aku suruh tu dia akan buat tanpa aku remind lagi. Slowly......the hardest to me nak suruh dia basuh bilik air. 

What else? Selain tu I was trying to make kids more independent. Mcm contoh bapak depa will carry them to car everymorning they want to school and same after they come back from school. Then they will left their school bags in the car and their bapak will collect the bags at night. Sangat menyusahkan diri sendiri. So, I already biasakan depa jalan sendiri with their schools bag to car or into the house. Dan after this i wish to train them so that they will be able to hang their school towel and put their dirty clothes into the washing machine. I will try. 

Hope everythings goes well and smooth as i planned.

Chao...

Sunday, November 27, 2016

Bonuspoint dll

As usual, bila Alisha tidor...means aku pun dah boleh rehat. Biasanya bila dah masuk bilik memang aku tak keluar dah. Semua keje kat dapur tu aku dah settlekan awal. 

Malam ni aku masak lauk paling senang.. setakat campak2..zaaapppp siap. Lagi satu singgang daging. Budak2 ni suka la sup2 gitu walaupun hakikatnya singgang aku ni tak sedap punn..tak rasa singgang pun. 

Lepas Alisha tidur boleh aku berangan lama sket. Sejak aku balik Kelantan, isi minyak pun RM50 boleh jalan utk 2 minggu. Jimattt sgt.. tapi tak bnyk la bonuspoint aku boleh kumpul. Aku pun tak tahu apa yg aku melalut pasal bonuspoint mlm2 ni. Hmmm...mcm dh takde benda sgt dah nak cite. 

Aku dah tahu bahagian mana aku keje nanti. Cumanya aku tak gi report duty pun lagi. Nnti klu dah...aku upload gmbr bilik aku.. 

Dah la....


Saturday, November 26, 2016

Black Friday

Semalam kan online seller suma duk kecoh pasal Black Friday. Hmmm...aku sibuk duk telek instagram jela semalam. Kot2 tersepak handbeg murah2 ke. Memang ada jumpa... tapi.... aku dah order 2biji beg dah....rasa cam membazir la plak klu beli lagi. So, kuatkan semangat. Ada rezeki aku beli tahun depan la. Aku ni bukan orang berada yang duit lebih berlonggok2 dlm bank. Duit pun cukup2 je. Jadi, aku pujuk diri sendiri macam tu la....

Tu je nak citer...babai

Misi bercucuk tanam: Intro

Alhamdulillah....syukur yang tak terhingga. Aku dapat balik Kelantan akhirnya. Aku memang tak dapat nak ceritakan how happy I am right now... cumanya, aku berazam nak jadi seorang manusia yang solehah...sentiasa mencari keredhaan Allah dalam apa jua aku lakukan. Allah sentiasa tolong aku, sentiasa berikan aku nikmat...jadi aku tanak jadi hamba yang lupa diri. Aminnn....

Balik, first of all aku bertenang dulu. Walaupun banyak actually tasks yg aku kena buat especially pasal rumah aku yang macam rumah tinggal. Memang penat sebab memang aku sorang2 yang duk pulun fikir apa yang aku nak buat so tht rumah aku boleh ditransformkan jadi rumah yang cantik walaupun kecik je. Yang penting aku dah kena start kumpul duit la. Memang duit adalah isu utama. Yela..kena kumpul sebab nak ganti balik duit saving yang telah aku guna masa keje kat Kuantan hari tu.... fuhhh...

Aku dah start bersihkan rumput kat belakang rumah...misi aku, area belakang rumah tu aku nak buat kawasan bercucuk tanam... plannya nak tanam sayur yang memang aku duk selalu guna contoh cam kunyit ke...halia ke...lengkuas ke...pandan ke...daun kari ke... cili padi ke...hehehe. Harap2 menjadi la... jgn setakat berangan jah. So, sekarang ni aku bersihkan rumput dulu,..nnti dah lepas musim hujan, aku dah boleh start membeli tanah dan cari anak pokok. Aku tengah eksited ni...impian aku, aku nak journalkan usaha aku start dari zero sampai ia betul2 buahkan hasil.



Chayyokkk!!

Monday, November 14, 2016

First work day in Kelantan

First work day kat Kelantan. Nervous jgk sebab dah mcm tempat baru dah pulak. Dengan ahkak yg takde kawan ni, akk rasa cam newbie jah. Duk pikir lepas lapor diri ni ahkak nak lepak kat mana? nak kawan dgn sapa? mcm bdk2 sgtttt.... Tadi ahkak dah pegi opis nak lapor diri, tapi bos plak takde. Ahkak pun amik la kesempatan tu pegi survey taska untuk Alisha. Memang dah tak tahu mana dah nak letak dia. Duduk dgn Aisyah pun bagus jgk. 

Sampai sana, lepas tanya itu dan ini... nasib baik Alisha accepted utk masuk sana tanpa registration fee. Taska ni under Little Caliph jgk. InshaAllah tahun depan sambung sana, unless en suami tak setuju. Ahkak rasa memang ok sgt la kat sana, tengok Aisyah mcm banyak je aktiviti dia buat tiap2 hari. Takde la gi taska duk melanggok depan tv je for whole day. Monthly fee RM320. Lagipun sekarang ni ahkak rasa dah standard la upah pengasuh RM300. Cuma taska ni extra la RM20. 

Memandangkan pagi tadi takde tempat tmpt nak hantar Alisha, terpaksa minta tolong dgn makcik jagakan Alisha. Siaann dia,.. tp terpaksa la nakk oiii..

Pagi tadi jgk, Ariff Aisyah semua nak g school dgn aku. En suami dah senyum2 lega. Terpaksa la pegi hntr bdk2 ni dulu. Masa Ariff pegi school, ok je dia. Cuma tcer2 dia duk ngusik, bestla Ariff ibu dia dah balik Kelantan. Tapi aku tengok muka Ariff toye je. Takde expression langsung.....

Ok, lepas tu pegi pulak hntr Aisyah.... bila aku nak balik, meraung2 dia berpaut kat kaki tanak duk sana. Mesti dia ingt petang karang aku takde. Sebab sebelum ni mcm tu la, klu aku pegi hntr pagi...belah ptg aku dah selamat balik Kuantan....

Aduhaiii anak2......


Welcome back to Kelantan

Safely arrived at my home sweet home. Dah start semula jadi supermom. *supermom la sangatttt


Balik rumah, first2 mesti la kena hadap rumah yg bersepah sana sini. Baju kotor, cadar kotor, selimut kotor...pendek kata bnyk la kain kotor kat rumah ahkak ni. Dahla sekarang dah start musim hujan. Nak membasuh pun kena pilih2 hari jgk la..


Apa yg ahkak cuba tunjukkan adalah kain2 kotor sedang beratur tunggu giliran nak masuk dalam mesin basuh. Berdisiplin sgtttt kain2 ni.

Abaikan benang2 purple atas lantai rumah ahkak. Semua benang2 tu dtg dari karpet kat depan tv. Akk dah habis daya duk sapa benda alah tu, tp still tercabut jgk. Ahkak dah tak sabar nk tunggu karpet tu togel, bila semua benang dia dah tercabut so tht tak perlu lagi pening pasal benang dia merata2 pegi sampai ke bilik tidor. 

Ni baru separuh brg dari Kuantan. Separuh lagi dalam keta adik.




Sunday, November 13, 2016

Farewell party.

Esok sehari je lagi aku kerja kat Kuantan. I will miss Kuantan so muchhhh lepaih ni. Poyo sgt kannn...but seriously, i enjoy my working days here except the price for goods here quite expensive. Dont know la why....

Hari ni ada majlis meraikan perpindahan aku. Well, aku rasa aku quite organise in delivering my speech compared my presentation last week...very hancussss. Sangat malu to myself and my juniorss... I also got this today...





And today i quite busy in finishing my tasks, kept my thingy in boxes, disposed all unused paper, preparing list of tasks to be handed over...so that next person tht used this room not feel like she or he is in a sarang tikus.......




Yesterday....my unit held a farewell party for me at Dapur Mama. Aku suka nasi kukus kat sini...gonna miss this nasi really soon.

Huhu...so sad. I gonna miss Kuantan...gonna miss my workplace....gonna miss friends here..and going to miss everything here...tak tahu bila pulak boleh sampai sini... babai Kuantan, and please harga barang2 kat sini...please jgn mahal sgt...

Tuesday, November 1, 2016

Takut dengan sapa?

Jumpa gambar ni.

Aku imagine mesti org ni paranoid sangat. Kenapa camtu sekali? Takut dengan sapa?

