Hari ni agak significant dalam diari hidup aku. Sebab....today is my BIRTHDAY!! yeay...dah makin tua aku ni. Happy birthday to my self.
Aku ni seorang yang sgt2 memboringkan... tanak expose... rasa tenang je kalau orang tak kenal kita. Tak reti sangat nak sembang. Pointless. Tak kelakar. Ada satu perkataan yang sangat sesuai untuk menggambarkan aku...tapi puas duk fikir. Tak ingat la pulak perkataan tu. Tapi aku rasa perkataan yang paling ideal mungkin pessimistic. Jadiknya, aku ni tak de la ramai kawan pun. Kawan yg duk ada sekarang ni pun tak tahu pun birthday aku. It's ok for me... the only thing that matter for me, the person that very2 close to me is remember and wish my birthday. For example. My husband. For almost 6 years of marriage, he is the one and only that always remembering and keep wishing for my birthday yearly without fail okkkk! Thanks so much dear. Appreciate that so much. Patut la. Pagi tadi lepas mandi. Ada miscalled from my husband pukul 12 tgh malam. Dalam hati; mimpi apa husband aku call?? Aku sendiri pun tak ingat.
The third person.... person ke? that wish for my birthday was this creature. Touching sangat....
So, sempena melangkah dalam umur yang baru.... I would like to renew all my last year wishes..
1. I really really want to go back and work in my hometown. Be close to my family. Miss the moment how I handled the kids in the morning and sent them to daycare. Nak sediakan breakfast for family, so that anak2 before went to school and daycare, depa dah makan. Sekarang ni depa main makan je apa yg ada. Kekadang tak makan. Kesian sgt.....
2. Nak start gardening seriously. Sekarang dah start menanam pokok lada. Tapi tu la...tak leh nak harapkan suami jaga dan siram pokok, sebab dia memang takkan sempat nak menyiram pokok pagi2. Dengan nak kawal anak2 lagi. Tak tahu la camne nasib pokok2 lada aku tu. Kalau aku kat rumah, memang pagi petang aku duk siram.
3. Nak start menjahit semula. Dah 3 tahun aku beli mesin jahit tu. Guna lepas mula2 beli jek. Lepas tu duk elok jah dalam kotak. Kalau aku boleh balik, aku nak start menjahit semula. Nak jahit baju raya anak2 pompuan dan jahit baju aku sendiri. Banyak la projek aku nanti...
4. Aku nak jadi isteri, ibu dan anak yang baik kepada suami, anak2 dan ibubapa aku. Aku dah banyak membazirkan masa dan peluang aku bersama keluarga terutama mak ayah aku.
5. Aku nak menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam... nak bersedekah... nak membuat kebajikan... nak perbanyakkan ibadah supaya kehidupan kami lebih tenang dan diberkati. Aku dah berniat, kalau aku dapat balik Kelantan, aku nak gi bersihkan masjid2 kat sana,..vacuum, basuh telekung sembayang sebab aku perasan, telekung solat kat kebanyakan masjid memang takde sape yang jaga. Bau nye.... ambooiii semerbak. Memang tahan nafas je kalau guna yang masjid punya.
6. Aku nak cantikkan rumah aku. Banyak lagi yang kami perlu lakukan kat rumah kami tu....
7. Last sekali....aku tanak tulis. Sebab dah banyak kali aku try, asyik fail je. Aku dah naik malu dengan diri sendiri,. Tapi aku takkan berhenti mencuba. Nanti dah Berjaya dan menjadi baru aku cerita kat sini.
Itu la impian aku. Semua tu jadi pending hanya sebab aku keje kat Kuantan... Aku kena amik step dari sekarang. Kena renew permohonan pindah aku tu. Start dari sekarang!!
Petang ni rasa macam nak makan kek SR la.. Asyik makan sotong celup tepung jah tiap2 hari Khamis.
Bye.
No comments:
Post a Comment