Sunday, November 30, 2014

Beli carpet

Malam Jumaat lepas, kami keluar cari carpet. Asalnya nak beli kat Wakaf Che Yeh sebab tu kelaur lmbar sket. Nak pukul 10 baru keluar. Tapi sebelum sampai W.Che Yeh tu ada kedai tu..Kashmir Carpet rasanya nama kedai tu buat clearance sales. Singgah situ la...tak jadi gi Wakaf Che Yeh.

Ni first carpet nak beli. Tak penah beli carpet lagi sejak berumah tangga ni. Memang cantik letak carpet kat living hall dan famili hall, tapi aku tak gemar sangat nak bercarpet kat rumah buat masa sekarang atas faktor anak2 kecik. Maklum je la budak2 makan mcm mana...separuh masuk mulut, separuh lagi berterabur atas lantai. Dah la semut banyak gila kat rumah aku tu... aku duk kira2 ada lima jenis semut kat rumah tu; semut besar, semut merah, semut gatal, semut mayat n semut hitam..pantang ada makanan jatuh sket, mula berduyun2 geng dia datang. Dah beli ubat semut, tapi ubat tu bunuh semut yang makan ubat tu je...baik aku sembur ridsect..... dah sapu minyak masak kat laluan dan lubang dia, tapi dia buat laluan lain pulak..pening palo mokcik...dah kat tempat simpan stok makanan pun ada jugak geng2 dia,..tapi aku xsempat lagi nak siasat pebenda yang dia duk serang kat almari makanan aku tu. Disebabkan faktor itu jugak aku terpaksa menyapu tiap2 malam kat ruang tengok tv tu...

Back to the topic, aku bukan nk tunjuk carpet yang ak beli pun. Haha, aku nak tunjuk anak puang aku yang excited boleh main kat luar malam2...anak laki dah tido sebaik sahaja naik kereta. Aku tinggal je dalam keta, buka tingkap sket....nasib baik aku boleh parking betul2 depan kedai..boleh la sambil pilih2 carpet, boleh jugak jeling2 kat kereta...








Itu sahaja yang aku sempat merapu buat kali ini...

Thursday, November 27, 2014

tensen akhir tahun

Minggu ni rasa mcm bz sgt2...xsempat nak buat itu dan ini...nape erk???hmmmm...patutla, 3 hari dlm minggu ni aku spend utk buat assignment utk husband aku. Aku dah bagi warning dah, klu nk minta tolong aku, tolong bg aku awal2..jgn nk last2 minit baru cari aku. Tp dia wat derk je, kengkonon nk buat sendiri la tuh. Tp last2 cari aku juga. Dah tu 4 5 hari nk due baru nk suruh aku buat. aku jugak yg susah..keja ofis kemana..upah??upah ada....belanja mkn katanya. Request je kat mana2...2 hari lepas balik keje, aku masih duk ngadap assignment dia. Sampai anak2 aku bagi makan pizza je. Assignment dia punya pasal.. aku dah naik tensen dah..terus cakap kat dia, lepas ni aku tanak dah buat assignmnt utk dia...xpe la, xpyh la nak belanja mkn, aku tanak la klu dh tensen mcm ni...makan anak2 pun dh tak sempat nak urus...fuhhh...tapi Alhamdulillah...dh settle dh hal assignmnt tu, dah boleh bernafas balik... tapi tu la, bila aku dh guna waktu keje utk buat assignmt...mestila keje ofis aku terabai...bos dah masuk bilik aku tnya2 bila aku nak hntr fail..aku pun dah naik segan dgn bos aku tu. Terus aku bgth, bos jgn risau...faik akan siap sebelum masuk bulan 12...dah 3 hari aku buat lain,.tnggl 2 hari je mggu ni...tak sempat kot aku nak siapkan keje...huhh..tensen......

Tu satu hal...lagi satu...performance aku tahun sgt2 teruk...aku the lowest kot amongst semua...huhu..sedihnya....tapi xguna mengeluh..dah lepas, takleh nak buat apa dh. Cuma masa yg berbaki sebulan ni...aku akan gunakan sebaik mungkin.. dan cuba lagi tahun depan...be positive dear ....#pujujdirisendiri.

Lagi satu, aku tensen jugak sebab rumah aku tak sempat nak kemas lagi. Masuk bilik tu bersepah, masuk bilik ni bersepah, pendek kata semua sepah...pening kepala..

Tiba2 pulak terasa nak makan ice cream cornetto..hmmm...mana husband aku ni dah 5.15 tp xnampk btg hidung lagi ni???

Tuesday, November 18, 2014

Macam2....

