Hari ni Ibu kerja dan hari kedua Ibu puasa sunat.
Semalam tak smpat posting sebab sibuk membawang, then Ibu keluar audit ke Pasir Puteh. Sampai ofis semalam dah pukul 4 dan terus bergegas balik rumah sebab Abah korang nak pergi melawat makcik nya meninggal petang semalam.
Ibu balik, Alisha masih belum mandi dan masih berpampers @ 4.00 petang. Sangat2 menyakitkan hati nengoknya.
Ibu balik, tempat BBQ tu dah takde kat tempat biasa. Abah dah simpan.
Dan nak cerita sikit pasal anak2. Semalam ibu hanger Aisyah sebab dia tanak solat Isya'. Memula dia dah solat, tapi tak pakai telekung. Then Ibu suruh dia pakai telekung tp dia berkeras tanak pakai dgn alasan dia mengantuk sngat dan pakai telekung adalah lambat. Lepas tu dia cakap, dia sakit kaki. Then, dia cakap nak solat kejap2 lagi dan u know what masa tu dah pukul 10. Kejap2 lagi apanya??... bila Ibu berkeras suruh dia solat, dia cakap nak solat dgn Alisha dan Alisha sebenarnya dah solat. Then dia cakap pulak nak solat dgn Ibu. Ibu memang dah naik angin. Sebenar acah2 je nak hanger tapi bila dia bagi macam2 alasan dgn tujuan tanak solat memang kena la dgn Ibu. Ariff dah tenangkan Ibu dan cuba pujuk Aisyah supaya solat. Dia tanak adik dia kena hanger sebenarnya. Dan part yang paling kelakar bila Ariff cakap..'sudah la ibu, pegi amik wudhu..'
Pagi ni sebelum ke pejabat, Ibu dah siapkan makanan untuk seisi keluarga. Sup tulang + telur dadar sahaja.
Thts all update untuk hari ni.
No comments:
Post a Comment