Tuesday, March 21, 2017

WONDA COFFEE


Pagi ni keluar rumah agak awal dari kebiasaan. Pukul 7.40 pagi semua dah siap. Ariff pegi dgn apak dia. Aku dgn Alisha dan Aisyah. Asalnya nak suruh husband hanntarkan Alisha, biar aku dengan Ariff dan Aisyah. Bukan apa, Alisha ni kalau dgn aku tanak duduk langsung kat kerusi. Nak beriba je. Nak menyusu la, nak main stereng la.. Kalau berenti beli makanan, dgn dia2 aku angkut keluar sekali. Penattt wei... Tapi Ariff tanak pegi dgn aku. Suka hati hampa la Ariff..

Dari petang semalam, lepas amik dari sekolah, Aisyah ajak brenti kedai sebab dia nak beli gula2 strawberry nak bagi kawan dia Aqilah. Aku cakap takleh singgah sekarang sebab Abah takde, Ibu takleh nak handle korang adik beradik kat kedai. Kita tunggu abah balik, then kita keluar cari gula2. Dia setuju. Tapi semalam famili aku singgah rumah dan balik dah nak dekat pkl 11,. Jadi Aisyah tak ingat la pasal gula2 tu.. Tapi bila masuk tido, dia tanya balik pasal gula2. Aku pun kelentong je la. Gula2 dah ada..pagi esok Ibu bagi.

Pagi2 buka mata, dia tanya pasal gula2 dulu. Aku cakap mandi dulu, lepas dan bersiap ibu bagi. Memang ada gula2 FOX. Memang plannya nak bagi gula tu la kat dia.. OTW ke sekolah, bagi gula2 tu. Dia tanak. Gula2 tu tak sedap. 

Kebetulan masa tu aku kat traffic light depan KB Mall. Sebelah tu ada 7E. Terus singgah situ jap. Sebab awal lagi kan sambil nak belikan roti untuk Alisha. Suka hati la si Aisyah tu. Heaven la 7E. Banyak gula2. Lama gak dia memilih. ada kat 10minit,. Dalam duk menunggu Aisyah ada la sorang budak laki masuk borong air kopi WONDA ni. Banyak.... dalam 9 tin dia beli. Aku terus terperasan... harga promosi kopi tu RM 1 jek. Memandangkan aku bawak turun duit RM 20 jek, roti dan gula2 Aisyah dan RM 9 lebih, jadi aku boleh beli 10 tin kopi WONDA. Super eksaited.... Tapi best ke kopi dia eh??? Takpe la, kita rasa petang nnti nak berbuka puasa. 

Pagi2 pun dah penat. Dengan duk dukung Alisha lagi. Memang hectic la pagi2 ni. Mujur pagi ni aku punch in pukul 8.29 pagi. 

Itu je yang aku nak share...

Monday, March 20, 2017

Menyesal

Pernah rasa menyesal tak???

Lepas tu buat camne eh?? Meratib sebab benda yang dah lepas ke?? Duk buat ayat bodoh dengan perkataan KALAU?? haha...

Aku pun camtu la jugak weeei... Awal2 menyesal, asyik duk salahkan diri sendiri jek. Mula la duk buat ayat berkalau-kalau.......

Lama2 sket, mula pujuk diri sendiri dengan kata2 positif. Ayat positif terbaik untuk diri sendiri ialah "Ada hikmah di sebalik setiap kejadian". " Perancangan Allah ada yang terbaik". Nak tanak kena la redha walaupun hati berat...

Kes terbaru, aku menyesal sebab kereta aku ni. Bila dah dapat kereta... 
"Tak cantik la pulak kereta aku ni"
"Kalau aku tak amik kereta baru, banyak la duit dalam poket aku. lagipun keta lama tu pun ok je lagi"
"Kenapa laaaa aku tak amik kereta lain yang sememang aku duk idamkan sekian lama"
"Kereta lama lagi luas dari kereta baru"
"Kereta lama lagi smart dari kereta baru"

Lepas tu mula la monyok macam ayam sakit jah. Naik kereta baru pun tak eksaited...

Tapi dalam masa yang sama duk pujuk diri sendiri. Tak payah menyesal.. Lagipun aku sendiri yang beria2 nak tukar kereta kannnn?? Takde sapa yang suruh pun.. jadi terima la kenyataan dan berpijak la di bumi yang nyata,.

Takpee.... guna la dulu kereta ni dulu. Nanti nko kaya raya esok2. Nko beli terus chopper kayyy?? Ayat nganjing diri sendiri. 

Misi menjahit: Beli kain & sewing machine presser foot




Taddaaaa...

