Wednesday, August 19, 2015

Sedih dan dukacita

Dukacita dimaklumkan....bahawasanya, aku TAK BOLEH TUKAR balik Kelantan.....

Sedih.... fikirkan anak2 yang jauh di mata
Sedih.... bila fikirkan keadaan aku dan baby yang bakal lahir, camne keadaan kami nanti?
Sedih.... poket sentiasa kering, perbelanjaan kami semakin bertambah
Sedih.... banyak perancangan kami terbengkalai hanya kerana jarak dan masa
Sedih.... kenapa pihak pengurusan tak fikirkan kebajikan dan masalah yang timbul akibat            perpindahan kami?? Kenapa nak pisah2kan kami dengan keluarga kami? Keselamatan kami yang selalu berulang-alik setiap minggu? Prestasi kerja kami yang tercalar sedikit sebanyak akibat emosi yang terganggu..Kenapa??? Kenapa la kejam sangat? kami nak tukar suka sama suka pun tak lepas? Apa yang dorang mahu sebenarnya?
 
Aku rasa masa depan aku macam gambar ni..
 
Aku selama ni jadikan surat tukar yang aku hantar tu sebagai motivasi utk aku move on kat sini. Aku tunggu dengan sabar setiap hari...transfer list keluar dengan harapan aku akan terima berita baik nanti. Dan kebelakangan ni, aku dah merancang2 untuk angkut segala harta benda aku kat Kuantan bila balik utk bersalin dan tak datang2 sini dah.... tapi impian aku dah musnah..... Aku kena mula berfikir pulak camne aku nak teruskan kehidupan aku selepas bersalin kat Pahang bersama baby aku nanti.

Walaucamne pun..... aku kena POSITIF. Berbalik semula kepada ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah aku keje jauh.. Setiap yang Allah atur adalah yang terbaik utk aku..tapi masih sedih. Harap life aku berubah akan jadi cam gambar kat bawah ni.. makin cerah dan baik sepanjang hari. Amin
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment