Wednesday, June 24, 2020

C.A.N.T.I.K

Morning Kids.

Today Ibu is working. 

Ibu want to talk about being cantik.

Ibu tak cantik... dan ibu sudah tentu mahu kelihatan cantik. It is normal. Everybody is want to look beautiful. 

Ibu sedar rupa paras ibu gimana. Kejayaan Ibu, kebahagiaan Ibu dan apa yang Ibu ada sekarang tidak dipengaruhi lansung oleh kecantikan luaran tapi mugkin sedikit sebanyak ditentukan oleh kecantikan dalaman Ibu. It depends on the person itself. Maybe kalau dia keje as a model, absolutely her success totally depend on her beautiful look.

Ibu sejak dari kecil memang mahu jadi cantik sebab orang cantik selalu dapat perhatian. Orang cantik ramai orang nak kawan. Jadi disebabkan hidung Ibu yang kemek, Ibu selalu tarik hidung  dan penah jugak letak sepit baju kat hidung ibu dengan harapan hidung Ibu akan mancung macam hidung orang cantik. U know what kids, Ibu dah mula diejek sejak Ibu umur 3 4 tahun dan Ibu masih ingat sampai sekarang. Arwah paksu, adik bongsu Tok Ayah dulu2 masa Ibu kecik2, dia selalu datang bermalam kat umah Tok Mek. Bila dia datang, dia selalu la ejek2 hidung Ibu. Mungkin dia bergurau tak tau la kan tapi itu adalah tidak patut and Ibu was a little kid at that time. So, dah ada stigma dalam diri Ibu yang Ibu ni imperfect, tak cantik dan hidung kemek. So memang selalu la Ibu tarik2 hidung Ibu sehingga sekarang, tapi malangya hidung Ibu takpenah nak jadi mancung. 

Sejak dari sekolah rendah hingga sekolah menengah hingga masuk U dan sehingga la bekerja, selalu rasa rendah diri ye la sebab Ibu tak cantik kan. Lagi pulak bila kita berkawan dengan orang cantik kita boleh tengok camne orang cantik dapat perhatian instead of us yang tak cantik ni especially they got more attention from guys. Of course la u may said that 'Takpe, ia takde kene mengena dengan saya... ia tak menjejaskan hidup saya langsung... it nothing to do with me'....but deep down inside our heart mesti ada calar jugak sikit2. Mesti ada. Cannot deny.

Then, bila Ibu dah ada anak2, Anak2 la yang selalu puji Ibu cantik. Even ur Abah pun tak pernah bagitahu Ibu cantik maybe because he wanted to be honest and tak nak berdosa menipu. Ibu sangat seronok dapat pujian dari anak2 and Ibu percaya  pujian uolls adalah ikhlas. Cuma bila Ariff dah besar dan sekolah, ada jugak Ibu dengar Ariff ngadu yang dia tak cantik.. dan Ibu sangat sedih bila dengar anak cakap camtu. Bagi Ibu uolls sangat cantik takde tolok bandingan nya kat mata Ibu. Kat mata orang lain tu biaq pi la. Ibu cuma bagitahu, muka anak2 of course akan ikut muka Ibu. Kalau uolls rasa Ibu ni cantik, then muka uolls mesti cantik macam muka Ibu. That was how Ibu gave back ur semangat and taknak bagi uolls sedih. 

Bila hidung Ibu tak pernah jadi naik mancung, Ibu learnt to take myself as I am. R.E.D.H.A. Bahagia Ibu bukan lah ditentukan oleh kecantikan Ibu. Bahagia Ibu bahagia datang dari sudut yang lain. So, Ibu put an effort to beautify myself from other aspect. I am trying to be a good person inside out. Try to sincere when doing anything, doing in the name of Allah. Be humble. Be kind. Be generous. Be solehah. Be taqwa. And most importantly I want to look beautiful in front of my Creator. Im still trying till now.. even though its really hard to get rid a few sins that still stick to me for example gossiping. 

Allah never judge us on the look,. Ada hikmah Allah kurniakan Ibu rupa paras macam ni. Mungkin, kalau Ibu cantik, Ibu akan jadi lupa diri. Buat lagi banyak dosa. 

As a conclusion, Ibu bersyukur dengan rupa paras Ibu sekarang, takde la cantik tapi masih elok di pandang. Yang penting, rupa paras Ibu adalah dari my parent. 

Thats all bebelan ibu pagi ni. Mungkin dah boleh mula buat keje. 


Tuesday, June 9, 2020

17 Syawal

Ibu kat ofis ni.

Hari ni Ibu tak masak apa2 utk anak2 kat rumah. Plan semalam mcm nk goreng mee je tapi tiba2 bangun pagi malas pulak nak menggoreng sebab sangat mengantuk. Semalam Ibu tidor lambat sikit layan Nasi Kerabu untuk Cik Abe kat Utube.

Takde menda pun nak cerita. Tapi ntahla, sejak akhir2 ni macam berkobar2 je Ibu nak tukar kereta baru tapi tu la, kereta sekarang ni dah berbulan2 Ibu iklankan kat nudah, tak terjual2 lagi. Sendu betul kereta model ni.

Lagi Ibu pikir jugak betul ke tindakan nk tukar kereta di waktu2 camni. Yela., ekonomi negara macam tak berapa baik.. takut terkena tempias jugak kat kiter2 ni..hmmm..

