Wednesday, May 31, 2017

I'm back on track now babeh

Alhamdulillah hari ni aku dah berpuasa. Rasa bersemangat la sket nak buat keje tak macam semalam dan hari2 sebelum. Rasa lost dan nak tido je. Lagi la kalau lepas break lunch tu rasa nak tido je bawah meja. Actaully aku jadi camni sebab waktu aku dah beranjak dari kebiasaan, so aku cam bengong dan pening2 lalat dan sejak puasa ni jugak aku akan tido awal. Pkl 9.30 tu aku dah mengantuk benor dah. Aku tak pi terawih atas alasan anak kecik takleh nak tinggal. Tapi so far Alhamdulillah, hari ni aku dah rasa normal balik. 

Now I'm back on track babeh cumanya belakang aku ni duk rasa lenguh2 jah. Takleh nak diri lama sangat. Dulu penah jah rasa sakit belakang camni tapi dah stop. Cuma sekarang mula sakit belakang balik. Aku beranggapan mungkin disebabkan sekarang ni aku tiap2 hari duk hadap minum air sejuk. Dulu minum jugak jarang2...

Tengahari tadi terima call dari Klinik Perdana suh pegi jumpa doktor untuk tengok result health screening semalam. Berdebor nya akuuu... 


Saringan kesihatan kali ke2

Pagi beraso tak larat sgtt. Aku tak puasa hari ni tapi tak makan pun for the whole day sebab aku sahur pagi tadi. Aku ingat aku boleh posa dah hari ni tapi nampaknya tak boleh lagi. Tapi aku rasa esok dah boleh dah kott..

Sekarang ni aku duk rasa penat, sakit badan... lenguh2. Duk berangan kalau ada orang urut aku kan bessstt sgt. biar bunyi krukk krakk krukk krakk. Bestnya...

Pagi tadi aku pegi buat saringan kesihatan sekali lagi kat Klinik Perdana Jalan Bayam kat Kota Bharu ni jugak. Tak puas hati dengan saringan yang aku buat kat Klinik Kesihatan Bandar tempoh hari. Yang kat klinik ni ada 3 pakej; harga RM 90, RM 110 dan RM 170. Lagi mahal, lagi banyak benda la yang dia periksa. Aku amik yang pakej RM 170. Tapi dgn syarat kena puasa 8 jam. Aku pegi tadi dalam pukul 11 lebih. Dah puasa dalam 6 jam je la. Tapi aku proceed je la sebab dah sampai kat klinik takkan aku nak patah balik kan. Doktor tu cakap ok je kalau tak sampai 8 jam tapi keberangkalian test darah mungkin tak tepat sgt. Mungkin kena buat sekali lagi. Mula2 masuk bilik doktor, amik tekanan darah,. Lepas tu pegi amik air kencing. That's it. Next 2 days nanti baru ada result dan klinik akan call aku. Tadi aku keluar dengan kebenaran boss ok!




Balik2 klinik2 tu aku borak2 dgn boss dan klik pasal keje. Then 12.30 tghr aku blah sebab somi aku ajak gi tesco. Beli2 barang dapur la awal2 bulan ni. Biasa kalo pegi berdua tu rilex la sket.. Dgn anak2 ya ampun memang menguji jiwa. Macam2 karenah sengsorang. Tapi tadak dorang sunyi plak. Lepas shopping tu, kami berdua2 sempat la buat urutan kat kerusi urut. Legaaa sgt rasa... bestnya kalau ada kerusi tu kat rumah. Kalau ada, tido malam pun aku nak tido atas kerusi urut tu. Tapi kerusi urut yang bagus memang mahal tak terjangka dek akal. Sori, bagi orang kebanyakan macam aku, harga camtu agak mahal la. Mungkin bagi orang yang berduit, harga tu biasa jek. 

Esok2 harap aku dah dapat posa. Tak posa pun bukan boleh makan. 

Monday, May 29, 2017

Hujan pagi


Pagi ni cuaca mendung kat KB. Hujan rintik2 air bergelora. Aku suka morning rain because it can bring me back to my childhood. Ingat waktu2 sekolah rendah. Kalo hujan pagi, aku excited gile sebab nak bawak payung g sekolah. Tapi bapak aku hantar pegi sekolah dengan kereta drop betul2 depan pintu pagar sekolah. Boleh la buka payung sekejapan. I remembered, how i love to hear the raindrops...untill now. 

Bulan depan nak raya. Aku duk kemas bagpack yang aku duk bawak hari2 pegi ofis. Aku ada simpan barang kemas anak dalam beg. Apparently, barang kemas anak2 takde dalam beg. Grrrr.. mana aku letak ni weiii.?? Dah buntu.... otak asyik duk pusing jer mikirin mana aku campak barang kemas anak. Geram kat diri sendiri. 

Wednesday, May 24, 2017

Siap potong kain

Tadi rehat, aku tak keluar makan. Tadak geng nk keluar. Malas nak ajak somi aku keluar makan. Jadi, tadi aku ada quality time nak buat kerja aku...iaitu memotong kain utk menjahit. 

Tadi dah bagitahu aku nak try jahit sample dulu utk bj kurung kedah ni. Aku guna kain pelekat suami aku yang dah ada koyak skit. Alhamdulillah, by one hour, aku boleh siap potong untuk sepasang baju. Tunggu nak menjahit jer. Weekend ni la nampak gayanye

Pagi tadi dapat telephone call dari OUM suh aku datang dgr taklimat untuk program master yang aku apply dan terus buat pendaftaran. Hahaha. senang sungguh nak buat master. Aku just isi online jek. Terus dapat.. 

Untuk apa buat master kak?? 
1. Untuk refresh balik minda aku yang dah lama tak berfikir
2. Nak improve balik skills pergaulan, communication skills, presentation dan bla bla bla
3. Pengukuhan kerjaya
4. Pencapaian dan kepuasan diri sendiri

Harap Maklum 

Cumanya aku agak khuatir tentang perbelanjaan. IPTS kan fee dia agak tinggi compared dgn IPTA. Dah survey loan, mcam takde je utk master kat IPTS. Klu IPTA tu macam ada gak pilihan... Tapi orang OUM tadi tu ada bagitahu ada skim kemudahan untuk bayaran fee dan ada loan dari affin bank offered untuk student master. OK. Papehal pun aku nak gi dengar dulu Sabtu ni then aku decide la sendiri lepas tu. 

Kenapa OUM?? takde U lain ke?

Kenapa? Ada masalah dgn OUM ke?? Takde la... actually memang la first option tu aku nak IPTA. Aku pilih OUM sebab:
1. Dekat dgn rumah
2. Dekat dgn tempat keje
3. Jimat perbelanjaan perjalanan
4. Flexible. Aku tengok laki dulu tak gi kelas rileks je,..
5. U lain yang ada pengajian kat Kelantan, aku tak berkenan course dia + kena buat research.



Bukti, aku betu2 siap memotong kain by 2pm.

Semalam MC

Gud Murning!!!

Alhamdulillah... Sudah selesai bersarapan dengan nasi berlauk ikan aye. Haha..hari tu kemain tanak breakfast nasi lepas check kolestrol. Sat jah duk makan nasi himpit. Lepas tu macam balik makan nasi pagi. Tak jadi sungguh aku ni.

Banyak senyap jah aku minggu ni. Semalam aku MC sebab sakit kepala mungking sebab selsema + berhingus. Sakit kepala belah kiri. Kalau aku jalan/ kepala bergerak aku akan rasa sakit gigi. Peliks betul. Mungkin jugak sebab aku awal2 period, tu yang jadi tak stabil. Rasa penat sgt... Tambahan pulak semalam suami aku ke KL, aku pun apa lagi...cabut balik rumah mak aku lerrr.. 

Alhamdulillah, bulan ni aku dah hantar 3 file. Berbangga untuk diri sendiri padahal bukan mungkin bagi orang lain biasa2 je. Tapi aku rasa seronok la sebab usaha aku sendiri kan boleh settle 3 file. Actually kalau aku pecut aku boleh je settle lagi 2 file kalau aku nak. Tapi, bior la...simpan la untuk bulan depan plak. Kot nanti next month dah takde file nak hantar. 