Terus terlintas dlm fikiran aku....malaikat maut. Jauh mana kita lari, banyak mana kunci kita pasang, even macam dalam gambar tu....tak dapat sekat dan halang dia datang. Jika dah sampai masanya....

Biar la aku dan ahli keluarga ku mati dalam husnul khotimah...dalam keimanan..... amin.

Good nite....

Alhamdulillah.....kembali ke Kelantan akhirnya

Jumaat lepas lagi dapat tahu. Syukur Alhamdulillah.....bersyukur ke hadrat Ilahi...Allah memang mendengar dan tidak pernah mengecewakan...cuma cepat atau lambat sahaja Allah nak bagi. Allah ada perancangan yang terbaik untuk aku. Thank you Allah....... Tak sempat aku nak share berita baik ni. Semalam aku sibuk buat preparation untuk presentation hari ni. Semua mood buat keje automatik hilang bila tahu kena present. Cuak siot. Aarrgghh....

Nak tak nak memang la kena hadap. Sampai bila aku nak larik kan... syukur Alhamdulillah juga dah settle walaupun presentation aku sangat teruk. Malu kat anak2 buah......

Aku dah start simpan barang sket2 time Alisha tdo. Klu dia tak tido nnti dia pun nak ngemas sekali. Tak bleh aku... stress.

Aku pun jugak mula duk berlatih nak bagi ucapan utk majlis perpisahan aku nanti. Hahahaha... ada majlis ke untuk aku???

Thursday, October 13, 2016

Alisha dapat pengasuh baru.....

Pagi tadi pegi hantar Alisha kat rumah pengasuh... Alisha menangis. Sedihhh lak aku.. minggu ni Alisha memang tanak dgn pengasuh dia tiap kali aku nak tinggal di pagi2. Erat je dia peluk aku. Sabar la nak ye. Kita bertahan sampai hujung bulan ni jek. Lepas ni kita duk dgn makcik kat IM2.

Petang semalam lepas balik keje, ajak suami aku pegi cari pengasuh baru untuk Alisha kat area IM 2. Kebetulan masa kita round2 tu, nampak la sekumpulan makcik duk berborak kat tepi jalan. Pegi tegur depa, tnya kot ada orang mengasuh budak tak area situ. Aku memang bernasib baik la sebab sekumpulan makcik yang duk berborak tu memang mengasuh budak. Apalagi aku terus berkenalan... InsyaAllah bulan depan, aku akan hantr Alisha kat rumah makcik tu. Nampak cam ok je.. Harap2 pun ok la nnti...

Semalam jugak husband aku pegi interview.. Reaksi dia lepas interview tu macam takde harapan. Dia sendiri yang cakap camtu. Lepas dia cakap camtu, tiba2 aku rasa cam rilex sket... mungkin tak dapat kot. Ada chance la aku nak balik keje Kelantan. Hikhik


Kembali semula ke Kuantan

Lama nau tak membebel kat sini.... Aku sibuk...

Sejak dua menjak ni, aku rasa cam tak tenteram jerk. Rasa macam ada beban yang terbuku dalam kepala dan fikiran aku ni. Adoii..banyak menda kot duk fikir. 

Minggu lepas seminggu aku balik berkursus kat Rantau Panjang. Best betul bila duk kat kampung,. jumpa dengan anak tiap2 hari... Jumpa Aisyah. Ariff plak duk KB dengan Abah dia sebab senang dan dekat dia nak pegi sekolah. Minggu ni dah balik keje kat Kuantan balik. 

Pertama sekali yang perkara yang duk menghantui aku ni pasal pengasuh anak aku ni. Instict aku kuat je kata anak aku tak happy duk sana. Dan aku jugak syak dia tak jaga anak aku betul2. Cakap terbelit2. Dah tu yang paling terkesan.... aku lupa nak bayar upah dia mengasuh... terus dia wasap aku tanya pasal duit padahal aku tengah on the way balik Kelantan. WTF? Cuti 2 hari je kot? takkan tak leh tunggu aku balik lagi 2 hari? Situ dah aku rasa lain... orang lain kalau ikhlas buat keje, takde nak pandang ke duit je., terus petang tu aku suruh kakak aku tolong bank in kat acc bank dia. Semalam lagi satu hal lagi. Aku pegi amik Alisha pukul 2. Tengok Alisha tengah nangis2 depan tv. Kalut dia bercerita... Alisha itu la...Alisha ini la... aku dapat je agak budak ni banyak kencing aku ni.... buat2 cerita la terrr... Aku kalau boleh nak Alisha bertahan sampai hujung bulan ni jek. Tapi mana aku nak cari pengasuh area sini eh?? pening aku.... 

Kedua nya... yang mengganggu fikiran aku. Suami aku minta keje kat Temerloh. Hari ni interview kat Kuantan. Aku dah tak tahu nak cakap apa.... rasa sedih la... sebab aku ni duk termimpi2 nak balik Kelate, tup2 husband aku nak datang keje sini??? Macamne dengan rumah aku tu nanti?? Sekolah anak untu tahun depan pun aku tak register lagi sebab duk tunggu takut nama suami aku naik untuk keje kat Temerloh. Sedih weeiii...

Lagi satu...yang ni masalah internal dalam diri aku jek. Memang aku akui sangat...aku ni seorang yang cool... ramai yang cakap aku ni jenis rilex... cool... jenis tak kisah... memang betul. Aku memang cam tu. Tapi sebenarnya, aku ni seorang yan penakut, rendah diri dan pemalu. Sangat. Aku paling benci public speaking.  errrr.... sambung esk. 



Wednesday, September 7, 2016

Aku penat...emotionally, mentally & physically.....

Lama dh rasa tggl blog ni. Nak menulis cam xde yg best je nk cite.

Aku skrg terlibat dgn operasi blue ocean strategy selama 4 bln. Lama wehhh. Nk cari duit ke Kerajaan la ni. And at the same time... cari company yg suka menipu. Padan muka hangpa...aku benci org yg suka menipu.

Operasi baru seminggu. Dah rasa penat dah berkejar sana sini. Camne nak hadap lagi 3 bulan dan 3 minggu lagi?? Harap2 aku boleh balik kelantan. Aku nak larikan diri la dr semua yg memenatkan camni.

Aku rasa cam penat....penat mengharap utk balik kelantan. Aku penat dgn ragam manusia yg aku terpaksa hadap sepanjang operasi ni. Dahla aku ni penakut. Kena gertak sket....sampai malam xleh tido. Camne tu? Penat...... aku balik bersama anak2 aku. J

Thursday, August 18, 2016

Cari bilik sewa lain

Hi dunia...Selamat pagi...Alhamdulillah, dah selesai urusan breakfast. Pagi ni kite makan roti canai kosong + roti canai telur + teh tarik. Nikmat sungguh setelah semalaman menahan lapar. Bungkus nasi siap2 untuk makan tengahari.. Malas dah nak keluar. 

Tengok balik post2 aku untuk tahun ni, hmm...kerap jugak aku menulis.. berbanding tahun lepas. Rupanya dah 5 tahun jugak aku berblog tapi masih macam amatur jugak. Banyak ilmu aku tak tahu + takde masa nak godek2 blog..

Sekarang ni aku tengah usha bilik sewa lain kat area ofis aku ni, Aku tak hepi kat umah tu sekarang disebabkan budak 2 ekor tu. So, dari aku duk memendam rasa dan memerap jek dalam bilik, adalah lebih baik aku pilih jalan keluar.. Asalnya aku suka je duk sana walaupun sewa agak mahal. Aku pentingkan keselesaan sebenarnya. Kalau aku selesa why not aku berhabis banyak sket.... tapi sekarang aku dah tak selesa... solutionnya....cari bilik lain la beb.

Petang ni nak gi tengok satu rumah tu kat area sini jugak. Jauh sket je..dalam 2 3 kilometres jek. Tapi aku rasa masih boleh dipertimbangkan...kalau rega jauh lebih murah dari sekarang...dan takde katil. 


Tuesday, August 9, 2016

Anak2 kitew

Ariff dan Aisyah datang ofis Jumaat lepas. 

Big Aisyah

Budak ni abah dia selalu duk kata anak kesayangan aku. takde nyer...semua budak2 tu kesayangan aku. takde lebih takde kurang pun

Jangan strict sangat boleh tak??

Hari ni memang takde mood sgt nak buat keje. Terlebih cuti kot.

