Tuesday, February 23, 2016

Tips balik dengan baby untuk long journey

This is my FIRST TIME... Since I had been transferred here, aku tak balik KB. Hukhuk. Lap air mata

Bukan sebab aku malas.. Aku nk sgt jumpa anak2 kesayangan aku kat rumah. I miss them so bad. Every second every minute keep thinking of them. Klu Kuantan ni jauh dia mcm Kuala Terengganu, aku masih boleh gagahkan diri untuk drive balik. Tapi Kuantan ke KB, it take more than 4 hours. Can you imagine how I drive the car together with 5months old baby for 4hours journey?? It was tiring...quite challenging jgk... All the way asyik berdoa so that Alisha tak meragam. Alhamdulillah. Alisha mcm dah paham. Klu kena duk dlm carseat tu, means we will go through a very long journey. So please sleep soundly.
Biasa sebelum perjalanan aku dah susukan dia bagi betul2 kenyang. Bila dah gerak, dia akan senang duduk...and later dia akan tertidor. Sebelum gerak tu jugak aku dah standby bancuh susu dalam botol in case tgh2 perjalanan Alisha mengamuk nak susu. Walaupun susu tak elok kalau lebih dari satu jam.... tapi dalam keadaan terdesak ni, ia adalah di haruskan. Kadang2 dah dua jam perjalanan, baru Alisha bangun nak minum susu... susu yang dah siap bancuh tu la penyelamat. Aku tak payah nak berenti. Just bagi dia minum susu sambil aku drive. Dah jimat masa kat situ.. So, bila berjalan dengan budak kecik ni, banyak jugak limitation dia. Aku kena bertolak awal..so that boleh sampai sebelum Maghrib. Bagi aku, if anything happen...biarla di waktu siang...senang nak di urus. Bukan nak minta jadi pape...tapi kita kena sentiasa beringat la kannn. Lagi satu, pagi sebelum nak bertolak, make sure Alisha tak tido. Biasa hari Ahad tu, aku mandikan Alisha lambat sikit. Dalam pukul 11 pagi baru mandi.  Sebabnya, Alisha ni dia lepas mandi dia akan mengantuk dan tido lena dan lama. So, bila dan gerak pukul 12 tghari tu, dia dah betul2 mengantuk.
 
Setakat ni, dah banyak kali pergi balik cuma aku dan Alisha sahaja. Alhamdulillah...setakat ni perjalanan very2 smooth. Cuma pertama kali nak travel dengan Alisha tu je dia buat hal. Meragam tanak duduk dalam seat dia. Tapi aku terpaksa la biar dia melalak camtu. Apa daya aku. Memang waktu dia melalak sungguh2. Kesian pulak aku tengok. Tapi aku boleh setakat tepuk2 dia dan selawat kuat2 dalam kereta. Kesudahannya dia tertidor jugak akhirnya. Aku dah beli CD selawat untuk halwa telinga dalam perjalanan...tapi CD player lak rosak. Tu keje abang Ariff dan kakak Aisyah la tu... Tensen mak....
 
Lagi satu tip untuk travel dengan anak kecik ni, aku kena sediakan makanan banyak2 sebagai bekal dalam perjalanan. First of all, bila dah drive jauh2, waktu tengahari pulak tu...memang mengantuk la. Aku akan beli air, jajan...roti....biskut... kfc. Sepanjang perjalanan tu asyik duk makan je la. Kfc pun aku takde la beli ayam goreng....aku just beli rice wrap dgn burger je. Satu lagi aku kena kurangkan minum air, sebab aku tanak berenti ke tandas ketika tengah2 perjalanan. One more thing, no speeding... memandu dengan relax.
 
Ni budak kecik tu sempena umor 5 bulan.
Baju Alis semua dah makin mengecil. Tu yang jadi sendat, ketat dan seksi.


Friday, February 19, 2016

3rd day CNY

tadaaaaa!! Dah kat Kuantan. Kami gerak pagi tadi dalam pukul 4pagi. Sampai Kuantan dalam pukul 8.16 pagi. Berenti solat Subuh kat R&R Bukit Besi dalam pukul 6.40pagi.

Kali ni aku mai sini ramai2 dengan mak aku, mak sepupu dan anak dia. Tu yang boleh gerak pagi tu. Kalau tak semalam tengahari aku dah gerak. Alis aku tak hantar nursery hari ni sebab ada orang yan offer nak jaga. Ok...fine. cuti nursery seminggu. Suka tu suka gak..tapi risau pun ada jgk. Sebab si budak Alis tu tanak minum susu dgn botol. Susu badan atau susu formula. Dua2 dia tanak. Habis camne nnti bila dah msuk nursery minggu dwpan. Mau tak meraung2 sampai serak suara tu nanti.

