Tadaaa... Akak cuma nak tunjuk makanan yang akak masa pertama kali di bulan pusa. Tiga2 lauk tu semua favourite somi. Akak semua tak makan.. Yang ni je akak sempat snap. Lauk biasa2 jah. Orang yang tak pandai masak pun boleh masak..
Semalam kan cuti Nuzul Quran. Somi akak pepagi lagi tanya, akak nak pegi beli baju anak ke nak dia je yang pegi. Mula2 akak suruh dia je yang pegi. Akak malas nak amik tahu dah sebab 5hb hari tu akak suh dia amik cuti nak shopping baju anak, dia tanak cuti. Akak dah warning dah dia, pape hal berkaitan dengan baju anak, akak malas dah nak amik tahu. Akak malas nak shopping angkut anak2 sebab penat dia jadi double triple la nanti. Akak pepagi lagi melipat baju. Jam dah 8.30 pagi tapi akak tengok suami macam tak bersiap pun lagi. Takpe, akak tunggu sampai pkl 9 pagi, kalau dia tak gerak2 jugak, biar akak je yang pegi. Akak paling tak suka berlengah2..buang masa.
Dalam pkl 9 dia tak gerak jugak, akak dah nak gi mandi. Tiba2, somi bagitahu... jomla kita pegi satu famili shopping baju raya. Akak bising la. Amboi2.. nak bawak anak2 sah2 la akak yang kena siapkan. Dia tentu2 siapkan diri dia jah... bergegas2 dia siapkan anak2. Siapkan pun, setakat mandikan jek. The rest, akak jugak yang buat.
Plan akak, pkl 9.50 camtu kitaorang dah berada dalam aeon. Bersedia nak serbu kedai jek. Tapi memandangkan anak2 kecik ni, suami akak pulak sibuk nak drop kereta dia kat bengkel dulu, last2 dlm 10 lebih jugak la kami sampai. Orang pun tak ramai lagi. Parking pun senang dapat... beli bukan banyak pun. Separuh2 dah beli dah sebelum ni...
Penat sgat semalam... dah la tak sahur. Settle shopping dalam tengahari. Elok gerak balik, azan Zohor. Balik tu memang terbongkang atas katil aku dgn Alisha. Budak dua ketul puas akak pujuk suruh tido sekali, tak makan pujuk langsung. Penat sampai ke petang. Memang tergolek je atas katil. Petang tu akak masak simple2 jah. Singgang daging + ayam goreng halia + telur mata. Tu je..lepas tu suami belikan ayam golek.
No comments:
Post a Comment