Wednesday, August 19, 2015

Sedih dan dukacita

Dukacita dimaklumkan....bahawasanya, aku TAK BOLEH TUKAR balik Kelantan.....

Sedih.... fikirkan anak2 yang jauh di mata
Sedih.... bila fikirkan keadaan aku dan baby yang bakal lahir, camne keadaan kami nanti?
Sedih.... poket sentiasa kering, perbelanjaan kami semakin bertambah
Sedih.... banyak perancangan kami terbengkalai hanya kerana jarak dan masa
Sedih.... kenapa pihak pengurusan tak fikirkan kebajikan dan masalah yang timbul akibat            perpindahan kami?? Kenapa nak pisah2kan kami dengan keluarga kami? Keselamatan kami yang selalu berulang-alik setiap minggu? Prestasi kerja kami yang tercalar sedikit sebanyak akibat emosi yang terganggu..Kenapa??? Kenapa la kejam sangat? kami nak tukar suka sama suka pun tak lepas? Apa yang dorang mahu sebenarnya?
 
Aku rasa masa depan aku macam gambar ni..
 
Aku selama ni jadikan surat tukar yang aku hantar tu sebagai motivasi utk aku move on kat sini. Aku tunggu dengan sabar setiap hari...transfer list keluar dengan harapan aku akan terima berita baik nanti. Dan kebelakangan ni, aku dah merancang2 untuk angkut segala harta benda aku kat Kuantan bila balik utk bersalin dan tak datang2 sini dah.... tapi impian aku dah musnah..... Aku kena mula berfikir pulak camne aku nak teruskan kehidupan aku selepas bersalin kat Pahang bersama baby aku nanti.

Walaucamne pun..... aku kena POSITIF. Berbalik semula kepada ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah aku keje jauh.. Setiap yang Allah atur adalah yang terbaik utk aku..tapi masih sedih. Harap life aku berubah akan jadi cam gambar kat bawah ni.. makin cerah dan baik sepanjang hari. Amin
 
 
 
 

Tuesday, August 18, 2015

Cuti bersalin

Alhamdulillah.....baru selesai lunch. Sampai ofis pagi tadi pukul 10.30 pagi takde makan pape untuk alas perut.. seawal 12.15 dah turun café cari makan.....Lately memang aku asyik lapar yang luar biasa je.
 
Semalam aku dapat MC. Tak sihat.. sambil2 tu pegi scan utk tengok jantina baby. Alhamdulillah..... menurut apa yang dilihat masa scan...baby dalam perut ni mungkin anak perempuan. Aku duk expect anak lelaki..... So, kami dah start mencari2 nama yang sesuai untuk anak yang bakal lahir ni. Lagi satu, doctor bagitahu...kandungan aku ni dah matang dan mungkin aku akan bersalin hujung bulan ni. What??...mungkin jugak...sebab sekarang ni aku dah rasa tak larat sangat dah, rasa macam dah bawah sangat dah perut aku ni.. nak bersila ke, nak sujud dan rukuk pun dah rasa rapat sangat perut aku dengan paha... so, maka dengan itu, aku dah bincang dengan husband...minggu ni adalah minggu terakhir aku bekerja.... minggu depan aku nak amik maternal leave dah.......
 
Esok, 19/8 aku kena pegi amik blood pressure test dan ada appointment dengan dietitian....lusa pulak 20/8 kena pegi lagi kat klinik tu utk amik blood pressure test dan test kencing manis... Adoi...minggu ni memanjang duk lawat klinik...

Saturday, August 15, 2015

Masalah aku

Aku suka rumah yg bersih dan kemas...tp aku ada satu masalah.... rumah aku xbole pun kemas dan bersih lebih dari 15 minit. Sebabnya anak2 yg tgh aktif ni akan buat sepah jgk nnti. Lepas tu aku pun mula la stress....jerit sini, jerit sana...tekejut baby dlm pewut....aku dah tak larat nk jadi proaktif dlm bab mengemas ni. Lima minit wat keje....aku akan tersadai keletihan sejam. Biasa dlm sehari tu aku dh boleh habiskan mengemas dr dapur hingga ke porch. Tapi sekarang.....aku mmpu tengok je sambil rasa menyampah... sebenarnya aku xleh la nk tensen kt budak2 ni. Dorang tu baru 3 thn n 4 thn.... apala yg dorang th kan?? Tapi utk kurangkan stress aku pd masa akan dtg, aku kena la ajar n latih Ariff n Aisyah utk kemas mainan depa bila siap main. Tp awal2 ni cabaran la sket. Kena hayun2 hanger depan dorang....baru la nmpk nk wat keje.  Tak pe, hrp nnti dorang akan biasa kemas mainan sendiri lepas ni.