Hari ni Ibu kena fokus buat keje... takleh main2 dah...

Dah, thats all

Thursday, June 4, 2020

12 Syawal

Hari ni Ibu kerja dan hari kedua Ibu puasa sunat. 

Semalam tak smpat posting sebab sibuk membawang, then Ibu keluar audit ke Pasir Puteh. Sampai ofis semalam dah pukul 4 dan terus bergegas balik rumah sebab Abah korang nak pergi melawat makcik nya meninggal petang semalam. 

Ibu balik, Alisha masih belum mandi dan masih berpampers @ 4.00 petang. Sangat2 menyakitkan hati nengoknya. 

Ibu balik, tempat BBQ tu dah takde kat tempat biasa. Abah dah simpan. 

Dan nak cerita sikit pasal anak2. Semalam ibu hanger Aisyah sebab dia tanak solat Isya'. Memula dia dah solat, tapi tak pakai telekung. Then Ibu suruh dia pakai telekung tp dia berkeras tanak pakai dgn alasan dia mengantuk sngat dan pakai telekung adalah lambat. Lepas tu dia cakap, dia sakit kaki. Then, dia cakap nak solat kejap2 lagi dan u know what masa tu dah pukul 10. Kejap2 lagi apanya??... bila Ibu berkeras suruh dia solat, dia cakap nak solat dgn Alisha dan Alisha sebenarnya dah solat. Then dia cakap pulak nak solat dgn Ibu. Ibu memang dah naik angin. Sebenar acah2 je nak hanger tapi bila dia bagi macam2 alasan dgn tujuan tanak solat memang kena la dgn Ibu. Ariff dah tenangkan Ibu dan cuba pujuk Aisyah supaya solat. Dia tanak adik dia kena hanger sebenarnya. Dan part yang paling kelakar bila Ariff cakap..'sudah la ibu, pegi amik wudhu..'

Pagi ni sebelum ke pejabat, Ibu dah siapkan makanan untuk seisi keluarga. Sup tulang + telur dadar sahaja. 

Thts all update untuk hari ni. 

Tuesday, June 2, 2020

10 Syawal

Hari ni 10 Syawal dan hari ni Ibu bekerja. Hari ini juga hari pertama Ibu puasa sunat. Plannya nak direct je sampai hari Khamis ni, dah 3 hari terus. Hari kat pejabat adalah hari terbaik untuk puasa. Ibu taknak puasa kat rumah sebab Ibu rasa cam nak makan je walau hakikatnya kat rumah kitra bukan ada stok makanan pun selain dari Maggi dan biskut kering. Sejak PKP dah jadi bersyarat ni, Abah dah tak rancak membeli. Kalau tak setiap hari keluar mencari stok makanan. Anak2 pun terpaksa akur makan biskut kering je. Klu nak lagi sedap sikit, makan biskut kering bergula. Semalam pun Ibu makan meggi kering camtu je. Buka peti ais takde makanan, buka kabinet pun takde apa.. makan megi pun jadik la. Budak2 berempat tu biasa sentiasa menyokong setiap apa yang Ibu buat. 

Untuk makluman, Ibu kat rumah tidak la sempat nak berblog ke apa sebab HP ibu sentiasa dalam jagaan Aliyah. Geram budak kecik tu. Ngekor je Ibu 24 jam. Tiap kali dia main HP tiap kali tu jugak dia akan mendownload video. Dan tiap kali itu jugak Ibu akan delete. 

Tadi pagi Ibu dah sediakan nasi lemak tinggalkan untuk orang2 kat rumah cuma ayam je tak sempat nak goreng sebab masih kesejukkan. Dah pesan dengan Abah korang gorengkan. Harap2 Abah korang tu tak buat sepah la kat dapur Ibu., Alang2 dah menyebut nama Abah korang, Ibu nak membebel la sikit. Abah korang ni kalau budak2 lagi memang dah kena hanger dah dengan Ibu. Alkisahnya Abah korang beli la tempat bbq. Kemain eksaited dia nak menggril lauk. Masa bulan puasa hari tu tetiap petang, tnya ada apa2 yang dibakar ke? tiap kali bertnya dah pukul 5.30 petang, pukul 6.00 petang dia datang la semangat nak membakar tu. Memang tidak la Ibu nak melayan. Tapi minggu lepas, pada 27/5 sempena anniversary kami, Abah korang beli daging kambing dan perapan suruh ibu sediakan utk BBQ malam tu. Ibu ikutkan aje. Tapi bab2 membakar tu Ibu tak join la kecuali masa abah nak solat Maghrib tu take over la kejap. Lepas tu ibu tukang makan je. 

Yang Ibu nak marah sangat, sampai saat ini., tempat BBQ tu masih tersadai ditepi rumah dengan keadaan daging2 masih melekat. Memang sakit hati nengoknya tetiap pagi bila ibu turun sidai baju. Geram aje nak amik buang kat tong sampah besar. Klu dia bising cakap aje ada orang curi. 

Tadi pagi Ibu dah pesan dah melalui wasap. Sila bersihkan dan simpan tempat BBQ tu ditempat yang sepatutnya. Ibu nk tengok ada tindakan atau tidak dari Abah korang. Kalau tak, mggu depan selamat la kau besi kat dalam tong sampah. Kalau benda tu ada lagi petang ni, nnti Ibu up gambar. 

Gerrammmmm..grrrrr