Wednesday, May 24, 2017

Siap potong kain

Tadi rehat, aku tak keluar makan. Tadak geng nk keluar. Malas nak ajak somi aku keluar makan. Jadi, tadi aku ada quality time nak buat kerja aku...iaitu memotong kain utk menjahit. 

Tadi dah bagitahu aku nak try jahit sample dulu utk bj kurung kedah ni. Aku guna kain pelekat suami aku yang dah ada koyak skit. Alhamdulillah, by one hour, aku boleh siap potong untuk sepasang baju. Tunggu nak menjahit jer. Weekend ni la nampak gayanye

Pagi tadi dapat telephone call dari OUM suh aku datang dgr taklimat untuk program master yang aku apply dan terus buat pendaftaran. Hahaha. senang sungguh nak buat master. Aku just isi online jek. Terus dapat.. 

Untuk apa buat master kak?? 
1. Untuk refresh balik minda aku yang dah lama tak berfikir
2. Nak improve balik skills pergaulan, communication skills, presentation dan bla bla bla
3. Pengukuhan kerjaya
4. Pencapaian dan kepuasan diri sendiri

Harap Maklum 

Cumanya aku agak khuatir tentang perbelanjaan. IPTS kan fee dia agak tinggi compared dgn IPTA. Dah survey loan, mcam takde je utk master kat IPTS. Klu IPTA tu macam ada gak pilihan... Tapi orang OUM tadi tu ada bagitahu ada skim kemudahan untuk bayaran fee dan ada loan dari affin bank offered untuk student master. OK. Papehal pun aku nak gi dengar dulu Sabtu ni then aku decide la sendiri lepas tu. 

Kenapa OUM?? takde U lain ke?

Kenapa? Ada masalah dgn OUM ke?? Takde la... actually memang la first option tu aku nak IPTA. Aku pilih OUM sebab:
1. Dekat dgn rumah
2. Dekat dgn tempat keje
3. Jimat perbelanjaan perjalanan
4. Flexible. Aku tengok laki dulu tak gi kelas rileks je,..
5. U lain yang ada pengajian kat Kelantan, aku tak berkenan course dia + kena buat research.



Bukti, aku betu2 siap memotong kain by 2pm.

No comments:

Post a Comment