Petang tadi lepas balik keje...bawa rombongan mak, mak sepupu dan 2pupu aku keluar round2 kuantan. Nk bwk g TC mcm xsempat sbb dah petang. Sempat rombongan g mengopi dan pekena roti bakar telur separuh masak kat Akar Kopi. Lepas tu gi tapau mee kari makan kat umah.









Enjoy the pictures.....

Thursday, February 18, 2016

My B.I.R.T.H.D.A.Y

Hari ni agak significant dalam diari hidup aku. Sebab....today is my BIRTHDAY!! yeay...dah makin tua aku ni. Happy birthday to my self.

Aku ni seorang yang sgt2 memboringkan... tanak expose... rasa tenang je kalau orang tak kenal kita. Tak reti sangat nak sembang. Pointless. Tak kelakar. Ada satu perkataan yang sangat sesuai untuk menggambarkan aku...tapi puas duk fikir. Tak ingat la pulak perkataan tu. Tapi aku rasa perkataan yang paling ideal mungkin pessimistic. Jadiknya, aku ni tak de la ramai kawan pun. Kawan yg duk ada sekarang ni pun tak tahu pun birthday aku. It's ok for me... the only thing that matter for me, the person that very2 close to me is remember and wish my birthday. For example. My husband. For almost 6 years of marriage, he is the one and only that always remembering and keep wishing for my birthday yearly without fail okkkk! Thanks so much dear. Appreciate that so much. Patut la. Pagi tadi lepas mandi. Ada miscalled from my husband pukul 12 tgh malam. Dalam hati; mimpi apa husband aku call?? Aku sendiri pun tak ingat.

The third person.... person ke? that wish for my birthday was this creature. Touching sangat....

thanks Mr Google. Tak sia2 aku duk hadap kamu dalam kehidupan seharian aku.
 
So, sempena melangkah dalam umur yang baru.... I would like to renew all my last year wishes..

1. I really really want to go back and work in my hometown. Be close to my family. Miss the moment how I handled the kids in the morning and sent them to daycare. Nak sediakan breakfast for family, so that anak2 before went to school and daycare, depa dah makan. Sekarang ni depa main makan je apa yg ada. Kekadang tak makan. Kesian sgt.....

2. Nak start gardening seriously. Sekarang dah start menanam pokok lada. Tapi tu la...tak leh nak harapkan suami jaga dan siram pokok, sebab dia memang takkan sempat nak menyiram pokok pagi2. Dengan nak kawal anak2 lagi. Tak tahu la camne nasib pokok2 lada aku tu. Kalau aku kat rumah, memang pagi petang aku duk siram.

3. Nak start menjahit semula. Dah 3 tahun aku beli mesin jahit tu. Guna lepas mula2 beli jek. Lepas tu duk elok jah dalam kotak. Kalau aku boleh balik, aku nak start menjahit semula. Nak jahit baju raya anak2 pompuan dan jahit baju aku sendiri. Banyak la projek aku nanti...

4. Aku nak jadi isteri, ibu dan anak yang baik kepada suami, anak2 dan ibubapa aku. Aku dah banyak membazirkan masa dan peluang aku bersama keluarga terutama mak ayah aku.

5. Aku nak menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam... nak bersedekah... nak membuat kebajikan... nak perbanyakkan ibadah supaya kehidupan kami lebih tenang dan diberkati. Aku dah berniat, kalau aku dapat balik Kelantan, aku nak gi bersihkan masjid2 kat sana,..vacuum, basuh telekung sembayang sebab aku perasan, telekung solat kat kebanyakan masjid memang takde sape yang jaga. Bau nye.... ambooiii semerbak. Memang tahan nafas je kalau guna yang masjid punya.

6. Aku nak cantikkan rumah aku. Banyak lagi yang kami perlu lakukan kat rumah kami tu....

7. Last sekali....aku tanak tulis. Sebab dah banyak kali aku try, asyik fail je. Aku dah naik malu dengan diri sendiri,. Tapi aku takkan berhenti mencuba. Nanti dah Berjaya dan menjadi baru aku cerita kat sini.

Itu la impian aku. Semua tu jadi pending hanya sebab aku keje kat Kuantan... Aku kena amik step dari sekarang. Kena renew permohonan pindah aku tu. Start dari sekarang!!

Petang ni rasa macam nak makan kek SR la.. Asyik makan sotong celup tepung jah tiap2 hari Khamis.

Bye.


Tuesday, February 9, 2016

First day CNY

Iye..iye je tajuk. Macam la cuti CNY kitorang ni full activities..