Aku tiba-tiba rasa hangin jek pagi ni bila baca paper clip kat bawah ni. Sila baca:


Aku bukan hangin kat perempuan malang tu. Aku hangin kat tuan majistret tu. Dia takde perasaan belas ke? Pompuan tu mengandung ok! Sedang sarat mengandung. Laki keje buruh.. Anak kecik berderet. Kenapa dia mencuri? Of course la bukan sebab suka2 nak mencuri. Dia tak de duit..... dengan nilai RM 165 yang dia curi tu, kalau aku ada kat tempat kejadian... InshaALLAH aku akan bayarkan kat dia. Settle kes. Biar dia balik bersama anak2 dia dan tunggu nak bersalin dengan tenang.

Aku tahu ko tu majistret. Tak boleh ke ada belas ihsan sket kat orang2 susah cam dia?? Hanya kerana RM165 je, dia kena duk penjara..bersalin dalam penjara... lagi kena denga RM 3000... anak2 kat rumah terabai camne nasib tanpa mak. Dahla dia mencuri sebab takde duit, lagi nak kena denda RM 3000. Mana la dorang nak pinjam.... Orang miskin yang mencuri setakat berapa ratus jek, dan2 kena hukum penjara.... orang kaya yang duk berjimba dengan wang rakyat la... rasuah beratus2 juta... lepas bebas takde orang nak kejar.

Sedih aku memikirkan nasib sedara2 seislam aku ni. Yang susah dengan cara orang susah. Yang kaya pulak dengan cara orang kaya nya.....  Tapi seriously aku kesian dengan pompuan ini.... patutnya kita yang senang tolong la dia...bukan lagi susahkan dia. Kesian dengan anak2 dia. Tapi faham la tuan majistret tu bukan keje dgn Jabatan Kebajikan Masyarakat kannn..... Aku doakan semoga Allah permudahkan urusan kakak yang malang tu, murahkan rezeki dia... anak2 dia jadi anak2 yang berjaya yang boleh bantu dia nanti. AMIN.

Thursday, August 4, 2016

Mengumpat sket....

Lagi edisi mengumpat pasal budak dua ekor kat rumah sewa aku tu. 

Aku perasan... sabun basuh aku cam ringan jek. Padahal baru beli sebelum masuk posa hari tu. Kalau ikutkan sabun basuh sebelum ni boleh bertahan sampai 5 bulan wei. Yela, aku basuh baju seminggu sekali je kot. Kadang2 tu tak membasuh langsung seminggu. See... ada orang guna sabun basuh aku. Solution dia; bawak masuk sabun dalam bilik. Settle...

Sabun mandi aku baru jah refill belum puasa jugak... dah tggl 1/6. Pelik, aku mandi kadang2 mandi sekali sehari jah. Macam ne cepat sgt habis?? Ada hantu yang guna la tu.... aku tengok sabun mandi depa dah memang kosong. Habis licin. Bongok. Solution: aku bawak masuk sabun mandi dalam bilik. Padan muka. Semua benda orang dia balun. Memang muka tak malu. Aku memang tak penah jumpa la budak2 tak reti bahasa camtu. Semua benda orang dia balun guna tanpa minta kebenaran. Makanan pun sama....letak dalam peti ais, tup2 dah habis. Tension aku. Aku memang berkira, sebab aku tak suka budak2 tu. Seriously. Kalau dia tanak kuar, biar aku yang keluar. Cam tu jek. 

Aku memang berkira. Aku keje, aku bukan nak tanggung hangpa. Hangpa malas keje, tahu bersolek melawa je, Takde sabun mandi ka, takda sabun basuh ka, hangpa tenyeh la lipstik hangpa tu buat sabun. Bencik!

Wednesday, August 3, 2016

Nak balik kelate:(

Baru pukul 10 tapi sunyi sepi ja. Jap lagi aku pun nak tido la. Moga2 boleh bangun awai sket pagi esk. Dah 2 hari Alisha bngun awai. Tak sempat aku mandi. Terpaksa la tebalkan muka gi ketuk bilik housemate suruh dia tengokkan Alisha kejap.

Aku stress dgn budak2 dua ekor kat umah sewa aku ni. Sakit mata la. Aku sebenarnya duk sabaq jah depa kuar cari rumah lain. Aku tak 'tega' la nak kongsi bilik air ramai2 camtu. Dapat bonus lagi. Bilik ayaq yang kotor. Geli aku. Kalau org baca mesti cakap aku banyak komplen. Dah tau kotoq gi la basuh. Ok...meh sini aku ceghite. Aku ada gak basuh time dah kotoq sangat. Tapi takkan nak harapkan aku ja. Benda kongsi...kongsi la basuh. Tapi betul budak2 tu memang tak paham bahasa. Memang housemate sorang lagi ada duk khabor, dia dgn bdk 2 ekor tu tgh duk cari rumah. Klu cepat kuar baguih la. Takutnya 2 3 bulan lagi duk menempel kat situ...biar dak pun. Aku nak bagitahu je ke tuan umah. Kalau depa tak keluar, biar aku je la pi cari rumah len. Kot2 terjumpa rumah lagi murah. Rezeki aku la. Esk kot aku bgtau.....

Semalam....aku terjumpa member lama kat facebook. Lainnya fizikal dia. Dah kembang bermangkuk2. Dia member masa praktikal thn 2003. Lepas praktikal tu x jumpa dah. Lepas tu dengaq2 dia jadi inspektor polis. Heran... boleh ka inspektor kembang lagu tu? Biaq pi la...tak payah la aku nak pikiq. Anak dah 3 org. Happy for him.

Aku nak balik kijo kat kelate... bila ni list nak keluar. Aku malas nak bazir2 kan air mata menangis meratap. Aku nak balikkkkkk...... aku nak jadi ibu dan isteri yg normal. Be at home with kids and hubby. Aku nak sentiasa berada disisi anak2 dan suami. Aku nak siap2kan anak gi sekolah. Aku nak masakkan depa makan malam. Aku nak menanam sayur kat umah... aku nak balik weeiii.. aku nak Elis pun hidup as a normal baby. Being with their brother and sister. Takpayah nak travel everyweek. Aku tak tahu nak ngadu dgn sapa. Orang2 atas terutama org yg buat rules camgitu memang *****. Pisahkan aku dgn anak2. Anak2 aku jadi anak yatim for every weekdays. Kau tak penah rasa. Kau boleh la buat kat orang. Aku tahu kau xkan dapat rasa sebab kau dah pencen. Tapi aku doakan anak2 kau pun jadi cam aku. Terpisah dr famili dan anak2. Bior kau pun susah hati tngok anak2 kau...macam makayah aku susah hati tengok aku yg terpaksa berulang alik tiap2 minggu dgn keadaan sarat mengandung hingga la anak dah besar. Kau susahkan orang... mungkin org akan susahkan kau dgn famili kau.

Sorila. Teremosional sket mlm2 ni. Teringatkan anak.

Sunday, July 31, 2016

Ahkak stresss

Lama benau tak update blog. Lepas raya ni akak mcm sibuk benor. Ntah apa yg akak duk sibukkan pun akk tak tauu...

Memandangkan dah lama tak update, now akk fail to recall what had happened to me lately. Akk pun dah tua. Ingatan tu takde la nk tajam mana. Cumanya akak masih ingat lagi la apa yg berlaku minggu lepas.

Kan orang gomen bulan 7 ni dapat 2 kenaikan gaji. So aku pun tiba2 dtg idea nak tukar kereta hanya dengan alasan mileage kereta aku dah tinggi sesangat. Tiba jek. Terus masuk iklan dalam mudah, masukkan nama suami... tup2 ada la sorang hamba Allah ni nk tengok kereta. Aku pun sebenarnya masih tak pasti. Nak jual ke tak. Nak jual.. tp takut komitmen bulan2 pulak. Tapi takpe. Bagi je hamba Allah tu tengok. Belum tentu dia nak pun kereta aku tu. Orang tu dari Temerloh dtg meeting kat Kuantan. Terus singgah sini tengok kereta.

Dia sampai ofis. Tak start enjin. Terus jadik nak beli. Aku tiba2 jadik nekad dan2 tu jugak jadik nak jual. Janji dengan dia nak serah kereta minggu ni hari Isnin. Esoknya terus g survey kereta impian. Takde berkenan. Aku memang seriuosly stress la dua hari duk mikir pasai nak jual kereta. Duk compare pro and con dia. Lebih banyak pro kalau aku tak jual sbnrnya. Last2 resort, aku tnya pendapat makayah aku. Tua2 pun pendapat makayah sgt2 diperlukan. Dan keputusannya....aku officially tak jadi tukar. Memang haru jugak sebab aku dah deal dgn ramai org. Dgn orang yg nak beli kereta dan dgn salesman kereta jgk. Tapi xpe, yg penting kereta masih dgn aku. Aku bukan amik booking pun ape. Biorla depa nk kata apa. Yg penting aku dah tak stress skrg.

