Hari ni aku sangat2 terasa the blues of the Sunday. Malas sangattt.. Aku ingat nak cuti je hari ni sebab esok cuti Nuzul Quran. Tapi aku kuatkan juga semangat dtg keje sebab aku dah janji dengan orang. Minta depa datang ofis. Terpaksala keje jugak hari ni.
Bulan posa ni memang aku cepat rasa mengantuk. Mengantuk yang tak boleh ditahan2. Pkl 9.30 malam, automatik mata akan rasa berat... dan disebabkan itu jugak, aku banyak tertinggal tugas2 mengajar anak membaca dan solat depa. Kalau terkena waktu dorang sibuk bermain takpe la. Depa pun tak ingat. Tapi bila depa rajin, sebelum nak tido tu siap cakap, " Ibu, kita tak baca buku lagi..." .."Ibu, kita tak solat lagi"...Banyak kali jugak la depa cakap camni kat aku. Kalau aku rasa memang takleh nak buka mata, aku cakap jek, takpe la esok jek kita baca ye.... Kalau aku kuat semangat, aku gagahkan jugak nak bangun dan dengan mata yang acah2 buka, aku ajar jugak depa membaca dan perhatikan jugak depa solat. Bukan apa, tak sanggup nak keciwakan depa yang tengah bersemangat waja. Biasa kena kejar depa nak suruh membaca, Jarang anak nak mengofferkan diri nak membaca nih.
Setakat bulan puasa ni, hanya sekali aku masak dgn serius. Minggu lepas. Takde la sakan sangat masak. Buat siakap 3 rasa, lala goreng pedas dgn sayur bendi berkicap. Tu je pun,. Semalam pulak, menu lebih kurang jugak, siakap 3 rasa, lala goreng pedas dan daging kunyit. Aku frust betul sebab anak2 aku cerewet gile bab makan. Aku kemain memasak, dgn harapan anak2 makan. Tapi tup2 time makan, satu lauk pun depa tak berkenan. Actually, aku masa tu lebih pada selera bapak depa. Aku tahu dah anak aku tak gemar sgt lauk camtu. Tapi aku la pulak tak larat nak masak banyak2 lauk.
No comments:
Post a Comment