Wednesday, April 30, 2014

Selepas kursus

Aku dah masuk bekerja start hari Isnin lagi... dah mula buat keje sikit2, warm up dulu....nnti start minggu depan baru buat keje banyak2 terus.

Hari aku balik tu, husband, Ariff n Aisyah datang jemput aku.... Suka..tapi aku curious + tabik kat laki aku sebab dia boleh bawak dua2 anak aku tanpa bantuan sapa2. Siap bawak budak2 tu gi makan kfc lagi padahal dia sendiri demam... klu aku sengsorang camtu, jawabnya anak2 duduk rumah je.

Hari aku balik tu, Ariff nampak sihat...tapi bila petang dia dah demam.. sampai la hari ni. Dah 4 hari kot. Risau memang la teramat risau. Sekarang ni tengah bagi dia makan antibiotik dan ubat demam je. Lepas makan ubat, badan dia ok kejap. Lepas tu demam balik.... Pagi tadi aku ingat nak masukkan Ariff dalam wad aje, tapi mak aku cakap dia nmpk macam nak baik sikit pagi ni.. Jadi aku tunggu dengan penuh harapan agar Ariff makin sihat...

Tuesday, April 22, 2014

Kawan dan aku....

Alhamdulillah....dah lrpas presantation aku tadi... lega sesangat...

Aku rasa, aku nak bercerita tentang diri aku....

Aku tak pandai berkawan...that's why aku tak ramai kawan... sekarang ni at this time, this moment berapa kerat je aku ada kawan... aku tak pandai nak keep in touch dgn kawan2 lama. Klu berpisah, that's it....sampai situ je la. Bukan aku tak rindu kawan2... aku rindu sgt2...tapi bila lama tak contact aku jadi segan nak call or sms dorang nak tnya khabar...unless depa yang call aku.. mcm tu la biasanya...that's why aku hilang kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan universiti dan kawan2 kat ofis lama aku...

Aku tak pandai bergaul dgn orang dan aku pendiam.... that's aku tak ramai kawan. Sejak sekolah, aku tak ramai kawan tapi aku ada geng aku sendiri. Pada aku, takde ramai kawan pun takpe la...atleast aku ada best friends... sama mcm zaman universiti aku pun... aku takde kawan jadi, most of the time aku sengsorang, makan sorang, gi kelas sorang2, balik kampung pun sorang2 jugak...sedih kan?? Memang menyedihkan.....amat menyedihkan.. tapi aku ada sorang kawan baik yg sudi kawan aku sampai sekarang... i love u so much aida!!! Tapi sejak convo aku dah tak pernah jumpa dia dah...sebab dia ada kat kedah... Aku tak pernah ada boyfriend pun masa belajar sebab aku ni pemalu dgn budak laki, konon2 aku ni cun sangattttt....padahal comot yg amat.

Kat tempat keje aku ada kawan...tapi tak ramai jugak. Sebab aku ni bukan jenis orang yg bising...huha sana..huha sini... sampai sekarang aku still macam ni.

Aku nak bercerita pasal aku kat tmpt kursus ni...aku datang dgn seorang kawan yg rapat jugak la dan akan balik bersama nanti... tapi bila dtg sini dia jumpa kawan2  dia kat ofis lama...dan dia lansung tak kisahkan aku seolah2 mcm tak kenal aku... aku tak marah pun dia....cuma agak terkilan. Tu hak dia....tapi aku kat tmpt dia, dia sensorang dan aku ada kawan2....aku takkan sesekali biarkan dia sensorang macam org bodoh....aku akan ajak dia join kawan2 aku...itu namanya berkawan.... tapi.......itu hak dia...........

Kursus ni agak tak menarik sebab most of the time aku sendiri.....aku xreti sgt nak buat kawan dgn orang... sebab orang lain masing2 dah datang dgn kawan masing2 and they already stick to each other...

hmmmm....tu la alkisahnya.....time2 gini aku rindu sgt kawan2 aku....beatnya klu dorang pun ada sekali.........

Hari ke 9 kursus

Hari ni hari ke 9 kursus aku kt sini....lagi 3 hari to go!!!! Miss my kids toooo much....Ariff n Aisyah ada ingat aku ke??? Makin nak balik, kawad dah jadi makin menyeronokkan plak...hahaha...

Aku baru lepas buat 3 minutes presentation, and aku tak tahu camne.... agak teruk but I tried not to read the whole speech.... boleh la....utk org yg xpenah cakap in public....

Thats all for now...

