Tuesday, May 2, 2017

Bokitta

Good Morning!!

Semalam balik kampung jap selepas hampir sebulan aku tak balik. Mak aku yang beria suruh aku belik berubat leher aku ni. Dah banyak kali kottt.. Ok la, aku pun balik la sekejap semalam. Pagi2 lagi bertolak dari KB. Plannya sesudah subuh nak gerak. Tapi suami aku tu suka  benau buang masa. Gewaamm. Kami gerak dalam pukul 7.30 pagi. Anak dengan baju tido terus angkat naik kereta. Aisyah hanya berbaju + pampers jah. Aku tak singgah beli breakfast pun dgn harapan mak aku dah masak breakfast. Sampai kampung, terus masuk dapur...seronokknya, mak aku buat pulut + kelapa parut + ikan rebus goreng. Sedappp sgt. Dah lama nak makan yang mak aku buat. Tapi mak aku tak leh nak buat sebab takde kelapa muda. Dia suruh je beli kat kedai kalau nak makan sket. Aku nak membeli memang takde masalah. Merata2 ada orang jual. Masalahnya aku nak makan yang mak aku buat..hehehe sedap dia lain macam jah. Alisha dan Ariff pun makan banyak jgk. Tu pasal dah tengahari Ariff dah terjelepuk tidor depan tv. Makan pulut banyak agaknya. Semalam, masa makan malam, dia siap request nak makan kueh macam rumah tokmek. Alahaaii... ibu hang ni nak tanak pulut pun takreti. Ikan ibu goreng tak sedap macam tokmek goreng.. hukhukhuk

Bagi aku, masakan yang paling sedap di dunia adalah masakan mak. Kalau aku balik kampung, tempat pertama aku pergi adalah dapur.. selepas masuk salin3 baju la. Sedapnya mak aku masak, Even mak aku goreng ikan pun bagi aku teramatla sedap. Aku kalau balik, memang jarang la nak masak sebab aku nak makan yang mak aku masak. Tapi bukan bermakna aku duk buang masa depan tv. NO ok. Aku suka bersihkan rumah mak aku. Mana yang berkarat aku sental. Mana yang berlengas aku mop. Bab cuci mencuci tu kelebihan aku kottt...

Then bact to the topic. Utk bulan Mei dah 4 helai bokitta aku beli. April aku dah beli 2 helai. Rasanya cukup la untuk bulan ni. Aku akan mula hunting balik bulan depan.... Cepat nau abih duit. Kelemahan aku, kalau dah suka kat satu2 benda aku memang kemaruk. Akan beli dan beli hingga la aku sedar duit dalam bank aku dah tinggal beberapa ringgit. Hukhuk. Ni husband aku tak tahu aku duk membeli bokitta. Kalau dia tahu harga, memang dia akan membebel cakap aku boros. So, cukup sini dulu bokitta utk bulan ni.


Yang baru sampai harini. 





No comments:

Post a Comment