Tapi sebenarnya..kami melepak kat rumah je. Pkl 3 kami pegi kenduri jiran kat kampung. Balik tu sambung duk melepek depan tv.
Hari ni malas kuasa 4. Memang malas sgt + penat sebab xde kerjasama. Semua keje sorang2 duk pulun buat, memang kesian la cheq... tu yg pagi2 lagi dah bersemangat nak berleteq. Tu pun mcm tak paham jagk... tak tahu dah nak cakap apa

Semalam petang... Aisyah minta dengan abah dia 'tatir'..
Somi: Aisyah minta nak makan satay

Aku dah macam.....speechless.. bila masa pulak aisyah ni pandai nak request makan ni? Selama dia duk makan satay, agak2 dia tahu ke yang dia tu makan SATAY?? Hahaha..tak mungkin. Banyak kali jugak dia duk sebut tatir. Akhirnya aku dapat agak..dia nak main pasir. Tanya dia...'Aisyah nak main pasir ke?'. Angguk.






Sunday, February 7, 2016

Aktiviti Ahad

Dah banyak hari...kat Kuantan ke...Kota Bharu...angin memang tengah kuat sekarang. Sekarang ni pun bersantai kat family hall...tak payah on kipas. Buka sliding door, angin kuat kat luar tu dah boleh sejukkan kami yang kat dalam rumah ni. Tapi takut jugak kalau angin kuat ni, takut bencana lain yang jadi. Bumbung rumah tercabut ke, pokok tumbang ke...gerai kat pasar malam terbang ke...tapi minta jauhla benda2 buruk camtu. Ye dak??

Aku nak tunjuk angin kuat kat area rumah aku ni. Tapi xnmpk sgt kot. Pokok tinggi tu mmg duk bergoyang2 je. Tak rehat2...

Cuti CNY ni aku n famili habiskan masa kat rumah je. Pagi tadi aku goreng bihun simple utk breakfast. ALHAMDULILLAH licin...hahaha sebab goreng sikiy je pun. Tengahari ni cadang nak masak lemak udang dengan goreng ayam jek.

Lepas makan dan mandi pagi. Bagi chance kat budak2 ni main pasir.



 Kinetic sand tu dah lama aku beli. Dah dua tahun kot. Mula2 tu nak cari plastik cam dulang yang besar nak suh budak2 ni main pasir. Apa...tak penah2 jumpa pun dulang camtu. Tu yang duk simpan tak bagi budak2 ni main. Last2...main atas tikar je la..kebetulannya tikar ni dah tak guna sebab plastik dia dah gelembung. Ingat nak suh main kat porch..senang nak sapu. Tapi tu la...sekarang ni tengah berangin...sejukkk kat luar. Main je la dalam rumah ye anak2...ibu redha je hari ni. Ini hari kamu... yeayyyy!! Sementara budak2 tu main pasir, Alis tengok tv. Dia pun ada aktiviti jgk...sampai la dia tertido atas rocker dia. 

Aku pun apa lagi??? Boleh2 la bermalas2an sambil main intnet...tapi tak boleh 100% leka...kena jgk tengok2 budak 2 org tu. Takut nanti habis pasir keluar dari tikar tu... ke atas kapet semua. Jadi i pun kena alert la jugak...

Seronok kot main pasir. Budak 2 org tu langsung tak minta susu pagi ni. Klu tak Aisyah...botol susu tu sentiasa kat mulut. Mainla sampai penat. Jarang ni ibu bagi korang main pasir. Dalam rumah lagi. Tapi Aisyah tu dah nmpk mengantuk sangat dah. Nak tengok selama mana dia boleh bertahan... hahaha. Mcm mak tiri la sangat perangai...


Friday, February 5, 2016

Hujan Pagi

Dari semalam sampai la pagi hujan duk turun je. Suka aku.... hujan pagi ni banyak mengingatkan aku pada zaman budak2, time sekolah rendah. Dulu aku suka sangat hujan pagi sebab aku boleh bawak payung gi sekolah. Bila dengar air hujan timpa payung...waaahhh seronok betulll...
 
Aku ok je kalau hujan. Suka sangat.... Basah sket2 apa salahnya.
 
Hari ni aku balik petang. Lepas keje. Hasben datang jemput. Dia naik bas. Petang ni sampai la kot.
 
Aku OK je sebenarnya drive berdua dengan Alice. Tapi memandangkan hari ni aku balik petang, risau jgk... dahtu pulak hari ni mesti banyak kereta sebab semua orang berduyun2 balik kampong sebab cuti CNY ni. Tak nak pening kepala... minta je hasben datang.
 

