Thursday, June 15, 2017

Never reveal ur phone number to stranger

Ceritanya baru sekejapan tadi berlaku.

Aku ni tak lawo pun. Hidung tak mancung pipi tersorong2. Seriously. Hahaha. 

Tadi ada sorang laki cina ni datang bilik aku amik dokumen dia yang aku pegang untuk audit. Ok la, sementara mencari dokumen tu sempat la berbual2 mesra. Aku ni saje je buat2 berbual dgn laki sebab tanak bagi dia kekok. Ada setengah orang depa awkward kalau depan orang yang berunifrom. Dgn sapa je aku memang macam tu. Tak kira laki ke pompuan ke melayu ke cina ke india. So, bila dia dah amik dokumen dia, sebelum beredar... dia minta no hp aku supaya senang nak contact katanya. Untuk apa?? audit dah lepas.. aku dah tadak urusan dgn compeni ni dah.. so, aku cakap la..apa2hal contact je la no bilik saya. Saya akan terus angkat biasanya kalau saya ada. Dia still minta jugak katanya untuk tujuan berkawan. Berkawan? Hahaha. Kelakar aku. Ada nampak aku macam budak lepasan U ke??? Ada nampak aku macam orang bujang ke nak berkawan2 dgn aku ni?? Aku still berkeras, aku tak boleh bagi no hp aku. Apa2hal call bilik aku. Then dia beredar... Kalau aku bagi no hp sat tadi, aku takleh imagine ada orang msg2 aku macamkan aku ni budak2 wechat. Kat hp laki cina tu aku tengok gambar wallpaper dia dgn wife dia.... tergamak kau yeee..

Actually, aku ada la dalam 2 3 kali pernah wasap orang untuk arrange perjumpaan bagi tujuan audit. Mulanya aku call by phone office. Kalau la orang tu tengah drive, aku cakap aku akan wasap dia dokumen2 yang dia perlu bawak dtg ofis. Ada la sorang pakcik tu, dia dah tua dah... kena audit dgn aku dan kena bayar sejumlah wang. Selalu wasap aku duk tnya pasal progress tuntutan dia tu. dan aku layan je macam biasa. Alah, pelanggan je kann..dah tua pulak tu. Nak dijadikan hal, pakcik ni pulak rajin benau duk wasap2 aku tntg keagamaan la... itu ini yang copy paste la biasanya. Aku tak layan pun. Tak penah balas. Satu hari, husband aku terbaca dianya wasap. Dia mula la sakat aku. Orang ni kalau duk wasap2 gini, orang tu minat kat aku la tu... Tapi aku balas balik. Aku cakap, kalau suami aku mati sekalipun aku takkan layan pakcik ni, unless kalau dia tu ada rupa2 Fahrin Ahmad ke Faizal Tahir ke of course aku layan. Hakhakhak..

So, morale of the story for today.... never ever give ur phone number to the strangersss. Remember. 

Tuesday, June 13, 2017

Keluar shopping baju raya


Tadaaa... Akak cuma nak tunjuk makanan yang akak masa pertama kali di bulan pusa. Tiga2 lauk tu semua favourite somi. Akak semua tak makan.. Yang ni je akak sempat snap. Lauk biasa2 jah. Orang yang tak pandai masak pun boleh masak..

Semalam kan cuti Nuzul Quran. Somi akak pepagi lagi tanya, akak nak pegi beli baju anak ke nak dia je yang pegi. Mula2 akak suruh dia je yang pegi. Akak malas nak amik tahu dah sebab 5hb hari tu akak suh dia amik cuti nak shopping baju anak, dia tanak cuti. Akak dah warning dah dia, pape hal berkaitan dengan baju anak, akak malas dah nak amik tahu. Akak malas nak shopping angkut anak2 sebab penat dia jadi double triple la nanti. Akak pepagi lagi melipat baju. Jam dah 8.30 pagi tapi akak tengok suami macam tak bersiap pun lagi. Takpe, akak tunggu sampai pkl 9 pagi, kalau dia tak gerak2 jugak, biar akak je yang pegi. Akak paling tak suka berlengah2..buang masa. 

Dalam pkl 9 dia tak gerak jugak, akak dah nak gi mandi. Tiba2, somi bagitahu... jomla kita pegi satu famili shopping baju raya. Akak bising la. Amboi2.. nak bawak anak2 sah2 la akak yang kena siapkan. Dia tentu2 siapkan diri dia jah... bergegas2 dia siapkan anak2. Siapkan pun, setakat mandikan jek. The rest, akak jugak yang buat. 

Plan akak, pkl 9.50 camtu kitaorang dah berada dalam aeon. Bersedia nak serbu kedai jek. Tapi memandangkan anak2 kecik ni, suami akak pulak sibuk nak drop kereta dia kat bengkel dulu, last2 dlm 10 lebih jugak la kami sampai. Orang pun tak ramai lagi. Parking pun senang dapat... beli bukan banyak pun. Separuh2 dah beli dah sebelum ni...

Penat sgat semalam... dah la tak sahur. Settle shopping dalam tengahari. Elok gerak balik, azan Zohor. Balik tu memang terbongkang atas katil aku dgn Alisha. Budak dua ketul puas akak pujuk suruh tido sekali, tak makan pujuk langsung. Penat sampai ke petang. Memang tergolek je atas katil. Petang tu akak masak simple2 jah. Singgang daging + ayam goreng halia + telur mata. Tu je..lepas tu suami belikan ayam golek. 





Sunday, June 11, 2017

Anak tak minat masakan Ibu

Hari ni aku sangat2 terasa the blues of the Sunday. Malas sangattt.. Aku ingat nak cuti je hari ni sebab esok cuti Nuzul Quran. Tapi aku kuatkan juga semangat dtg keje sebab aku dah janji dengan orang. Minta depa datang ofis. Terpaksala keje jugak hari ni.

Bulan posa ni memang aku cepat rasa mengantuk. Mengantuk yang tak boleh ditahan2. Pkl 9.30 malam, automatik mata akan rasa berat... dan disebabkan itu jugak, aku banyak tertinggal tugas2 mengajar anak membaca dan solat depa. Kalau terkena waktu dorang sibuk bermain takpe la. Depa pun tak ingat. Tapi bila depa rajin, sebelum nak tido tu siap cakap, " Ibu, kita tak baca buku lagi..." .."Ibu, kita tak solat lagi"...Banyak kali jugak la depa cakap camni kat aku. Kalau aku rasa memang takleh nak buka mata, aku cakap jek, takpe la esok jek kita baca ye.... Kalau aku kuat semangat, aku gagahkan jugak nak bangun dan dengan mata yang acah2 buka, aku ajar jugak depa membaca dan perhatikan jugak depa solat. Bukan apa, tak sanggup nak keciwakan depa yang tengah bersemangat waja. Biasa kena kejar depa nak suruh membaca, Jarang anak nak mengofferkan diri nak membaca nih.

Setakat bulan puasa ni, hanya sekali aku masak dgn serius. Minggu lepas. Takde la sakan sangat masak. Buat siakap 3 rasa, lala goreng pedas dgn sayur bendi berkicap. Tu je pun,. Semalam pulak, menu lebih kurang jugak, siakap 3 rasa, lala goreng pedas dan daging kunyit. Aku frust betul sebab anak2 aku cerewet gile bab makan. Aku kemain memasak, dgn harapan anak2 makan. Tapi tup2 time makan, satu lauk pun depa tak berkenan. Actually, aku masa tu lebih pada selera bapak depa. Aku tahu dah anak aku tak gemar sgt lauk camtu. Tapi aku la pulak tak larat nak masak banyak2 lauk.