Tuesday, June 2, 2020

10 Syawal

Hari ni 10 Syawal dan hari ni Ibu bekerja. Hari ini juga hari pertama Ibu puasa sunat. Plannya nak direct je sampai hari Khamis ni, dah 3 hari terus. Hari kat pejabat adalah hari terbaik untuk puasa. Ibu taknak puasa kat rumah sebab Ibu rasa cam nak makan je walau hakikatnya kat rumah kitra bukan ada stok makanan pun selain dari Maggi dan biskut kering. Sejak PKP dah jadi bersyarat ni, Abah dah tak rancak membeli. Kalau tak setiap hari keluar mencari stok makanan. Anak2 pun terpaksa akur makan biskut kering je. Klu nak lagi sedap sikit, makan biskut kering bergula. Semalam pun Ibu makan meggi kering camtu je. Buka peti ais takde makanan, buka kabinet pun takde apa.. makan megi pun jadik la. Budak2 berempat tu biasa sentiasa menyokong setiap apa yang Ibu buat. 

Untuk makluman, Ibu kat rumah tidak la sempat nak berblog ke apa sebab HP ibu sentiasa dalam jagaan Aliyah. Geram budak kecik tu. Ngekor je Ibu 24 jam. Tiap kali dia main HP tiap kali tu jugak dia akan mendownload video. Dan tiap kali itu jugak Ibu akan delete. 

Tadi pagi Ibu dah sediakan nasi lemak tinggalkan untuk orang2 kat rumah cuma ayam je tak sempat nak goreng sebab masih kesejukkan. Dah pesan dengan Abah korang gorengkan. Harap2 Abah korang tu tak buat sepah la kat dapur Ibu., Alang2 dah menyebut nama Abah korang, Ibu nak membebel la sikit. Abah korang ni kalau budak2 lagi memang dah kena hanger dah dengan Ibu. Alkisahnya Abah korang beli la tempat bbq. Kemain eksaited dia nak menggril lauk. Masa bulan puasa hari tu tetiap petang, tnya ada apa2 yang dibakar ke? tiap kali bertnya dah pukul 5.30 petang, pukul 6.00 petang dia datang la semangat nak membakar tu. Memang tidak la Ibu nak melayan. Tapi minggu lepas, pada 27/5 sempena anniversary kami, Abah korang beli daging kambing dan perapan suruh ibu sediakan utk BBQ malam tu. Ibu ikutkan aje. Tapi bab2 membakar tu Ibu tak join la kecuali masa abah nak solat Maghrib tu take over la kejap. Lepas tu ibu tukang makan je. 

Yang Ibu nak marah sangat, sampai saat ini., tempat BBQ tu masih tersadai ditepi rumah dengan keadaan daging2 masih melekat. Memang sakit hati nengoknya tetiap pagi bila ibu turun sidai baju. Geram aje nak amik buang kat tong sampah besar. Klu dia bising cakap aje ada orang curi. 

Tadi pagi Ibu dah pesan dah melalui wasap. Sila bersihkan dan simpan tempat BBQ tu ditempat yang sepatutnya. Ibu nk tengok ada tindakan atau tidak dari Abah korang. Kalau tak, mggu depan selamat la kau besi kat dalam tong sampah. Kalau benda tu ada lagi petang ni, nnti Ibu up gambar. 

Gerrammmmm..grrrrr


No comments:

Post a Comment