Semalam cuti, budak2 pun aku turut cutikan depa. Seronok la depa. Jumpa dan boleh main dgn sepupu dorang.. Dgn2 Alisha sekali pun sibuk bermain. Rumah mak aku ni porch kereta memang luas..Dahtu takde kereta parking, boleh la budak2 main situ. Teduh dan bersih. Sebab tu aku boleh lepaskan budak2 tu main kat situ. Aku pulak, masa budak2 sibuk bermain, aku amik peluang nak buat pola untuk kurung kedah budak2 ni. Mula2 ni aku rasa nak buat sample untuk aisyah dulu. Kalau jadi, boleh la aku mula buat untuk budak2 empat ketul tu. Aku yakin dgn aku sendiri. Tahun lepas, dalam masa sehari aku boleh siapkan baju raya Aisyah, InshaAllah dalam sebulan ni aku boleh siapkan baju budak ni 4 helai.... Segala barang untuk menjahit aku dah beli. InshaAllah hasil jahitan aku akan lebih kemas dan cantik. Hahahaha. Berangaaannnnye akakkk

Tu je kot bebelan aku untuk pagi ni. Actually hari ni aku rasa seronot sangattttt. Nak tahu tak kenapa???? Sebab....esok pay day!!! hahahahah

Wednesday, May 17, 2017

Health screening

Assalamualaikum Wbt...

Tengahari ni KB hujan. Alhamdulillah... hujan rahmat. Rahmat untuk pokok2 aku kat rumah.. rahmat untuk umat manusia jugak kat KB ni sebab sejak 2 3 menjak ni asyik panas je kann.. sekali sekala hujan ok jugak... 

Alkisah untuk hari ni, dah tengahari baru aku masuk ofis. Aku pegi buat health screening kat Klinik Kesihatan Bandar. Tapi aku macam terkilan, aku ingatkan health screening ni detail punya checking, rupanya idok camgitu. 

Mula2 aku pegi daftar kat kaunter. Cakap nak buat health screening. Depa suh aku masuk kat bilik hujung kat kaunter. Aku sana isi borang, then amik tekanan darah, ukur tinggi dan timbang berat. Lepas tu misi situ suh aku pegi makmal kat tingkat 2. Kat Makmal aku periksa kencing manis which is aku free from kencing manis. Then buat urine test. Aku tak tahu untuk apa urine test tu sebab lepas aku tinggalkan makmal, aku tengok depa tanda ujian kencing manis aku jah.... Kolesterol pun takcek.. Adooiii keciwa aku...

The aku pegi tingkat 1 untuk pemeriksaan mata. Mata??? Ok, fine. Settle. 

Lepas tu jumpa doktor kat level tu jugak. Nyampah aku dgn doktor tu. Rupanya aku penah datang jumpa doktor ni pasal bengkak kat leher aku 3 tahun lepas. Mana la aku ingat. Duk tanya aku kenapa aku tak datang amik result darah aku. Aku cakap aku datang. Lepas tu duk tanya dgn sapa aku jumpa. Bongok. Macam la doktor kat situ artis. Mana aku nak ingat nama weeiii... Kalau aku tak datang amik result camne aku boleh direfer kepada unit SOPD kat HRPZ?? Pelik.

 Aku habaq kat doktor aku penah sakit dada waktu malam and dia suh aku pegi buat CTG. 

So kalu ikutkan, aku cuma cek BMI, cek kencing manis, cek mata dan buat CTG. Tu je. Rasa macam.. " kalau camni, aku pun buleh cek sendiri kat rumah". Penat aku habiskan masa aku nak dekat 3 jam kat Klinik tu. 


Tunggu asben aku datang amik. Laparrr wei

Thursday, May 11, 2017

Breakfast kat luar

Assalamualaikum...

Semalam kan cuti Wesak day. So, hari Selasa lagi akak duk kabor ke somi akak, nnti pagi Rabu kita kuar breakfast roti canai ye sefamili. Somi akak respond gitu2 jah. Akak rindu nak makan roti canai dgn teh tarik kaww kat kedai. Sejak balik Kelantan ni tak penah lagi. Malam tu akak remind lagi somi akak bangun awal2 tau esok sebab kita nak kuar breakfast kat luar. Somi akak tak excited pun. Dia cakap baik dia kuar beli, makan je kat rumah. Tak de pening2 kepala nak handle anak2 kat kedai. Kat anak2 pun akak dah siap pesan bangun awal2 nak pegi makan roti canai. Excited gila akak tau. 