Sunday, April 20, 2014

kursus ke 8 hari

Hari ni hari ke8 aku kat Sabah. Sejak jumaat ptg kami jlnkan program kat Gunung Alab dan hari ni pkl 6 baru sampai kt hostel. The point is now that I will going home in another 4 dayd. Ya Allah cepat la masa berlalu.... amin.

Thursday, April 17, 2014

Hari ke4 kursus

Hari ni hari kelima aku kat Sabah dan hari ke4 aku berkursus........cepat la masa berlalu...aku tak sabar nak balik!!!!

Thursday, April 10, 2014

Ariff buat perangai

Sejak Ariff masuk wad, Ariff jadi manja yang amat... Semenjak balik rumah semalam, kejap2 nangis merengek2, kejap2 nangis.... tak leh berenggang dgn dia, nak dukung la...nak duk atas riba la...macam2 karenah dia buat...sakit sana, sakit sini.. pening kepala aku. Serius!! kalau mula2 tu  aku layankan dia, ikut rentak dia tapi dah kalau dah geram sangat mula la aku naik tangan... menyesal plak lepas tu. Tapi tu la, langsung takde kesan pape pun kat Ariff.. Aku kalau boleh nak elak pukul2 anak, tapi tu....bila marah tak boleh nak control, naik jugak tangan ni ha....

Aku tahu, Ariff tu nak perhatian sebab masa dalam wad hari tu memang sepanjang masa kita jaga dia..duduk dgn dia, manjakan dia... tu pasal dia jadi cam tu.... aku pun dah buntu. Kalau aku marah, laki aku suka pujuk, tapi bila laki aku marah Ariff aku tak pujuk pun cuma pesan dia jangan ulang lagi macam tu kalau tanak bagi abah dia marah...tu la, budak kecik boleh terima ke kalau kita pesan macam tu?? aku tahu, yang penting aku kena banyak2 bersabar sebab dia kecik lagi... dan pada masa yang sama kena sentiasa ulang bagi nasihat kat dia, jangan nakal2, jangan suka usik adik Aisyah,, dan kena selalu main dan baik dengan adik Aisyah....

Ni je luahan aku untuk petang ni.

Tuesday, April 8, 2014

Kat hospital

Saat ni aku ada kat hospital. Mulanya ingat nak singgah jap berikan nasi bungkus untuk sarapan suami. Bila sampai suami aku suruh stay kat spital kejap sebab dia ada urusan kt pjbt.. aku pun terpaksa la msuk ofis lmbt sket...sbb tghari ni ingat tanak datang dah...




Monday, April 7, 2014

Tak boleh upload gambar

Tension je aku hari ni. Dah la intenet xde dlm bilik aku sahaja, dahtu pulak hp aku ni lembab semacam je. Dah berpuluh kali kot aku upload gmbr tapi tak jadi2 pun...asyik uploading je keje dia...beruban aku tunggu. Last2 aku refesh dan upload balik.. sampai sudah duk uploading je... akhirnya aku give up dan aku delete post yg berkenaan dgn positivenya... mungkin ada hikmah kenapa hp aku tu tanak upload gmbr. Gmbr yg aku nak uplpad tu actually gmbr rumah..mungkin sebab Allah tanak bagi aku riak walaupun rumah aku tu rumah biasa2 je...positive ok...

Actually 2,3 hari ni bnyak cerita kot aku nak kongsi tapi bila simpan 2,3 hari habis lari mood aku nak bercerita. Dia kena time aku teringat tu time tu jgk aku kena post. Tak boleh simpan2... habis kalau aku teringat time memandu macam mana??

Semalam aku kena jadi pegawai sambutan kat airport kena sambut vip datang meeting kat kelantan. Masa nak cari parking, aku jumpa satu tempat baik punya utk parking memang muat2 utk kereta aku. Sbnrnya tmpt tu bukan utk parking tapi dah jadi tmpt parking kot situ. Cuma saat dan ketika aku nak parking tu aku tngok ada getah paip duk berselirat dkt situ..oooo ada tukang kebun sdg menyiram pokok bunga. Aku pun masuk la parking, and then at the same time air paip getah tiba2 terlucut dan air menyembur2 keluar. Bila kereta aku dah cantik masuk parking, dtg la si tukang kebun yg muda belia ni tegur aku, minta aku parking kat tmpat lain. Adoii panjg plak aku nak cerita....aku shortkan kan la...aku gaduh dgn tukang kebun sbb dia tak bagi aku parking situ. Aku tak tahu sapa salah...aku tak salah kot. Dia boleh lalukan getah paip tu bawah kereta aku tapi dia yang tanak.. tension aku, tapi akhirnya aku mengalah pegi parking tmpat lain sbb aku tak suka cari gaduh. Aku tahu mesti budak tu kata aku ni belagak...lantak ko la dik...aku takde kena mengena pun dgn ko...