Ni lah hasil dari belian online kiteeww as a starting untuk menjahit. Excited u... dapat bungkusan kain. Siap berdarah2 jari akak terkena pisau sebab rakus membuka bungkusan...

Ada satu lagi bungkusan kain tak sampai lagi... yang tu untuk buat baju raya anak....

Barang almost dah cukup. Bila2 masa dah boleh mula menjahit. 

Sunday, March 19, 2017

Misi bercucuk tanam: Beli tanah dan tanam halia

Semalam pegi kenduri kat Rantau Panjang. Balik singgah beli tanah untuk bercucuk tanam. Sampai rumah, tukar tudung je.. dengan baju kurung tu aku terus mulakan misi untuk menanam. Letak tanah yang beli kat tempat yang nak menanam, tiba2 turun la askar2 seramai 3 batalion nak menolong sama. Sorang nak tolong bubuh tanah, sorang nak main shovel ibu, sorang nak tolong siram pokok. Adussss pening kepala ibu. 

Ok, sebelum ibu jadi Incrdible Hulk, ibu pun tinggalkan askar2 kat tempat menanam pokok dan ibu pegi bakar sampah dan rumput2 kering. Tiba2 ibu tengok askat2 ibu dah berbaris ikut ibu nak main api. Kadet Alisha pulak asyik la nak berlari ke jalan. Si Ariff duk lari merata2. Aisyah pulak duk main2 tepi api. Ibu dah mula stressss.. terus tinggalkan tempat kejadian. Tutup pagar supaya dorang tak lari ke jalan. Biar kan askar2 tu bertempur sesama dorang. Dalam menghadapi gangguan askar2 tu, sempat jugak la ibu tanam pokok halia yang baru bercambah dan tabur biji lada. Harap cepat2 la keluar pokok. 

Pagi tadi dalam kelam kabut pegi keje, mujur sempat siram pokok halia tu kejap...

Semalam...duk bersantai2 depan TV, aku meluahkan rasa tak puas hati aku kat suami. Cakap kat dia tolong pantau kan anak2 bila saya berkebun. Saya tanak sebarang gangguan. Kemainn kerek kan?? mengalahkan diva je. 

Husband: Kalau saya, saya takkan bersusah2 tanam pokok. Saya beli je kat kedai bunga yang dah siap tanam. Letak je dalam pasu. habis cerita. 

Saya: Masalahnya sy bukan tanam bunga. Saya tanam halia, serai, lada.... semua tu untuk di makan.. takpayah susah2 beli. 

Husband: Setakat ni, awak yang paling pelik. 

Saya: Apa yang peliknya?

Husband: Tanam sayur betul2 depan rumah. Biasa orang tanam pokok2 gitu kat belakang2 rumah jek.

Takde yang pelik pun..... Actually banyak lagi perancangan aku. Aku memang dengan niat tanam pokok2 tu depan rumah sebab belakang rumah aku nk tanam pokok2 besar mcm pokok durian belanda, pokok mangga... Semua dah di rancang dengan teratur dah terperinci gitu.....


Wednesday, March 15, 2017

Sudah tiba masanya

Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama, dan aku dah mula membiasakan diri dengan kerja kat kampung halaman, menguruskan anak2 kecil. Jadi, aku rasa dah sampai masanya untuk aku meluangkan masa untuk diri aku sendiri. I want to do my hobby. Sewing.

Memang dah lama berhajat nak menjahit tapi duk tangguh2 sebab keadaan bilik menjahit macam tongkang pecah + tak reti nak manage masa utk urus anak2 dan rumah. Sekarang aku dah ok. Dalam kepala aku duk aim nak menjahit blouse anak2 dan legging. Sebab bagi aku simple je nak jahit. Lagipun kalau beli, lengging sehelai pun dah berapa dah harga... so boleh la ibu dgn abah berjimat cermat.... harap2 hasil jahitan ibu nanti setaraf dengan brand H&M dan Zara kid la. Hahaha. Koya je lebih.

As a starting aku dah mula mengorder kain utk jahit legging dan juga baju raya. Untuk baju raya anak-anak pompuan, ibu berangan nak buat baju kurung fishtail..  InshaAllah, nnti kain dah sampai dah boleh mula dah pelan2...

At the same time jugak aku nak jayakan misi berkebun aku. Rumput semua dah clear. Tunggu masa nak pegi beli tanah utk menanam jah... InshaAllah, weekend ni jadik!!

Gambar akan menyusul!!