That had happened to me last week. Bye bye

Wednesday, July 20, 2016

Raya 2016

Selamat Hari Raya...

Dah raya ke 15 dah... ganti puasa belum lagi. Dah niat nak puasa minggu ni, tup2 'cuti' la plak.. Insha Allah, minggu depan la start posa. Insha Allah, aku nak istiqamah, nak sentiasa puasa walaupun dah lepas bulan Syawal, aku nak jadikan amalan aku untuk puasa hari Isnin dan Khamis. Mudah2an aku kuat semangat, jiwa dan raga untuk lawan nafsu makan. Tahun ni banyak hari jugak aku tinggal posa.

Tahun ni aku rasa macam berat badan aku susut sangat masa sejak posa. Tak tahu nape. Ke memang tiap2 tahun aku camtu? sebab aku perasan jam, cincin dan seluar keja mcm longgar benor. Dah tu ramai plak tu duk menegur aku ni makin kurus. Aku lagi rasa down. Rasa nak makan banyak2.. Tapi mungkin jgk, sebab puasa aku jadi makin kurus. Aku makan time buka posa je. Sahur selalu je missed. Mungkin sebab tu la kot. Insha Allah, lepas bulan posa ni, aku nak naikkan balik berat badan aku. Ni bila dah kurus sangat rasa rendah diri lak. Nak pakai baju kurung pun segan, takut nanti nampak sekeping macam plywood jek.

Color tema kami sekeluarga tahun biru turqoise. Aku xde berlebih2 untuk beraya. Baju raya yg biru turqoise tu dah 2 tahun beli. Tak jahit2 pun. Bila nak raya, tak de pun shopping kain raya pun, Terus amik yang tu jahit untuk raya. Jahit baju pun 3 minggu nak raya. Mujur ada lagi tailor nak amik upah. Bila last2 minit camni, main jumpa je..terus hantar baju. Tak puashati sgt pun...tp ok la. Terus jadik tema color utk kami sekeluarga. Baju anak2 dlm seminggu dua nak raya baru pegi cari. Risau jugak nak bawak rakyat jelata pegi shopping. Tapi Alhamdulillah,,, Allah permudahkan urusan aku. Next time xde la risau sgt nak keluar shopping dengan anak2 yang kecik2 ni. Cuma makan kat kedai je aku belum ready lagi. Tunggu Alisha besar sket lagi boleh la kot. 

Overallnya... raya aku tahun ni cam biasa2 je. Tahun ni raya berlima..tambah Alisha Sarah. Alisha pun aku tak beli baju kurung pun sebab musim panas. Aku tanak anak menderita kepanasan dan tak selesa semata2 untuk nampak cantik. Umah mak ayah aku dan mertua aku takde aircond. So takpayah nak berpanas2 bergaun dan berbaju kurung bagai. Baju Aisyah plak aku jahit sendiri. So far, puas hati la sebab jadi jugak baju kurung walaupun tak reti. Mesin jahit pun dah tak ingat nak pasang benang semua. Still refer manual. Jahit pun dah sehari belum raya. Insha Allah raya tahun depan boleh la jahit lagi untuk Aisyah dan Alisha. 

Baju kurung kedah yg dijahit oleh ibu. 

Dlm banyak2 gmbr...yg ni paling ok kot. Ariff nak terkencing, Alisha menguap... Aisyah x ready.





That's all for now. 


Tuesday, July 12, 2016

Family gathering in Kuantan

Assalamualaikum...Salam Isnin....

Lama nau tak menulis kat blog. Bukan sibuk pun...ada 2 3 kali buka blog, tapi takde idea nak nulis apa.

So, disebabkan lama nau tak menulis, I rasa cam banyak je cerita nak share. Ok, I nak cerita ikut chronology la...senang aku nak ingat. Ok, 22hb Julai haritu kan nuzul Quran. Disebabkan takleh balik sebab cuti duk tgh2 minggu, aku dah plan nak buat popia simpul. Sengat bangat, rugi jek kalau beli. Banyak lagi boleh dapat kalau buat sendiri. Then, I pun beli la barang2 nak bersimpul ni. Sambal ikan dengan kulit popia je pun... Malam Selasa tu dah plan, lepas aje Alisha tidor aku nak mengadap je menyimpul ni. Tapi nak dijadikan cite pulak, si Alisha ni tiba2 jek demam malam tu. Bila dah lena, letak sat, dia jaga balik... begitu la 2 3 kali. last2 fedup, sekali dengan aku2 yang tido. Tapi tido tak lena la...sebab minda dan fikiran duk tertumpu nak siapkan popia tu je... tapi Alisha punya meragam sampai la ke subuh. Sampai aku nak gi toilet pun tak leh nak tinggal... last2 terhenti separuh jalan je la impian aku nak siapkan popia simpul.

Pagi Rabu tu aku sambung lagi. Sekejap je la... lagi  nak melayan budak kecik tu memang tak dan I. At the same time., my family; my hubby, Ariff and Aisyah dan naik bas nk datang Kuantan. Aku takde la suka sangat dorang datang sebab kesian bila dorang kena naik bas. Sedih siot.. Tapi aku terharu jugak especially suami aku tu... ada masa luang je terus bawak anak-anak datang cari aku. So, sebab tu la plan nak siapkan popia simpul tu tergendala.. sebab my family is coming to the town gituuu.

Malam Rabu tu kami tido kat Sri Manja Hotel dan amik buffet Ramdhan kat situ. Dalam pukul 5 tu suami dah pegi cari nasi kukus nak suap budak2 ni makan. Ariff memang win. Habis sebungukus nasi liciiin, ayam tinggal tulang... bila turun nak berbuka, budak2 tu memang tak heran la dengan makanan. Depa duk makan satay je. Lepas tu duk main kejar2...berlari sana sini.... adoooii.. berbulu pulak aku nengok. Kalau kat rumah aku, tak kisah nak lari sampai pengsan pun lantak la...tapi ni tak tempat awam, risau la dorang menganggu orang lain yang duk makan. Lagi satu depa ni duk lari sambil makan satay, risau sangat.. dah tu bila habis makan satay, main garfu pulak sambil2 berlari. Eeeeii... sakit jiwa ibu. Part yang paling best tu, Ariff dah kepenatan. Dia singgah sat kat meja. Abah...Ariff nak muntah. Blueekk time2 tu jugak. Ya Allah.. malunya ibu. Husband aku mula2 tadah dengan tangan, lepas tu makin banyak yang keluar, dia terus tadah dengan pinggan nasi dia. Terpaksa la untuk selamatkan keadaan. Kalau tak tak lalu orang lain nak makan. Lepas pegi toilet cuci muntah, Ariff sambung berlari cam biasa macam takde pape yang berlaku. Bertuah betul budak ni.

Khamis tu pulak, kami pegi berbuka kat padang MPK. Ya Allah bestnya aku rasa. Duduk2 ramai2 tunggu waktu berbuka sambil tengok anak2 duk main. Seronoknya. Kalau la ada peluang, aku nak berbuka lagi kat sini lain kali.

Dah la setakat ni la dulu kali. Sambung lagi next time. Cam panjang pulok karangan aku ni.

Cari bilik lain

Assalamualaikum... lama kan tggl blog ni. Sebelum raya...sampai la hari ni. Selamat hari raya....

Aku menulis guna hp jek ni. Tp xbest sgt sbb itu hari aku update hp, semua da berubah. Tiba2 aku takleh nk upload gambar dlm blog aku ni. Bencik. Nape jadi makin leceh haa??

Malam ni duk membelek2 instagram + facebook. Apa jek aku boleh buat kat sini malam2. Aku tgh sakit hati dgn budak yg selalu menempel kat umah sewa aku nih. Dia amik tupperware yg aku letak botol2 susu Alis dgn breastshield aku. Yg paling hangin ada satu brg breasthield aku tu hilang. Geram aku nk mencarut... tp aku waras lagi. Dah aku letak brg2 aku dlm tupperware tu maksudnya mmg kegunaan tupperware tu utk simpan botol susu. Dia sesuka hati keluarkan botol susu aku susu atas peti ais. Dah hilang brg aku...dah tu bila tnya tak ngaku. Habis benda tu merayap keluar sendiri. Yg penting....kau usik barang aku..bodoh....