Hari mmg memenatkan bg aku. Dari pg xberenti buat keje. Masak, kemas bilik...lap lntai...masak tghari....lipat baju....kemas dapur.. adoiii....penatnya....... bukan nk mengeluh ok....aku  dh biasa buat keje2 rumah sblm ni...tp disebabkan sekarang aku tgh sarat, penat tu luar biasa la sikit..rasa mcm nk terberanak pun ada. Klu bby keluar hari ni atau esok pun ok jgk....xpyh la aku nk balik Kuantan isnin ni... ramai member yg ckp perut aku dh nmpk cm turun dah.... takut!!!

Nmpk tak apa yg aku nmpak?? Dah bersepah semula mainan budak2 ni. Abaikan permandangan yg x cantik dlm rumah aku ni. Baju kat mesin basuh nak tunggu di ampai oleh laki aku selepas dia habis tengok bola. Penyapu tu.... aku nk habiskan menyapu ruang tamu esok hari. Sekian sahaja penerangan aku yg pnjang lebar.......



Wednesday, August 12, 2015

Esok balik kampung.

Housemate aku, K.Izan cuti esok... So, tadi tengahari dia dah gerak balik JB. Excited sebab dapat anak sedara baru...

So, malam ni duk sengsorang la aku kat rumah. Huhu.. biasa Ariff ada... Sebab K.Izan cuti, maka aku pun turut cuti gak hari Jumaat ni. Ntah..cam tadak semangat je aku nak keje.. Ni duk tunggu list transfer yang tak keluar2 lagi ni. Tak sabar nak angkut barang balik Kelantan....

Esok, aku drive balik sengsorang. Bos aku dah balik semalam.. Dia ada jugak ajak aku join dia, tapi malas la aku, cuti lama2 wat apa. Balance cuti pun dah tinggal 8 hari jek. Kawan sorang lagi tu lak tanak cuti Jumaat ni,..takpe...aku ok je balik sorang2. Yang penting aku boleh balik...

Semalam temankan K.Izan keluar buka puasa kat luar. Kami pegi kat Akar Kopi kat Bandar Kuantan. Lokasi dia di antara UOB Bank dan OCBC bank dan bertentangan jalan dengan bangunan Kastam Jalan Bank. Not bad la kat situ...kopi dia pun sedap jugak.. Kalau aku tak pregnant mungkin aku dah bungkus minum kat rumah kopi dia, tapi sebab semalam breakfast dah minum kopi....tengahari pulak minum nescafe....petang tu pekena pulak kopi kat Akar Kopi. Kuat nau minum kopi....





Sila2 la menjamu mata. Itu je aku nak cerita petang ni... takde cite best pun.

Monday, August 10, 2015

Baru minggu pertama rupanya.....

Aku baru sampai Kuantan pagi ni. Jumaat lepas pujuk2 bos aku suruh gerak pagi Isnin....Alhamdulillah termakan pujuk jugak bos aku. Tapi kesian la kat dia..sebab dan senior kan, tak la seaktif orang muda bila drive pagi2 buta. Mujur dia bawak anak teruna dia buat gilir drive. Bila dia mengantuk, anak dia take over. Aku kat belakang membuta je la... padahal masa pujuk dia hari tu, aku beria je cakap...saya takkan tido, temankan bos borak2 tanak bagi ngantuk... tapi tu tinggal janji je la....
 
Aku ingat ni dah minggu ke2 bulan 8... aku sekarang ni asyik duk menghitung hari je nak balik cuti bersalin kat Kelantan. Rupanya nya baru minggu pertama. Lagi 3 minggu la nak berulang alik balik kampong. Memang tiap kali dalam kereta memang aku takut + risau..aku pecah air ketuban dalam kereta. Lagi2 bila kereta melambung langgar bumper, aku cepat2 usap perut, pesan kat baby...jangan cepat sgt keluar.... Ditambah pulak rasa bersalah sebab orang lain terpaksa berkorban ikut aku bertolak ke Kuantan pagi2 hari Isnin....dan ditambah rasa risau + takut pecah air ketuban dalam perjalanan...aku rasa 3 minggu ni, aku nak balik sendiri dengan kereta aku je la....lagi 3 minggu. Boleh kot....yang penting aku kena kuat semangat...moga menurun kepada bayi semangat aku ni...
 
Minggu ni agak menyedihkan sebab aku dah tak bawa Ariff datang Kuantan. Sunyi lak rasanya dia takde. Aku terpaksa....... Aku sarat dan tak larat nak uruskan Ariff sengsorang kat sini. Lagipun aku risaukan Ariff, kalau la aku terpaksa bersalin tiba2.... mana aku nak letak Ariff. Memandangkan aku tak sempat nak daftarkan dia kat playschool, terpaksa la aku upah adik ipar aku yang sedang tunggu nak sambung belajar kat U tu dulu tolong jagakan.. Ntah camne budak2 tu. Harap2 boleh la. Mulanya hasben aku cam tak setuju aku nak suruh adik dia datang tinggal dengan kitaorang dan jaga budak2 ni. Dia mcm nak tinggalkan Ariff Aisyah kat rumah mak ayah dia. Mak dia pun sama... nak tinggalkan budak2 tu kat rumah dia. Tapi aku tak setuju. Sanggup lak dia tiap2 pagi nak berulang alik balik setiap pagi dan petang balik rumah makayah dia kalau budak2 ni nak tinggal sana.. kenapa tanak duduk rumah sendiri yang lagi selesa? lagipun mak mertua aku tu keja pagi petang...tanak la susahkan dia.,so, duduk la rumah sendiri.....ok lagi kannnn....
 