The next morning, budak2 ni akak kejut awal macam nak gi school. Kalau ikutkan akak, pukul 8pagi tu dah boleh keluar. Akak tak suka breakfast lewat2, takde feel breakfast tu. Last2 dalam pkl 8.40 jugak la kami gerak nak mencari kedai roti canai. Axtually akak tak tahu kedai mana yang menjadi tumpuan. Main jalan je dgn harapan jumpa kedai kat tepi2 jalan yang ramai orang. Singgah jela... Kami mencari kat area Wakaf Che Yeh, Bunot Payung hingga la Batu 2.. Tapi takde kedai pun yng buka. Suh somi pegi area Tesco. Jumpa kedai makan. Hmmm.. boleh la sebab ada roti canai. Tapi tak puas hati pun makan kat situ sebab air dia tak sedap langsung. Tak kawww punnn... Balik la ke rumah dgn rasa terkilan. Somi dah start nganjing akak.. kalau tahu camtu baik makan bungkus je katanya. Akak jebik je...

Sori no gambar ye kalau melibatkan makanan... 

So tengahari akak masak sambal udang, ikan goreng dan sup ayam dgn harapan anak2 makan sebab favourite anak kot sup ayam tu. Sebelum zohor makanan dah siap terhidang. Tapi geram pulak, Aisyah tak makan pun nasi. Alisha makan gitu2 jah. Ariff akak tak pasti banyak ke tak dia makan sebab dia makan dgn apak dia. Belah malam tu, akak suruh la Ariff masuk tido awal sket sebab esok dah sekolah. Tapi dia cakap mana boleh tido, nasi tak makan lagi. So akak pun masuk la dapur senduk nasi, taruk sikit sup dalam nasi nak suap dia. Tahu apa dia cakap, " Ariff taknak makan nasi sebab sup ibu buat tak sedap. Lain kali ibu buat sup sedap, baru Ariff makan." Whatttt??? Akak pujuk jugak dia makan, tapi dia berkeras tanak. Dia memang susah sket bab2 makan ni, Last2 dia nak makan roti dgn nutella. Sukahati awak la Ariff. Last2 akak yang makan,.Macamne tak buncit perut akak.

Tengah2 malam akak tersedar, sebab tiba2 rasa sakit kat buah pinggang. Alahai kenapa la pulak aku ni? Sejak2 umur dah lanjut ni macam2 sakit pulak datang. Sebelum ni akak penah rasa sakit jantung. Risau la.... Kena pegi buat medical checkup segera ni. 


Monday, May 8, 2017

No more hunting for knit cotton

Assalamualaikum..

Hari ni akak dalam mode tak bertenaga lagi. Masih meneruskan puasa. Harap2 sempatla menghabiskan puasa ganti sebelum datangnya Ramadhan. 

Semalam akak mencari nasi lemak. Jumpa kat Kubang Kerian. Waauuu., tak dapt diungkapkan dengan kata2. Nasi lemak semalam memang terbaik. Akak suka dan InshaAllah petang ni akak akan beli nasi lemak lagi untuk berbuka. Cumanya somi akak membebel sebab sambal nasi lemak pedas katanya. Mana la akak tahu tahap kepedasan sambal dia. Ni first time akak beli kot. Bagi akak ok je. Anak2 akak pun macam tak berminat sangat nak makan. Tapi akak syak sebab dorang dah kenyang makan biskut. Makan biskut buat mcam makan nasi. Sampai habis sepaket biskut. Memang la kenyang. 

Sori, akak tak pernah terlintas nak snap gambar kalau berdepan dengan makanan. Lagi2 tengah puasa. 

Cerita hari ni plak. Tadi akak pegi buat Diamond peeling kat Aiwara Spa. Overall akak boleh bagi 3 bintang jah... Akak tak suka sebab dorang tinggalkan akak lama sangat lepas taruk masker. Lepas masker pun adasatu lagi krim depa taruk. Lepas tu tinggalkan akak sampai terlelap. Rasanya ada dekat 45 minit depa tinggalkan akak terbaring camtu. Ke memang dorang nak suruh customers take a nap?? Ntah... tak tahu la plak sebab akak memang baru nak belajar menjaga muka. Tapi akak suka sangat hasil buat diamond peeling ni,. akak bagi 5/5 untuk result peeling ni. Muka rasa licin dan glowing sgt. Sori. Takde gambar. Nanti ramai pulak follower akak lepas ni. Hahahahaha. 

Umur akak pun dah makin tua. Elok2 la menjaga sket kulit muka ni.  Penat keje, cari duit apasalahnya spend sikit duit tu tu untuk diri sendiri. Amboi ayat** Macam la ngko tu tak pernah merewardkan diri hang sendiri. Propa sangat... Actually, akak dah melebih2 dah berbelanja untuk diri sendiri. Hahaha. Somi akak selalu je membebel suruh berjimat cermat. Tapi tau la kan, kita membeli belakang dia. Jadi apa2 pun boleh beli selagi tak kehabisan duit....   