Aku memang geram dgn bdk tu. Lepas sound dia. Tak masuk dpur budak tu. Aku pun heran tngok budak tu. Dah mcm penyewa dah lagaknya. Balik2...salin baju...masuk dapur...amik nasi...pegi makan depan tv. Aku yang tercegat kat dapur pun dia buat tak nampak. Sakit hati aku dgn bdk takde muka mcm tu. Most of the time la boleh dikatakan muka dia ada kat rumah tu. Ok. Sambung cite tadi. Lepas sound budak tu. Masuk bilik. Terus masuk mudah.my. Cari bilik untuk disewa di kawasan dekat2 dgn ofis. Jumpa kat im16. Sewa lagi murah. Tapi tinggal ber2 je la. Aku nk g tngok rumah esk.

Aku suka duk sini. Ramai org lagi meriah. Kejiranan yang hidup. Tapi aku tak suka budak tu. Harap maklum.....


Tuesday, June 14, 2016

Macam2 manusia

Sesi meluahkan perasaan....

Kejadian nya berlaku semalam. Masih teringat2 sampai hari ni. Aku pun pernah terkena dengan orang yang sama.

Tak faham aku dengan manusia ni. Engkau dah banyak sangat ilmu pengetahuan dan pengetahuan am sekalipun tak payah la nak belagak... ni siap boleh tanya balik kita siap dengan mimik muka. Share la beb...

Camni kisahnya...kat bilik meeting semalam, jumpa la dengan sorang hamba Allah ni, si N.... duduk sebelah kiri aku. Sebelah kanan B. Borak2, then tiba2 si B ni tanya....eh, kat mana eh Cherang yang orang duk cite pasal colek perut best tu?? (soalannya lebih kurang macam tu la...). Si N tu terus jawab sambil buat muka pelik.. La, Cherang pun tak tahu ke.. situ jalan nak PCB. Fine.

Macam la aku tak tahu...ko dulu bukan tahu pun map KB. Ko tahu jalan datang rumah pegi ofis jek. pastu buat muka belagak mentang2 ko tahu mana tempat tu. Ko boleh je kannn nak cite elok2 mana tempat tu kalau betul ko tahu.

Yang aku penah terkena....N, apa dia eh ATIGA? tak pernah dengar pun..... ATIGA pun tak penah dengar ke? Biar betul... (sambil buat mula pelik kat aku).. Geram je aku penampar. Aku tanya elok, kau bagitahu la elok2 kalau kau tahu sangat pasal ATIGA tu. Tapi kesudahnya ko tak bagi tahu pun aku menda ATIGA tu. Belagak tul,
 
Ok, sampai situ je sesi luahan perasaan aku. Aku berharap...aku hanya akan jumpa dan dikelilingi dengan orang-orang yang positif yang menjadikan hidup aku lebih tenang, senang dan kurang dosa.

Thursday, June 9, 2016

Please get well really soon...

Petang ni berbuka dgn nasi ayam pedas + lompat tikam versi pahang + paru goreng sambal. Takdek gambar. Berbuka dgn A dan B. Rimas sebab masing2 bisu. Tanya sepatah jawab sepatah. Malas la aku nak layan. Lantak depa la. 

Hari ni dah Ramadhan ke4. Dah 4 hari jugak la ayah aku tak puasa. Demam dan tak larat. Semalam dah call dan cakap dgn ayah..bunyi macam dah nak ok. Tiba2 petang ni kakak aku call cakap ayah aku macam tak larat sangat dah...duk tunggu suh adik laki aku hantar pi hospital. Aku dah jadi risau balik. Harap2 ayah aku takde pape, kembali sembuh dan menjalani ibadah puasa macam biasa. 

Aku tak rapat sangat dgn mak ayah aku. Rapat maksud aku, aku takde la balik bertempek dgn makayah...takde peluk2..takde nak kiss2 pipi dgn ayah mcm org lain sebab kami tak dibesarkan macam tu. Bila dah besar, jadi segan la nk mesra dgn mak ayah...rasa macam ada gap. Tapi aku still rapat jgk... aku tetap sayangkan mereka dan amat2 perlukan mereka dalam hidup aku. Panjangkan umur ayah aku...kurniakan kesihatan yang baik kepadanya Ya Allah.... 

Aku memang ada memasang angan2...nak pakat duit dgn adik beradik yang mampu...aku nak suruh makayah aku pegi umrah...tapi sedihnya aku tak mampu sekarang...paham2 la betapa terdesaknya hidup aku sejak aku ditukarkan ke Pahang yang makmur ni sampai simpanan aku pun dah makin menyusut. Tapi setakat seribu 2 boleh la diusahakan.... apa motif aku bercerita sampai dalam selimut semua ni??? Aku nak ayah mak aku rasa pengalaman pegi umrah.... 

Semoga ayah aku cepat sembuh...dan aku pun nak cepat2 bersih supaya dapat mengerjakan ibadah puasa macam org lain...ruginya rasa tak pergunakan bulan ni sebaik2 mungkin untuk beribadah......


Meter of my happiness right now : 20%

Dapat surat ni tadi.... ada orang letak atas meja. Dapat surat respon macam ni dah happy.... can you imagine how I feel if I get the transfer letter ?? Memang tak terkira2 happy nya dan tak dapat digambarkan dengan kata2.....



Sedang menunggu transfer list yang seterusnya dengan sabarrrr.....

Naik bas dengan Alisha

Salam Khamis....

Semalam baru je sampai Kuantan dengan Alis. Naik bas berdua. Syukur Alhamdulillah sebab Allah sangat2 permudahkan perjalanan aku. Sangat2 syukur... Pagi ketika siapkan Alis dah risau takut nanti Alis berak dalam bas..... tup tup sebelum naik kereta tengok2 Alis dah berak. Cepat2 settlekan dia sebelum gerak ke stesen bas.
Naik bas pukul 8.30 ke JB. Sebab bas tu direct tak masuk Terengganu dan guna LPT2. Dapat seat belakang sekali. Aku dah duk risau kalau ada orang sebelah aku, nanti lecehla aku nak layan Alis dan nak readykan susu segala bagai nanti. Tapi syukur Alhamdulillah, sampai ke sudah, takde orang naik. Automatically, seat tu aku yang punya. Dalam bas, ada la jugak si Alis uh ek uh ek, tapi tak kerap sgt. Mostly, sepanjang perjalanan tu dia membuta je. Alhamdulillah......


At first nak naik bas dengan anak kecik, cuak jugak perasaan..... takut anak meragam dalam bas...takut anak berak dalam bas... Tapi kuatkan jugak diri. Insha Allah boleh..aku selalu duk fikir orang lain sebenarnya lagi susah dari aku. Takde suami, anak kecik...kena naik motor semua... tu yang kena positifkan diri. Insha Allah jadi kuat semangat.
Semalam sebelum naik bas, baru aku perasan baju yang aku pakai tu koyak kat lengan. Besar jugak koyaknya.... adoiii camne la aku tak perasan masa iron baju tu. Nak tak nak, memang kena pakai la. Harap2 takde orang perasan. Klu orang perasan pun, lantak orang la nak kata apa.
Sampai Kuantan dalam pukul 2.40 petang. Alhamdulillah cepat sampai. Elok2 sedang tunggu kawan datang jemput, Alis elok jek meneran berak. Alhamdulilllah....syukur sangat Alis berak pun bila dah sampai. Pegi hantar Alis kat nursery dulu...aku balik kemas dan bersihkan bilik, lepas tu keluar pegi beli barang dan sikit makanan. Lepas tu singgah bazar Ramadhan kat IM8, beli nasi beriyani ayam, kuih koci dan air kelapa muda jek. Malas nak round semua gerai sebab masa hujan rintik2 air bergelora dah.... beli yang mudah2 je. Aku naik kereta nak balik, hujan turun selebat2nya.... Alhamdulillah....mujur aku sempat membeli.
Balik rumah, mandi.... dan terus keluar amik Alis kat nursery. Tapi semalam memang hujan super lebat dengan guruh dan kilat semua. Tapi tu semua rezeki Allah...kan selama ni duk bersungut Kuantan ni panas sangat...kan Allah dah turunkan hujan. Bersyukur laaa....


