Tuesday, November 18, 2014

Macam2....

Kat Kelantan sekarang tengah musim tengkujuh. Hujan tak berhenti2...cuma kadang2 lebat, kadang2 renyai2. Tapi bila dah hujan tu..alahai malasnya nak keluar rumah...nak berhibernate je kat rumah, mcm beruang kutub.. tapi berangan je la klu nak lepak kat rumah je..
balik kerja pkl 5.45pm...dh mcm pkl 7 pm..
Aku dah jadi ahli Mary Kay...ingat nak buat promosi barang2 Mary Kay kat fb dan instagram..mana tahu boleh sambutan, boleh la aku buat part time income. Harap2 jadi la sebab biasa aku ni mula2 je lebih, mcm jual shawls hari tu...satu pun tak terjual. Aku tak sempat sebenarnya nak promote shawls hari2... ye la sebab aku kan kerja...tanakla kat ofis aku duk menjual shawls pulak...aku penah je jual kat ofis tapi bila aku betul2 takde kerja la. Bila balik rumah, hp mana boleh tunjuk depan anak2...nnti jadi mainan depa je la nnti. Sama la mcm Ipad pun....aku pun tak tahu bila je aku boleh guna Ipad aku tu... klu aku bawak keluar, sah2 la anak2 aku yang dapat dulu...nk tunggu dorang tidur, aku yang tidur dulu dari dorang..

Ni cerita pasal Ariff pulak. Lepas masuk rumah baru hari tu, suami aku dah masukkan streamyx kat rumah.. Ok la, interner laju berbanding guna broadband. Kalau dulu nak tengok youtube pun tak boleh, sebab nak jimatkan qouta speed internet tu, tapi sekarang ni dah boleh tengok youtube sesuka2 hati. Ariff bila dia tahu boleh tengok youtube, dapat je hp terus buka youtube tengok citer2 fav dia. Memang dia betul2 mengadap hp sampai bateri hp habis baru dia akan berenti... Dan aku rasa utk elakkan Ariff jadi gian dengan youtube, aku nak delete la app youtube kat hp aku tu..

Checklist utk barang2 rumah yang masih belum settle lagi:
- carpet ( ruang tamu dan living hall)
- roller blind utk tingkap dapur. Tak sempat nk gi beli sebab sekarang tgh hujan..
- Tempat letak toiletteries kat bilik air. ( 3 bilik air)
- sediakan bunga keladi utk letak dalam bilik air. Kawan ofis dah bawak keladi tu satu plastik besar...aku yang tak pegi beli lagi pasunya. Takleh nak keluar membeli sebab hujan...
- cermin bilik air ( utk 2 bilik air)


Tu la dulu bebelan aku buat kali ini. sekian terima kasih....

No comments:

Post a Comment