Kat Kelantan sekarang tengah musim tengkujuh. Hujan tak berhenti2...cuma kadang2 lebat, kadang2 renyai2. Tapi bila dah hujan tu..alahai malasnya nak keluar rumah...nak berhibernate je kat rumah, mcm beruang kutub.. tapi berangan je la klu nak lepak kat rumah je..
balik kerja pkl 5.45pm...dh mcm pkl 7 pm..
Aku dah jadi ahli Mary Kay...ingat nak buat promosi barang2 Mary Kay kat fb dan instagram..mana tahu boleh sambutan, boleh la aku buat part time income. Harap2 jadi la sebab biasa aku ni mula2 je lebih, mcm jual shawls hari tu...satu pun tak terjual. Aku tak sempat sebenarnya nak promote shawls hari2... ye la sebab aku kan kerja...tanakla kat ofis aku duk menjual shawls pulak...aku penah je jual kat ofis tapi bila aku betul2 takde kerja la. Bila balik rumah, hp mana boleh tunjuk depan anak2...nnti jadi mainan depa je la nnti. Sama la mcm Ipad pun....aku pun tak tahu bila je aku boleh guna Ipad aku tu... klu aku bawak keluar, sah2 la anak2 aku yang dapat dulu...nk tunggu dorang tidur, aku yang tidur dulu dari dorang..

Ni cerita pasal Ariff pulak. Lepas masuk rumah baru hari tu, suami aku dah masukkan streamyx kat rumah.. Ok la, interner laju berbanding guna broadband. Kalau dulu nak tengok youtube pun tak boleh, sebab nak jimatkan qouta speed internet tu, tapi sekarang ni dah boleh tengok youtube sesuka2 hati. Ariff bila dia tahu boleh tengok youtube, dapat je hp terus buka youtube tengok citer2 fav dia. Memang dia betul2 mengadap hp sampai bateri hp habis baru dia akan berenti... Dan aku rasa utk elakkan Ariff jadi gian dengan youtube, aku nak delete la app youtube kat hp aku tu..

Checklist utk barang2 rumah yang masih belum settle lagi:
- carpet ( ruang tamu dan living hall)
- roller blind utk tingkap dapur. Tak sempat nk gi beli sebab sekarang tgh hujan..
- Tempat letak toiletteries kat bilik air. ( 3 bilik air)
- sediakan bunga keladi utk letak dalam bilik air. Kawan ofis dah bawak keladi tu satu plastik besar...aku yang tak pegi beli lagi pasunya. Takleh nak keluar membeli sebab hujan...
- cermin bilik air ( utk 2 bilik air)


Tu la dulu bebelan aku buat kali ini. sekian terima kasih....

Sunday, November 16, 2014

Aisyah nangis lagi

Lagi 15 minit nak balik. Aku nak bercerita pasal Aisyah sebenarnya... tapi tak sempat kot. Sekarang ni aku dah tak boleh lengah2 sangat lepas balik kerja... kena rushing amik anak-anak kat rumah pengasuh. Sian diorang.... lagipun aku sendiri tak tergamak nak berlambat2 amik anak, sebab awal2 hari tu aku cakap aku nak letak start pkl 8 pagi hingga 6 ptg...

Actually Aisyah sekarang dah balik menangis tengah2 malam... huhu risau sungguh aku. Hati aku tetap bagitahu memang kena ganggu dengan 'benda' lain...walaupun suami aku berkeras cakap memang Aisyah selalu nangis cam gitu. Tapi kenapa tengah2 malam?? pelik kan??

Aku sambung esok...tak pun lusa...tak pun bila2 aku ingat. Aku dah nak balik. Bye

Dah pindah rumah

Lama jugak aku tak merepek kat blog aku ni. Aku takde modal nak merepek-repek kat sini. Hence, nothing interesting happened to me lately.

Dah dalam bulan November kita ni kan?? Esok lusa tulat dah nak masuk tahun 2015..cepatnya masa berlalu....dah tu mula la aku nak meratap itu ini yang tak sempat nak buat DAN betapa banyakkknya masa aku yang terbiar dan berlalu begitu sahaja tanpa apa2 significant achievement DAN azam aku yang tak jalan2 pun DAN banyak lagi keluhan yang better aku simpan dalam hati saja. huhuhu

Kat Kelantan dah masuk musim hujan. Asyik hujan je kebelakangan ni.

Aku dah masuk rumah baru. Lama sungguh penantian aku, dan akhirnya dapat jugak merasa nak duduk rumah sendiri. Hanya keluarga kecik kami sahaja. Baru 2 malam aku tidur kat rumah tu. Everything masih bersepah2 sana sini. Kitchen cabinet dan wardrobe masih under construction (hmmm...betul ke ayat aku...biasa bukan construction utk jalan je ke). 85% dah siap cuma pintu je tak pasang lagi. Tapi aku dah start mengemas dah sikit2. Tak sanggup nak tengok barang2 bersepah dan baju2 berlonggok kat rumah... kami masih nak sesuaikan diri lagi, nak sesuaikan dengan masyarakat setempat, nak sesuaikan dengan  perbelanjaan baru dan sesuaikan anak2 dengan pengasuh baru dorang. Harapnya semua berjalan dengan lancar sekaliiii...amin.