Dah lama tak upload gambar anak2....tiba2 rindu Ariff &Aisyah..

Senyuman memang manis...tapi bila dengar dia melalak...ahalai dah sangka...tensen mak

Aisyah asal ada dengan abg, memang ceria....suka tengok

Anak pompuan ni pun bole tahan gak ragam sekarang....tapi tetap terbaik di hati Ibu.

Khabarnya minggu ni kuar list transfer...Berdebarnya........harap2 ada berita baik, hadiah untuk anak ketiga aku ni.

 
 
 

Thursday, August 6, 2015

Pagi ni....


Morningggg!!
 
Semalam ada jamuan raya Jabatan....no picture. Aku makan banyak jugak la...tapi yang paling win semalam chocolate brownies...bos aku bawak. Memang best la... makan x puas, terasa coklatnye hingga je hati...fuhhh...
 
Pagi tadi terbangun pkul 4 lebih sebab perut memulas2...sehingga pukul 6 dah 3 kali masuk toilet. Cerry berry la pulak.... ni duk tgh menaip ni pun dah rasa macam bergelodak dah perut ni. Tapi bertahan la dulu selagi boleh bertahan.. malas nak jalan gi toilet, jauh sgt. Ni mesti makan kat jamuan raya semalam..sebab ramai gak ofismate aku pun terkena cirit birit ni. Aduuuiii
 
Pagi ni, mujur Ariff bangun awal. Dia bangun pun sebab dia berak. Dah tu terus mandi...kalau tak susah dia nak bangun awal2 pagi ni. Siap bersilat lagi dengan aku sebelum boleh mandikan dia. Lepas hntar Ariff gi nursery..terus g ofis utk thumb print...lepas tu terus g klinik, nak cek kencing manis. Ok, bacaan rendah sebab semalam last aku makan pukul 6petang...dah tu terus puasa sampai pagi ni. Lepas tu terus g breakfast kat McD...nikmat sungguh boleh minum air kopi panas..........
 
Aku makan big breakfast tadi...risau jugak takut effect bacaan kencing manis utk pukul 12 nanti. yela, makan xingat.... main balun je. Bila dah kenyang baru tahu risau... Aku kena minum air masak banyak2 ni sebelum g cek kencing manis tengahari nanti....

Patutnya, terdengar khabar angin patut dah keluar list kenaikan pangkat W44....tapi sampai hari ni takde keluar2 lagi. Aku x heran pun pasal orang yang naik pangkat tu....tapi duk kisahkan kot2 nama aku ada terselit utk pindah balik Kelantan. Lepas tu, semalam bos aku khabar...rupanya Ketua Pengarah sekarang ada kat Sabah...tu pasal list xkuar2 lagi. Minggu depan mungkin.... tunggu jela dengan penuh pengharapan....

Kandungan aku sekarang ni dah 34 minggu. Dulu masa pregnantkan Aisyah, 33w dah bersalin... risau sungguh aku mengandung kali ketiga ni. Yela...duk jauh dari family kannnn...apa2 yang kemungkinan yang berlaku kat sini aku sengsorang la nanti kena hadapi. Terjatuh ke, tersembam ke, nak bersalin ke, aku kena hadapi sengsorang la....huhu..serius takut ok!! Minggu depan, aku rasa aku nak register Ariff masuk taska kat KB sebab aku risau aku akan bersalin bila2 masa saja... risau kat Ariff kat sini siapa nak tolong tengokkan...

Seriously, setiap malam aku risau...takut air ketuban tiba2 pecah ke masa aku tido..Setiap malam...sebelum tido, berdoa dengan ALLAH, jangan la aku bersalin awal....dan sentiasa pesan kat baby dalam perut ni, tolong jangan keluar awal sangat....sebab ibu duk jauh dengan abah....duk kat tempat orang ni. Kalau nak keluar, minta sangat2.... keluar bila ibu kat rumah kat Kelantan...bila dah kat rumah. Bukan kat Pahang...dan bukan masa travel... Sedih kan??

Haritu, masa apply tukar...dah tulis kat borang pindah tu..klu boleh nak tukar selewat2nya bulan 8.... tup2 next transfer list akan keluar bulan ni. Harap2 nama aku naik la. Lagipun bulan ni dah genap 6 bulan aku keje sini.

Aku tak tahu... apa yang akan terjadi selepas ni. Yang pasti, aku berharap yang terbaik untuk diri aku dan orang2 sekeliling aku. Amin2 Ya Rabbal Alamin......

Sedih tau kalau bersalin kat sini sengsorang........................ Bye