Malam Jumaat lepas, kami keluar cari carpet. Asalnya nak beli kat Wakaf Che Yeh sebab tu kelaur lmbar sket. Nak pukul 10 baru keluar. Tapi sebelum sampai W.Che Yeh tu ada kedai tu..Kashmir Carpet rasanya nama kedai tu buat clearance sales. Singgah situ la...tak jadi gi Wakaf Che Yeh.
Ni first carpet nak beli. Tak penah beli carpet lagi sejak berumah tangga ni. Memang cantik letak carpet kat living hall dan famili hall, tapi aku tak gemar sangat nak bercarpet kat rumah buat masa sekarang atas faktor anak2 kecik. Maklum je la budak2 makan mcm mana...separuh masuk mulut, separuh lagi berterabur atas lantai. Dah la semut banyak gila kat rumah aku tu... aku duk kira2 ada lima jenis semut kat rumah tu; semut besar, semut merah, semut gatal, semut mayat n semut hitam..pantang ada makanan jatuh sket, mula berduyun2 geng dia datang. Dah beli ubat semut, tapi ubat tu bunuh semut yang makan ubat tu je...baik aku sembur ridsect..... dah sapu minyak masak kat laluan dan lubang dia, tapi dia buat laluan lain pulak..pening palo mokcik...dah kat tempat simpan stok makanan pun ada jugak geng2 dia,..tapi aku xsempat lagi nak siasat pebenda yang dia duk serang kat almari makanan aku tu. Disebabkan faktor itu jugak aku terpaksa menyapu tiap2 malam kat ruang tengok tv tu...
Back to the topic, aku bukan nk tunjuk carpet yang ak beli pun. Haha, aku nak tunjuk anak puang aku yang excited boleh main kat luar malam2...anak laki dah tido sebaik sahaja naik kereta. Aku tinggal je dalam keta, buka tingkap sket....nasib baik aku boleh parking betul2 depan kedai..boleh la sambil pilih2 carpet, boleh jugak jeling2 kat kereta...
Itu sahaja yang aku sempat merapu buat kali ini...
No comments:
Post a Comment