Sunday, February 7, 2016

Aktiviti Ahad

Dah banyak hari...kat Kuantan ke...Kota Bharu...angin memang tengah kuat sekarang. Sekarang ni pun bersantai kat family hall...tak payah on kipas. Buka sliding door, angin kuat kat luar tu dah boleh sejukkan kami yang kat dalam rumah ni. Tapi takut jugak kalau angin kuat ni, takut bencana lain yang jadi. Bumbung rumah tercabut ke, pokok tumbang ke...gerai kat pasar malam terbang ke...tapi minta jauhla benda2 buruk camtu. Ye dak??

Aku nak tunjuk angin kuat kat area rumah aku ni. Tapi xnmpk sgt kot. Pokok tinggi tu mmg duk bergoyang2 je. Tak rehat2...

Cuti CNY ni aku n famili habiskan masa kat rumah je. Pagi tadi aku goreng bihun simple utk breakfast. ALHAMDULILLAH licin...hahaha sebab goreng sikiy je pun. Tengahari ni cadang nak masak lemak udang dengan goreng ayam jek.

Lepas makan dan mandi pagi. Bagi chance kat budak2 ni main pasir.



 Kinetic sand tu dah lama aku beli. Dah dua tahun kot. Mula2 tu nak cari plastik cam dulang yang besar nak suh budak2 ni main pasir. Apa...tak penah2 jumpa pun dulang camtu. Tu yang duk simpan tak bagi budak2 ni main. Last2...main atas tikar je la..kebetulannya tikar ni dah tak guna sebab plastik dia dah gelembung. Ingat nak suh main kat porch..senang nak sapu. Tapi tu la...sekarang ni tengah berangin...sejukkk kat luar. Main je la dalam rumah ye anak2...ibu redha je hari ni. Ini hari kamu... yeayyyy!! Sementara budak2 tu main pasir, Alis tengok tv. Dia pun ada aktiviti jgk...sampai la dia tertido atas rocker dia. 

Aku pun apa lagi??? Boleh2 la bermalas2an sambil main intnet...tapi tak boleh 100% leka...kena jgk tengok2 budak 2 org tu. Takut nanti habis pasir keluar dari tikar tu... ke atas kapet semua. Jadi i pun kena alert la jugak...

Seronok kot main pasir. Budak 2 org tu langsung tak minta susu pagi ni. Klu tak Aisyah...botol susu tu sentiasa kat mulut. Mainla sampai penat. Jarang ni ibu bagi korang main pasir. Dalam rumah lagi. Tapi Aisyah tu dah nmpk mengantuk sangat dah. Nak tengok selama mana dia boleh bertahan... hahaha. Mcm mak tiri la sangat perangai...


No comments:

Post a Comment