Monday, March 13, 2017

Aisyah turns 4 today

Alhamdulillah.. Aisyah dah turns 4 today. Alhamdulillah, kami panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada-Mu Ya Allah kerana kurniakan kesihatan yang baik kepada Aisyah... perjalanan hidup yang lancar dan agak baik kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah...... kami mohon agar kebaikan yang berterusan sampai hujung ajal kami. Aminnn....

Semalam, bawa Aisyah pegi beli kek utk celebrate birthday dgan kawan2 kat school. Excited sungguh dia. Lepas tu bawk dia pegi DIY cari gelang dengan cekak rambut sebagai hadiah birthday la kengkononya.. Tak ingat pulak nak snap gambar kek dan barang2 yang dibeli serta moment Aisyah kat kedai kek. memang Aisyah nak sangat gelang... selalu duk pakai gelang lama yang tak cantik langsung... Bila pegi sana, Ariff pulak over... mainan dia pulak yang lagi mahal dari birthday girl. So cukupla cekak rambut princess dan gelang je la sebagai hadiah ikhlas dari ibu untuk tahun ni. 

Balik rumah petang ni, tcer Aisyah wasap gambar Aisyah sambut birthday kat school. Aisyah macammm jek. Tak seronok ke sambut birthday diri sendiri Aisyah??







Beralih cerita kepada Alisha pulak. Hari Khamis ni Alisha ada appoinment kat ENT HRPZ sebab telinga dia keluar nanah bulan lepas. Dua minggu jugak la ada nanah. Lepas amik antibiotik, nanah dah takde tapi still jugak kena refer hospital takut ada komplikasi lain. Harap2 takde pape yang serius. Aku dah apply cuti untuk Khamis ni. Tak sabar pulak aku nak ke hospital sebab dah lama tak gi hospital. Haha

Cerita pasai Ariff Sufyan pulak. Ariff ni selalu buat ibu pening. Belajar kat tadika islamic, tapi liat kemain nak solat... Sampai tcers dia macam dah lali kot Ariff camtu. Selalu nasihat dan bagi kata2 semangat kat dia, tapi macammm tak masuk je. Tapi aku akan sentiasa bagi dia nasihat dan kata2 semangat, biar satu hari akan menusuk ke hati dia. 

Apa je harapan kita sebagai mak-mak ni. Mestilah kita nak tengok anak2 kita membesar dengan sempurna dan sihat, dapat pendidikan dunia dan akhirat serta jadi orang yang berguna kepada keluarga, agama dan negara kannn... 



Thursday, March 2, 2017

Sakit tekak

Kisah semalam...

Semalam kan aku ada tulis Aisyah mcm kena kacau kot, asyik nangis time maghrib. Aku dah bgth husband aku, kita kena bawak Aisyah pegi jumpa ustaz... at least minta air tawar sebab aku tak sedap hati tiap kali dia nangis lain macam..... Husband aku mana nak percaya benda2 cam tu. Aku pulak yang kena marah dgan dia.

So since aku berhasrat dan berikhtiar supaya Aisyah tak nangis pelik camtu..so aku pun riki2 dengan kawan ofis aku ni. Tempat ustaz yang boleh ubatkan orang yang kena kacau. So petang semalam kami pun keluar la pegi jumpa ustaz tu. And guess what,,.. rupanya ustaz tu aku penah datang 3 4 kali dalam 2 3 tahun lepas masa Ariff dan Aisyah tak boleh tidor malam... Aku mulanya tanak turun sebab segan + tak yakin sangat dengan ustaz tu. Tapi memandangkan segan dan kesian pulak aku dgn ofismate yang bersungguh bawak aku pegi sana, so aku turun jgk la jumpa ustaz tu. Dapatkan air tawar.. dah siap.

Balik tu aku tak bagitahu pun kat suami. Takut dia marah + aku pegi pulak dgn ofismate laki. Air tawar tu pun masih dalam kereta.

Balik2 petang semalam...aku rasa tekak aku sakit. Actually tekak aku ni dah 3 minggu duk sakit jah. Sakit nak telan air liur, minum dan makan. Tidur malam pun tak lena sebab asyik duk sakit tekak. Ingatkan aku tonsil, so aku pun duk pantang minum air sejuk dan dok minum air panas/suam je nak suruh tonsil aku ni cepat lega. Minggu pertama sakit, dah pegi jumpa doktor. Doktor bgth sakit aku bukan sebab tonsil. Tapi radang mungkin sebab nak batuk. Ok fine, Doktor bagi ubat. Tapi aku tak makan sebab aku tak percaya dengan doktor tu. Haha. Kuang asam kan... Sebab tak makan ubat, jadinya sakit tekak pun tak hilang la. Sampai la hari Isnin rasa macam dah tak sakit... jadi malam tu aku pun minum la air pepsi sejuk. Pagi selasa dah start rasa sakit balik sampai la semalam rasa macam sgt sakit bila nak telan air liur.

