Lama jugak aku tak merepek kat blog aku ni. Aku takde modal nak merepek-repek kat sini. Hence, nothing interesting happened to me lately.
Dah dalam bulan November kita ni kan?? Esok lusa tulat dah nak masuk tahun 2015..cepatnya masa berlalu....dah tu mula la aku nak meratap itu ini yang tak sempat nak buat DAN betapa banyakkknya masa aku yang terbiar dan berlalu begitu sahaja tanpa apa2 significant achievement DAN azam aku yang tak jalan2 pun DAN banyak lagi keluhan yang better aku simpan dalam hati saja. huhuhu
Kat Kelantan dah masuk musim hujan. Asyik hujan je kebelakangan ni.
Aku dah masuk rumah baru. Lama sungguh penantian aku, dan akhirnya dapat jugak merasa nak duduk rumah sendiri. Hanya keluarga kecik kami sahaja. Baru 2 malam aku tidur kat rumah tu. Everything masih bersepah2 sana sini. Kitchen cabinet dan wardrobe masih under construction (hmmm...betul ke ayat aku...biasa bukan construction utk jalan je ke). 85% dah siap cuma pintu je tak pasang lagi. Tapi aku dah start mengemas dah sikit2. Tak sanggup nak tengok barang2 bersepah dan baju2 berlonggok kat rumah... kami masih nak sesuaikan diri lagi, nak sesuaikan dengan masyarakat setempat, nak sesuaikan dengan perbelanjaan baru dan sesuaikan anak2 dengan pengasuh baru dorang. Harapnya semua berjalan dengan lancar sekaliiii...amin.
No comments:
Post a Comment