Oppsss lupa sebelum tu, pagi2 lagi masa otw g ofis aku lepas drop husband aku kt ofis, aku potong la hilux ni, aku bagi signal dan aku tahu jarak aku masa potong hilux adalah jarak yg selamat. Bila aku potong terus dia hon aku. Apa??ingat hebat sgt ke setakat bawak hilux, bukan baru pun...berlagak gile. Masa dia lalu tepi aku (jalan 2 lane) dia slowkan hilux dia sampai tengok aku dgn muka yg kerek sambil hisap rokok... aku tak takut ok!!! Tapi seriusly that honk really kill my mood that morning. Tambah pulak insiden aku dgn tukang kebun kat airport tu......

Lepas siap smbut vip, mak mertua aku plak call bgtahu Ariff demam teruk, terbaring je, tanak minum susu dan tanak makan. Lalu bergegas la aku balik rumah dan Ariff memang kesian... terus aku bawak dia ke hospital pakar perdana dan Ariff kena warded. Memang kesian tengok dia....tapi surprisingly... malam tu demam dia dah kebah dan dia tiba2 aktif.. hmmmm...penat pulak menjaga budak yg sihat ni. Tadi suruh asben tanya doktor kot boleh bawak Ariff keluar. Klu dah sihat tak payah la duk dlm spital, sian adik Aisyah sorang kat rumah. Tapi kami dah terlambat sebab doktor dah berikan dia antibiotik jadi kami kena tunggu lagi 2 hari....arggghhhh....

ni gambar tghari tadi...tengah aktif bermain

Petang semalam




Wednesday, April 2, 2014

Kursus

Dah lama aku tak pegi kursus luar Kelantan. Last yang aku pegi masa aku tengah pregnantkan Ariff. Dah berapa tahun dah.....nak dekat 3 tahun kot. Tup2 tiba, aku dikhabarkan aku kena pegi kursus asas kat Sabah....Sabah kau......fuhhhh.....jauhnye..

Sebelum ni dah tiga kali aku kot aku buat surat rayuan tanak pegi kursus tapi kali ni aku tak tolak kot sebab memang aku dah bersedia nak tinggalkan anak2 buat sementara waktu. Aisyah pun dah minum susu formula, so dah takde alasan dah untuk aku ngelat...Dan syukur sangat2 sebab basic course kali ni cuma makan masa 2 minggu je....tak mcm dulu 3 bulan tau... kalau la aku terkena kursus 3 bulan, habis kursus mesti anak2 dah tak kenal aku...

Dalam 3 minggu ni padat betul aktiviti aku. Bermula dari 22/4 hari tu aku dan famili ke Perak sebab adik lelaki aku kahwin dengan org Kuala Sepetang. Perjalanan pergi dan balik smooth je. Cuma masa nikah dan berarak pegi rumah bride, anak2 aku meragam....Masa nikah pukul 9 pagi, anak2 aku meragam sebab nak tido kot.... Ariff tu siap menjerit2 dalam masjid masa tengah akad nikah, Aisyah pun nangis jugak. Pening kepala aku.. Masa rombongan ke rumah bride, Ariff nangis jugak sebab tak puas tido. Tapi petang tu selepas selesai majlis, balik mandi2, solat dan terus kami ke Zoo Taiping...setelah seharian meragam, akhirnya seronok sangat tengok Ariff happy....



Aisyah sejak dari pagi tak berpeluang nak tido. Memang time ni dia tido sungguh2

Dan akhirnya terlentok...stroller ni tak leh laras rupanya...





Minggu lepas pulak kenduri rumah aku...Ariff seronok betul jumpa cousins dia... main je manjang.... gambar pun takde amik sgt...

Sesi buka hadiah malam selepas majlis bertandang...

Ariff paling slow buka hadiah.hahaha

Minggu ni bila dah lega sikit, aku dan hubby sibuk mencari barang2 untuk rumah. Semalam aku dah beli mangkuk tandas, sinki bilik air, air cond, downlight dan lampu tiang.... rehat karang nak pegi cari lampu pagar dan kipas kat dapur pulak... nak kene settlekan pencarian barang2 ni sebelum aku pegi kursus....aku memang tak harapkan laki aku cari sorang2....sebab citarasa kami memang sangat2 berbeda...