Friday, May 27, 2016

Luahan rasa di malam Jumaat

Manusia ni lain2. Rambut jah sama hitam, tapi hati tak sama. Kalau ada orang yang jenis tak kisah, ada jugak org yang sangat amik kisah. Ada org yang senang tak cerewet...ada jugak yang cerewet. Ada orang yg boleh masuk dgn sesapa pun...ada orang yang tak reti nak masuk dgn certain2 org. Back to the point, actually aku nak cerita pasal diri aku dan masalah terbaru aku. Bukan masalah besar pun, tapi still aku tak puas hati. Actually, semua yg negetive yg aku sebut tu...all about myself. Amik kisah, cerewet...dan aku takleh masuk dgn certain2 org. Yeah...thats me!!

Aku ada housemate baru 2 org. Sorang tu, nama glamour dia A sgt suka memasak. Masa mula2 masuk tu, si owner rumah ni penah pelawa" kalau nak apa2 dlm rumah ni, amik jek ye" lebih kurang gitu la pelawaan tuan rumah ni. Aku dah sedikit heran, klu nak offer dorang, offer barang dan makanan kau dah ler. Sifat kedekut aku dan self belonging dah aku dah terserlah sedikit di situ. Fine.

Start dari tu, aku tengok satu2 barang diambil tanpa permission aku. Aik...nih dah lebih ni. Itu tahan lagi. Paling aku bengang bila selamba badak jek depa habiskan barang2 aku. Telur. Minyak masak. Maggi. Milo. Lagi2 melampau sesuka hati jah depa buka makanan aku yang aku tak bukak lagi. Berbulu betul aku. Depa ni takleh pikir ke eh??dah amik makanan org tu....tggl la sket kat tuan dia. Ni, kalau aku nak makan telur sebiji...aku kena la pi beli sebekas telur. Pahtu depa duk habiskan 9 biji..nak makan lagi telur. Gi beli lagi. Makan sebiji. Lagi 9 biji orang lain duk habiskan. Bankrap la aku...bila depa berani buka makanan aku. Tu yg aku geram sgt tu. depa xde sensitivity ke??

Aku mengaku aku cerewet. Tapi aku tak kedekut. Aku tak kisah jugak sebenarnya, tapi disebabkan depa tak sensetif dgn orang lain, yg tu yg aku jadik kedekut. Kita kena la bermanner. Bila org offer makanan...tak semestinya semua makanan tu jadik yang hangpa punya. Bila amik makanan org, ingat la kat tuan dia. Tinggai sket kat tuan. Ni tak, semua diperabihkan. Sapa tak berbulu.

Aku bukan jenis yg amik brg org sesuka hati. Aku nak guna barang org. Aku akan minta permission tuan empunya brg tu. Klu org tu offer makanan depa, lepas makan, still aku akan bgtahu org tu..

Bila kita tahu kita ni cerewet, untuk elakkan kita makan hati dan orang lain (dlm kes ni, housemate baru aku ) tu terasa hati, aku pun kenala elakkan masalah ni. Contoh yg aku buat, aku kurangkan stok makanan aku. Aku beli yg mana penting jah. Kita hidup bersociety ni takleh sgt nak ikut kepala kita saja. Aku dapat rasa....depa mesti duk mengumpat pasai aku jugak. Mesti kata aku kedekut ke apa... lantak la..sebab aku tengok skrg ni, depa kalau amik makanan aku mesti depa bgth aku. Haaa...camtu la cara


Tuesday, May 17, 2016

Lagi luahan perasaan

Aku dah penat... Tapi takde sapa nak heran dengan masalah dan keluhan aku. Aku tak tahu nak ngadu kat sapa masalah dan kesusahan aku. Jadi aku pun mula la meluah rasa blog aku ni. Ni kan lebih kurang diary aku jugak..
 
Aku rasa lagi lama aku kat sini.... licin saving aku nanti. Tiap2 bulan biasa berlaku deficit. Aku kena korek saving aku untuk cover apa yang tidak cukup. Sebetulnya aku sangat2 risau sekarang ni. Lagi la sekarang ni kereta aku tu macam kena servis je. Duit lagik. Nak sgt tukar kereta tp....macam tak dan duit jekkkk:(

Lagi yang aku duk fikir...aku sekarang macam tak selesa la duk rumah sewa. Semalam sampai, lantai dapur tu melekit2. Rimas la aku. Dah la bilik aku tu duk kat dapur. Memang aku kena ke dapur kalau nak masuk bilik. Dah berjingkit2 aku berjalan. Geli la weeiii.. Budak2 ni rajin sangat la nak memasak tapi tak jaga kebersihan.... Fikir nak carik rumah lain., bila dah jumpa rumah yang nampak sesuai, tuan rumah pulak tanak terima orang yang dah berkahwin. Heran aku.... nape eh??? Apa yang pelik kalau menyewa dgn isteri orang?? depa makan orang ke?? Bukan bawak masuk laki punnnnn. Rumah kau....sukati la rules kau

Aku pun duk berfikir2 nak bawak Aisyah datang duk Kuantan. Tapi nanti aku yang akan penat sket. Dah tu macam tak sesuai jek. Sebab rumah aku tu ramai sangat orang...bilik air plak kongsi ramai2. Kebersihan pun tak terjaga sangat. Tak sesuai untuk anak aku nanti.

Monday, May 16, 2016

Rindu anak2.. Part Ariff Sufyan

Mlm2 camgini...aku selalu rindukan anak2. Setahun lepas aku tinggalkan ketika mereka masih kecil. Aisyah tak sampai pun lagi 2thn... Ariff masa tu 3thn lebih... sekejap je masa berlalu, aku rasa anak2 aku dah besar. Cepat sangat. Aku amat2 terkilan sebab banyak sangat saat berharga yang aku terlepas.... sangat.......

Aku sayang anak2 aku tak berbelah bagi...sama banyak dan sama sikit. Tak ade terlebih dan terkurang antara 3 org anak.... antara 3 ni..Ariff yg selalu kena dgn aku. Kesiannn dia... jarak anak2 aku semua rapat. Ariff umor setahun stgh, dia dah dpt adik... bila aku ada 2 anak, aku jadi tak stabil... cepat stress. Bila Ariff buat hal, dia memang selalu kena dgn aku. Padahal dia masih kecik sgt time tu. Aku jadi hilang akal.....lepas tu, dia punya peel pun boleh tahan jgk..... Memang menduga kesabaran aku.

Bila aku pregnant anak ke3, aku bwk Ariff dtg duk Kuantan. Lagi aku tgh tak stabil.. cepat penat. Bila Ariff buat perangai mmg kena la dia dgn aku. Selalu jugak. Kesian dia...

Aku menyesal pukul2 dan cubit Ariff. Dia tak sepatutnya  kena pukul pd peringkat umur dia yg msih kecik tu. Aku tak penyabar...tak kuat smgt...mudah hilang akal. Semua salah aku. Bila duk jauh cmni...lepas Alisha ada..aku banyak muhasabah diri. Aku menyesal..Bila aku teringat aku pukul Ariff, aku jadi sedih. Aku nak peluk je Ariff kemas2..nak bagitahu Ibu minta maaf sgt2. Ibu terlalu ikutkan amarah ibu.........maafkan ibu................................ *menangis:( 

Sekarang ni aku dah elakkan diri dari pukul dia. Kalau suami cubit2 dia pun aku akan marah suami. Tak patut buat dia camtu. Takut dia akan jadi makin degil... lagi keras kepala... kena nasihat elok2. Alhamdulillah...aku berjaya kawal diri aku. Aku cuba banyakkan berbual dgn dia. Mlm2 sebelum tido dia akan bercerita dgn aku pasal school dia. Kawan2 dia. Aku klu boleh, aku nk berborak dgn dia tiap3 mlm sebelum tido...bukan seminggu sekali je....banyak dah perubahan dia aku tengok. Dia dah makin cerdik sejajar dgn umur dia sekarang.. dah makin bertanggungjawab, selalu tolong aku jaga Alisha. Dia pun dah makin tinggi...

Ariff sgt ceria. Sentiasa senyum, kecuali jika dia tak sihat...senyum dia sgt manis. Suka ngusik Aisyah. Bila Aisyah melalak, dia mula la gelak2an Aisyah.

Arifg sgt cerewet bab makan, jadi makanan dia sgt limited. Tak suka sayur, buah. Kuih pun kuih2 tertentu je dia mkn. Tak tahu dah nk buat camne nk suruh dia mkn buah. Tapi dia suka sup2 dgn mee goreng. Mee goreng memang favourite dia. Tapi budak2 xelok sangat makan banyak mee kuning. Lagi kalau makan kat kedai sebab orang kedai tak basuh pun. Aku kalau Ariff makan banyak, aku memang suka. Rasa bersemangat je nak masak. Kalau Ariff request nak makan pape, aku dengan rela hati nak pegi cari. Asalkan anak boleh makan....
 