Tadi balik spa, ada pulak parcel untuk akak. Almost everyday akak dapat parcel. Kuat nau membeli. Akak terima kain knit cotton. Dah lama beli. Baru sampai. Dah satu drawer kabinet kat ofis ni. Kat rumah ada lagi. So, starting from now, no more hunting for knit cotton unless yang ada sekarang ni akak dah habis guna. So untuk elakkan akak terjebak sekali lagi, never ever masuk group orang menjual knit cotton yea!!




Ok, itu jela dulu untuk hari ni.

Sunday, May 7, 2017

Stop hunting

Today, aku rasa penat sgt. Tak bermaya. Terbayang2 nasik lemak untuk berbuka petang ni. Masih terfikir2 lagi, mana nak carik nasik lemak lepas balik dari keje ni?? Memandangkan esok aku masih plan nak puasa, harapnya juadah berbuka petang ni biorla special skett...

By today, semua bokitta yang aku beli dah sampai. Rasanya macam almost semua kale dah ada. I thinks enough dulu hunting bokitta buat masa sekarang dan selepas ini. Unless kalau ada tudung yang aku betul2 berkenan sampai tak leh lelap tido tu, Insha Allah aku akan beli. Nati beli banyak2 helai pun, bukan semua jugak aku sempat pakai. Lima hari dah pakai tudung keje. Weekend pun bukan selalu keluar berjalan sangat pun.

So, conclusion for today, STOP hunting for Bokitta. 

Bye

Tuesday, May 2, 2017

Bokitta

Good Morning!!

Semalam balik kampung jap selepas hampir sebulan aku tak balik. Mak aku yang beria suruh aku belik berubat leher aku ni. Dah banyak kali kottt.. Ok la, aku pun balik la sekejap semalam. Pagi2 lagi bertolak dari KB. Plannya sesudah subuh nak gerak. Tapi suami aku tu suka  benau buang masa. Gewaamm. Kami gerak dalam pukul 7.30 pagi. Anak dengan baju tido terus angkat naik kereta. Aisyah hanya berbaju + pampers jah. Aku tak singgah beli breakfast pun dgn harapan mak aku dah masak breakfast. Sampai kampung, terus masuk dapur...seronokknya, mak aku buat pulut + kelapa parut + ikan rebus goreng. Sedappp sgt. Dah lama nak makan yang mak aku buat. Tapi mak aku tak leh nak buat sebab takde kelapa muda. Dia suruh je beli kat kedai kalau nak makan sket. Aku nak membeli memang takde masalah. Merata2 ada orang jual. Masalahnya aku nak makan yang mak aku buat..hehehe sedap dia lain macam jah. Alisha dan Ariff pun makan banyak jgk. Tu pasal dah tengahari Ariff dah terjelepuk tidor depan tv. Makan pulut banyak agaknya. Semalam, masa makan malam, dia siap request nak makan kueh macam rumah tokmek. Alahaaii... ibu hang ni nak tanak pulut pun takreti. Ikan ibu goreng tak sedap macam tokmek goreng.. hukhukhuk

Bagi aku, masakan yang paling sedap di dunia adalah masakan mak. Kalau aku balik kampung, tempat pertama aku pergi adalah dapur.. selepas masuk salin3 baju la. Sedapnya mak aku masak, Even mak aku goreng ikan pun bagi aku teramatla sedap. Aku kalau balik, memang jarang la nak masak sebab aku nak makan yang mak aku masak. Tapi bukan bermakna aku duk buang masa depan tv. NO ok. Aku suka bersihkan rumah mak aku. Mana yang berkarat aku sental. Mana yang berlengas aku mop. Bab cuci mencuci tu kelebihan aku kottt...

Then bact to the topic. Utk bulan Mei dah 4 helai bokitta aku beli. April aku dah beli 2 helai. Rasanya cukup la untuk bulan ni. Aku akan mula hunting balik bulan depan.... Cepat nau abih duit. Kelemahan aku, kalau dah suka kat satu2 benda aku memang kemaruk. Akan beli dan beli hingga la aku sedar duit dalam bank aku dah tinggal beberapa ringgit. Hukhuk. Ni husband aku tak tahu aku duk membeli bokitta. Kalau dia tahu harga, memang dia akan membebel cakap aku boros. So, cukup sini dulu bokitta utk bulan ni.


Yang baru sampai harini.