Petang semalam...lepas maghrib aku tinggalkan anak2 dgn suami, aku pegi klinik sorang2. Nak bawak anak tiga orang pi klinik rasa macam leceh, dengan dorang yang masih tak makan lagi...kesian jugak. Dalam perjalanan. Duk berdoa. Jangan la ada penyakit yang pelik2. Hilang nikmat dunia aku selama ni. Anak2 kecik lagi. Sampai klinik, bila misi buka pintu, sipi2 nampak la doktornya... alamak, doktor ganti je ke??? Adooiii...aku tak percaya kalau setakat doktor2 ganti ni. Tapi memandangkan dah datang dan sakit rasa macam mengganggu.. jadi aku tunggu je la turn aku. Pasrah.

Turn aku. Jumpa doktor, Mudanya alahaii.. Nganga. Terus dia cakap. Ada luka dlm tekak mungkin sebab 'melecet'. Dia bagi ubat radang. Takde yang teruk, so dia cakap tak payah risau. Aku pun apa lagi..terus sambung. Aku risau takut sakit yang pelik2 je cam kanser ke mamandangkan aku duk sakit dah tiga minggu dah. Tapi bila dah doktor cakap ada luka tu...at least aku percaya la, Ada point la sebab aku tekak sakit,.. balik terus makan ubat dan pagi ni dah rasa ok sket....

Begitu la kisah sakit tekak aku. Harap makin ok.

Wednesday, March 1, 2017

Aisyah mengamuk... tapi cam pelik je

Alkisah semalam... Kami berempat pegi jemput tok mek dengan tok ayah kat airport. Mak dgn ayah aku pegi KL sebab adik aku yang keje misi kat PPUM naik rumah baru. Pegi melawat la, tengok2 rumah baru anak gitu...

Tengah menunggu TokMek dgan TokAyah

Aku pegi jemput anak2 semua then pegi la ke aiport. Lama jugak tunggu... Tengah2 tunggu dalam kereta tu, Aisyah dia duk asyik duk minta aku belikan benda yang boleh letak kat rambut. Aku tak faham apa sebenarnya yang dia nak. Tapi aku duk agak benda yang dia nak tu macam cekak rambut gitu. So aku pun iyakan je la... InshaAllah kalau ibu ada duit....banyak kali dia duk minta aku belikan..

Lepas ayahmak aku sampai, kami singgah beli nasi kerabu kat Yati Ayam Percik. Ayah aku  request nasi kerabu Yati Ayam Percik. Tak leh nak makan situ sebab tak cukum korum. Husband aku takde. Takkan nak makan tanpa dia. Nanti kecik hati mamat tu... So aku pun bungkus jela..

Sampai rumah dah pukul 7 ptg. Ding dong2 dah nak2 masuk Maghrib Aisyah mula tuntut janji dia nak cekak rambut tu. Mula duk meratib nak cekak rambut, tapi dia tahu kitaorg dah takkan keluar kedai dah waktu2 gitu, Mula la dia melalak meraung... serentak pulak dengan azan maghrib... Geram aku...

Aisyah ni aku duk perasan, kalau dia nak menangis ke mengamuk ke, memang selalu waktu maghrib. Ehmmm,, pelik kan? Kalau aku, memang aku dah rasa lain mcm, Dahla dia menangis macam kena rasuk pulak tu. Tapi kalau suami aku, mesti dia duk kata aku ni asyik fikir yang bukan2 jah. Bukan apa, aku pernah terkena dulu masa Ariff kecik. Dia akan nangis pelik tiap kali Azan,. Aku yang mula syak Ariff ni terkena 'benda' lain... kalau ikutkan suami aku... dia tak alert benda macam tu. Bila pegi jumpa ustaz, memang ada 'makhluk lain' yang duk berkawan dengan dia. So, aku nak simpulkan kat sini, instict ibu ni lain... kalau anak2 pelik sket, memang ibu yang dulu noticed benda2 camni...

So, yang kisah Aisyah ni pun dah lama aku perasan tapi cumanya dia tak selalu mengamuk. Tapi bila dia start mengamuk memang takde waktu lain dah...memang waktu maghrib je. Mungkin 'benda' tu bijak jugak. Dia ingat bila dia kacau anak aku jarang2 gitu,..dia ingat aku tak perasan kot. Tolong la, get a life la. jangan duk mengacau budak.. aku akan ikhtiarkan so that Aisyah back to normal semula.