Dulu kecik2 dia memang suka makan. Ntah kenapa dia jadi kurang makan..... risau jugak aku. Kalau aku kat rumah, aku akan selalu jugak bagi makan supplement suh lalu makan...tapi dengan suami aku ni tak leh harap sangat. Nak bagi Aisyah makan antibiotic pun tak terbagi. Aku pun tak tahu apa yang sibuk sangat suami aku kat rumah tu.
 
Aku doakan Ariff Sufyan membesar menjadi anak yang baik dan soleh. Anak yang berguna dan lembut hati..mudah menerima ilmu dan tunjuk ajar. Dalam masa yang sama jugak, aku selalu berdoa agar aku dikurniakan kelembutan hati, kekuatan dan ketabahan dalam membesarkan dan mendidik anak2 aku.
 
Ibu sayang sangat dengan Ariff Sufyan!!

Tuesday, May 10, 2016

Facebook

Aku amat2 sokong kalau ofis blocked Facebook during ofis hour. Bukan apa... aku ni jenis yang tak kuat semangat. Konon2 nak tengok FB la jap...alih2 dah nak sejam jgk aku membelek FB ni. Ishhhh... geram la pulak,. Hari tu elok2 jah ofis blocked, kenapa tiba2 unblocked pulak. Diri sendiri tak boleh control, marah kat orang pulak. Aku la tuh...

Awal2 bulan ni memang keje banyak la sket. Nak mengadap keje je all the time, nnti mata pun naik kelabu. Tu yang buka FB tu jap sambil2 buat stretching. Konon!

Pejam celik, dah masuk bulan 5 dah. Dalam duk menunggu nama naik utk balik Kelantan, hidup kat sini tetap diteruskan macam biasa. Tapi tiap kali aku bayar yuran nursery Alis dan sewa rumah, tiap bulan jugak aku duk mengharap, biar la ni payment aku yang terakhir kat sini. Aku nak BALIK!!
Hampa. Aku masih disini.

 
 
 

Monday, May 9, 2016

Cerita anak2 la...apa lagi

Dah habis ofis hour. Update untuk minggu ni.
 
Minggu lepas macam bizi sket sebab aku angkut sekali Aisyah datang ofis. Lepas tu bizi melayan Aisyah la minggu lepas. Kesian dia sebab demam...tak tahu dah nak minta tolong sapa nak jagakan Aisyah. Last2 aku fikir, bawak je la Aisyah datang Kuantan. Tiap2 hari dia bangun awal, mandi dan ikut aku datang keje. Penat gak la.... tu rasa cam sibuk je minggu lepas.
 
Minggu lepas jugak terpaksa bawak Alisha pegi HTAA sebab telinga dia keluar nanah. Alhamdulillah...setakat hari ni dah ok dah telinga dia lepas titik kan ubat 3 kali sehari. Sepatutnya aku titik ubat tu selama seminggu.,tapi malangnya semalam sebelum bertolak datang Kuantan, aku tak jumpa plak carik ubat tu. Padahal aku letak kat sofa depan TV je.. lepas Ariff dan abah dia balik petang tu...dah tak tahu mana dah menda tu pegi.
 
Mula2 bila doctor bagitahu aku kena bawak Alisha jumpa pakar kat ENT HTAA, aku dah cuak. Camne aku nak pegi HTAA yang aku sendiri tak penah sampai dengan budak kecik dua orang ni. Cuba minta postpone minggu depan, tapi doctor tu suggest aku segerakan bawak Alisha pegi spital sebab dah nak dekat dua minggu kot telinga dia bernanah. Ok fine.... dah kelu. Terpaksa la aku minta tolong kawan2 kat ofis temankan pegi HTAA. 2 orang ikut. Sorang tolong jaga Aisyah., sorang lagi tolong alihkan kereta incase pak guard call. Hospital paham2la camne keadaan parkingnya. bertindih2. Terpaksa tinggalkan no hp so that tak block kereta lain yang nak keluar. Syukur Alhamdulillah sangat kawan2 sgt membantu.
 
Doktor inform yang kemungkinan Alisha berjangkit dari nursery sebab budak2 kat nursery biasa kena 'penyakit' macam ni. So, selagi Alisha duk nursery, telinga dia takkan sepenuhnya sembuh. Mungkin sebulan dua telinga akan ok, then dia akan jadi balik. Alamak...da kena cari babysitter la pulak. Mana la ibu nak mencari. Memandangkan aku baru je bayar yuran nursery untuk bulan 5, so minta Alisha bertahan la sekejap lagi sebulan. InsyaAllah ibu akan cuba carikan babysitter yang elok.
 
Macam2 hal kan??? Anak2 camni la... sorang demam la...sorang sakit telinga la. Adoiii ibu bapa ni kena kuat semangat la. Minta jauh la aku dari sakit so that aku boleh nak menjaga anak2 yang selalu tak sihat ni. Dah la sekarang ni Aisyah dah kurus. Tak lalu makan. Minum susu je dia. Kesian aku tengok.
 
Seminggu datang Kuantan, seminggu jugak la dia duk demam...batuk2, tak lalu makan. Tak aktif dan tak banyak cakap cam biasa. Aku dah tak tahu nak buat apa dah. Ubat sentiasa je bagi without fail. tapi batuk tu tak hilang2 jgk. Hari bawak Alis pegi HTAA tu ingat hala balik nak singgah klinik nak suruh Aisyah amik nab bagi cairkan kahak dia. Tengok dia bernafas berbunyik. Tapi tak sempat sebab dah lewat.
 
Hari Sabtu tu, bila balik Kelantan, asyik duk demam jugak lagi. Last2 bawak Aisyah pegi Hospital Tanah Merah. Amik blood test dengan x ray. Darah ok. Xray ada jangkitan kuman tapi sikit je. Doktor bagi antibiotic, ubat batuk dan ubat demam. Aku dah ready dah incase Aisyah kena admit, aku nak amik cuti jugak walaupun cuti aku hanya tinggal beberapa hari sahaja. Kalau aku terpaksa amik cuti tanpa gaji pun aku redha.
 
Balik rumah terus makan ubat. Esoknya hari Ahad, Aisyah langsung tak batuk. Aku macam WOW! powernya ubat hospital ni. Batuk Aisyah yang dah sebulan ni... tiba2 terus stop selepas sekali minum je. Tak sia2 la pegi hospital walaupun terpaksa menunggu lama sket.
 
Panjangnya cite.
 
Semalam nak bertolak datang Kuantan. Ariff Aisyah nangis2 nak ikut aku. kesian sungguh. Tapi apa daya ibu wahai anak2 kesayangan.. Ibu tak berdaya. Nak jaga Alis lagi memang tak cukup tangan nanti. Teman la abah kat Kota Bharu yek
 
Dah la...nak balik la. InsyALLAH sambung lagi esok sebab ada lagi yang nak cerita.

Thursday, April 28, 2016

Geram + Sakit hati = Siap ko lain kali

Dah seminggu tak jengah blog. Selalu je masuk sini. Bila datang mood nak menaip...menaip la sat. Sat lagi dah blank. Save dulu. Lepas tu sampai kesudah la duk simpan as a draft. Takde mood dah nak sambung..
 
Memandangkan lama tak menulis..so banyak jugak perkara penting yang aku tak khabarkan kat sini.
 
Last week aku tak balik Kelantan sebab takde geng. Member pool kereta gi KL. So duduk je la kat rumah sewa dengan housemate baru. Nak drive sendiri dah tak berani. Alis dah tanak duk kat carseat lama2.  Minggu lepas dah ada housemate baru masuk, 2 orang share satu bilik. Aku suka je ada housemate, tapi aku tak suka kalau dah housemate tu ada bayang2 duk ngekor dia 24 jam. Duk melepak kat rumah.... takde life ke???
 
Kisah nye camgini... kat rumah sewa aku tu ada satu bilik kosong. Ada la 2 hamba Allah ni nak nyewa kongsi satu bilik, nama samaran A dan B. Seronok je dapat housemate.  Si A ni ok je... dia pun umur kakak2.. duk berulang balik cam aku every weekend. Si B ni cam budak2 lagi. Dia ada bestfrenz si C. Si C ni pulak....alahai all the time duk ngekor si B ni. Pagi2 dah datang rumah. Nak tengah malam baru balik rumah dia. Boleh dikatakan setiap masa la tengok muka dia kat rumah sewa ni. Mandi kat sini, makan kat sini..... tengok tv kat sini.
 