Thursday, February 4, 2016

Juadah petang Khamis

Kenyang yg amat petang ni. Alhamdulillah....seminggu sekali je kenyang mcm ni. Tiap mlm Khamis je....sbb ada pasar malam kt area rumah..hikhik

Juadah aku petang ni ialah sotong salut tepung dgn pulut mangga. Lepas habis satu polistrin pulut mangga...aku dah tak leh masuk dah makanan lain dah...pulut dah habis. Takde gambar. Aku belanja gambar sotong goreng....

Aku tiap2 minggu beli sotong ni. Not bad.. hari ni niat di hati nak beli penderam tapi tadi gerai dia takde. Tak meniaga kot hari ni. Sebab hari ni duk memanjang je hujan..next time belanja gambar penderam. Sedappp...rangup. Hari tu umpan Aisyah makan penderam. Bagitahu dia choclate donut. Banyak jgk dia makan.

Hari ni badan rasa cam sakit2 je. Ke aku nak demam?.lama dah xdemam ni....

Wednesday, February 3, 2016

Aktiviti petang

Sejak pindah rumah baru...dah ada aktiviti baru dlm life harian aku. Tngok tv. Sekarang ni tetiap petang kalau ada kat Kuantan aku duk tunggu cite Kak Marr. Kelakor cite. Suka tengok Izreen Izmida. Yeke nama dia cmtu...

Minum milo sambil tengok tv. Lepas cite Kak Marr sambung dgn drama petang2 tu. Tp biasa aku xde la besungguh sgt tngok cite tu...sbb bnyk tertinggal. Lepas tu drama cmtu cliche sgt jln ceritanya... dh boleh agak.

Housemate aku biasa balik lmbt...kadang nk magrib baru sampai rumah. Takpun lepas maghrib. Orang2 muda ni banyak la aktiviti dia. Gi jogging la...gi gym... gi jln2 rumah kawan la...mcm2. Klu dia ada kami minum sesama sambil2 borak...kejapla..lepas tu masing2 msuk bilik buat hal masing2.

Thats all. Babai

Tuesday, February 2, 2016

My journey

Jelingan maut Alisha. Mujur sangat dia tak meragam. Sian dia...kena angkut ke sana sini. Thanks sebab sentiasa teman ibu, berkepit dengan ibu all this while....
 





Alhamdulillah....selamat sampai di Kuantan bersana si kecik. Syukur sgt Allah permudahkan perjalanan aku. Alice xmeragam pun. Elok je dia dlm carseat dia.
 
Aku bawak slow2 je. Dlm 110/km hingga 130/km je. Drive dalam keadaan rilex. Sedar2 dah sampai Kuantan.
 
Memandangkan hari ni perjalanan aku...saje je nak tempek gambar.. penat la asyik duk berulang ni. Keta pun exhausted gak. Asyik jalan jauh jek. Harap cepat dpt tukar...

Monday, February 1, 2016

Giliran Aisyah pulak

2 minggu lepas Ariff kena chicken pox.

Memang tersentuh hati aku tngok anak kesayangan camni jadinya...sedih sgt sebab aku xleh nak jaga anak bila sakit dan mesti la saat2 camni dia pun sgt perlukan aku dan somi. Tapi kami terpaksa kuarantin dia satu tempat yang takde budak2.. rumah mak aku yang terbaik kot. Sayu je tengok.. tapi Ariff dah kami bwk balik ke Kb. Dah ke sekolah pun dia semalam. Lega tngok...



Suka la tengok budak2 ni balik sekolah. Tiap kali balik sekolah mesti singgah kedai beli gula2. Tu yang senyum lebar memasing balik. Klu kereta masuk pagar je dah bunyi budak melalak. Especially Ariff.

Tapi rupa2nya kelegaan aku hanya untuk sementara waktu shj...

Pagi ni kejutkan Aisyah bangun nak g sekolah. Senang aje dia bangun. Tak banyak kerenah. Terus ajak dia mandi. Dia ok je. Bila tanggalkan baju...tengok something strange appear on her neck. Belek2...astagfirullahal'azim...rupanya dia pun dah terkena chicken pox jgk. Since today is her first day. Bintik air tu masih sikit.


End up nya...dia pun tersadai la kat rumah minum susu berbotol2. Dah la tngan dia tu xleh duk dia. Asyik nak mengutis dan menggaru je. Tak tahu la nnti apa reaksi dia bila tengok banyak biji air keluar nanti. Dahla minah ni manja yang keterlaluan. Asyik duk menyeru abah dia aje...

Harap2 penyakit ni xkena kat budak kecik sorang ni. Kena yg ni nmpknya ibu kena cuti panjang la...,