Aku ok je kalau ada kawan2 nk datang lepak kat rumah sewa. Tapi kalau dah sepanjang masa tengok muka budak tu...aku dah naik meluat ok!
 
Aku mula2 tu takde la sakit mata sangat kat budak B dan C tu. Tapi aku jadi meluat sebab budak2 tu suka duk gelakkan kan anak aku Alis. Bodoh. Aku tahu la Alis tak comel macam anak Che Ta., tapi takpayah nak gelakkan budak kecik tu macam kamu takde moral... perangai cam sakai.
 
Aku start dari dia duk gelak anak aku. Aku dah anti kat budak tu. Kali ni aku buat tak dengar je. Lain kali aku dengar ngko ngata anak aku...gelak anak aku. Siap ko pompuan! Macam la anak ngko tu comel sangat.

Tuesday, April 12, 2016

Masih menunggu

Khabar angin pasal transfer list yang akan keluar tu tipu je la... semalam xde keluar pun. Bencik. Aku dah seharian duk menunggu sampai takleh buat keje. Akhirnya, petang sebelum nak balik, baru datang mood nak buat keje. Give up dah menunggu.
 
SO, hari ni... aku takkan tunggu dah. Kalau ada, ada la.... buat spoil mood aku jah
 
Semalam aku sakit satu badan, rasa cam nak demam. Sejuk menggigil. Tak tahu nape. Semalam walaupun cuaca panas sgt, tapi aku terpaksa berselimut. Aku tengok Alis tido berpeluh2. Nak kata aku silap makan,..semalam aku tak makan benda yang bukan2 pun. Semalam aku cuma minum teh kosong + biskut jagung + roti with sambal hitam. Ke sebab aku minum teh banyak sangat? Confius aku. Tiba2 rasa cam awal2 mengandung. Rasa tak larat, loya2...nak makan pun tak selera.. Peliknya..

Monday, April 11, 2016

Hidup ni tak kejam mana pun

Assalamualaikum...
 
Pagi sehingga petang ni mood aku memang kelaut. Sebab nye.....aku terdengar desas desus, hari ni akan ada keluar list transfer and naik pangkat. Automatically, aku dah takleh buat keje, duk menunggu2 list tu keluar walaupun kebarangkalian nama aku akan naik hanyalah 0.09%. Kesian kan?? Aku ni seolah menunggu bulan jatuh keriba. Menunggu sesuatu yang mustahil. *sedihsiot
 
Bila duk mengharap camni, tiba2 teringat aku duk bersembang dgn sorang kawan. Dia duk ceritakan segala kesusahan dia dari segi kewangan. Tiba2 dia cakap; Hidup ni KEJAM. Tergamam. Tapi aku totally disagree dgn statement dia. Sebab cara dia treat life dia, itu yang menyebabkan kesusahan dia. Kalau dia bersederhana, cuba padankan lifestyle dia dgn income yang dia earned...mungkin hidup takkan sekejam itu.
 
Berbalik pada kisah aku. Walaupun aku hidup sesusah ini., aku takkan blame hidup aku, aku redha, sebab ini jalan yang aku pilih. Ini keje yang aku nak. Tak pernah ada orang paksa aku. Aku akan bertahan selagi aku mampu walaupun kesusahan yang aku alami sekarang ni sgt2 mengganggu emosi aku. Pisahkan aku dengan suami dan anak2.
 
Bagi aku. Hidup ini sangat2 kejam kepada saudara seISLAM aku di seluruh dunia; di Palestine, Syria, Egypt, Burma, Somalia, Nigeria, Iraq, Yemen, Turki dan dimana-mana jua yang telah didiskriminasi, ditindas, dizalimi, dibunuh seolah2 nyawa mereka takde nilai langsung hanya kerana mereka beragama ISLAM. Bukan kah hidup ni KEJAM buat mereka?? Aku tak mampu nak bantu dari segi wang ringgit sebab aku ni takde harta. Kalau bantuan kewangan sikit2 tu adalah. Aku hanya mampu berdoa agar mereka sentiasa dilindungi ALLAH dari kekejaman pihak2 yang tak bertanggungjawab.
 
Life is so unfair to them,..not me.
 
 

Thursday, April 7, 2016

Cerita minggu lepas

Tadaaaaa.... I'm back,..in new month...with new story.
Panjang citenya.... Tarik nafas dulu.....fuhhhh...exhale.
Minggu lepas....Alis demam. Lama. Dalam 3 hari. So, aku pun cuti la sebab nak jaga Alis. Takkan nak lepas tangan kat nursery. Memang dorang takkan layannye klu anak aku duk merengek2 nak berdukung. Yela...bukan anak aku sorang yang depa duk jaga. Ramai kot. So, redha la aku untuk cuti lagi... Suhu badan dia memang panas mencanak. Apa sangat yang aku boleh buat...bagi dia PCM, lap2 badan dan mandikan dia. Tu je la yang aku tahu.... Tapi demam takde Nampak macam nak kebah pun. Seharian duk merengek nak berdukung je. Memang kesian aku kat budak kecik ni dan kesian jugak dengan diri sendiri. Penat. Hari Jumaat tu dia da nampak macam dah ok sket walaupun masih demam... ok la, hari Jumaat aku off petang sebab nak baik Kelantan. Jadi pegi jela hantar Alis pegi nursery.

Demam.

Tengahari tu datang jemput dengan suami. Dah baru nampak ada ruam campak kat muka dia. Rupanya dia demam sebab nak naik campak.... Alahai kesiannya. Tapi dia dah tak demam dah.
Masa ni campak dah keluar kat muka Alis

Balik Kelantan. Abang Ariff lak duk batuk2. Lama kot Abang Ariff batuk. Makan dah la tanak langsung. Dia memang. Kalau dah start batuk, dia taknak makan pape sebab takut muntah. Sedih aku tengok Ariff bila badan tu dah kurus keding.
Hari Ahad tu aku tak balik Kuantan. Decide nak amik cuti Isnin sebab masalah kesihatan anak2 yang tak menentu ni. Batuk Ariff pulak makin kuat + mata naik ketumbit la pulak. Ada aku bakar bawang putih pecahkan dalam minyak nak comorkan kat dada dan belakang untuk legakan batuk dia tapi Ariff lak tanak.  Dia geli.. Dahtu terpaksa bergantung dengan ubat batuk je la. Makan sentiasa ontime.

Petang tu, gerak balik rumah tokmek. Sebab terpaksa minta tolong tokmek jagakan Alis dan Ariff seminggu ni. Ariff takleh lagi nak gi sekolah. Nanti berjangkit dengan budak lain batuk dan sakit mata. Dan nanti Isnin tu aku akan naik bas dari Tanah Merah untuk balik Kuantan.
Isnin. Subuh lagi kejutkan Aisyah bangun nak pegi sekolah. Pujuk dia bawak botol air baru, senang sangat dia bangun. Mandikan dia, pakaikan baju dan ikat tocang. Then tanpa meragam dia ikut abah dia balik KB semula. Dalam pkl 9 pagi, abah dia msg cakap Aisyah meragam tanak pegi sekolah. Dia nak ikut ibu... Alahai, hiba lak hati bila mendengar. *nangisdalamhati*
Pagi tu jugak aku settlekan anak2 sebelum nak tggl balik Kuantan. Bagi makan dan mandikan semua. Pukul 12 aku naik bas. Tiket cakap pukul 11.45 pagi tapi haper....nak pukul 1 tghr baru sampai. Geram.

Naik bas. Lama gile perjalanan. 8 jam. Sepanjang perjalanan tu asyik duk ingat Ariff je sebab teringat penah naik bas dengan Ariff nak balik Kuantan tahun lepas. Lepas tu aku dah serik dah nak naik bas dengan anak sebab time tu Ariff berak dalam bas. Bas pulak lama sangat nak boleh berenti, seksa jiwa raga aku.

Sepanjang perjalanan tu cuci mata jela sebab bas ikut jalan tepi pantai. Berangan, nanti aku dapat transfer Kelantan...dalam tiga bulan sekali, aku nak bawak anak2 sewa hotel, nak bagi anak2 main air kat pool. Mesti dorang suka. Aku nak jadikan itu sebagai aktiviti keluarga.. banyak kot aku berangan....








Law firm ni member sekolah aku punya. Classmate aku rasanya. Ingat2 lupa...

Ni sekolah lama aku.