Thursday, August 6, 2015

Pagi ni....


Morningggg!!
 
Semalam ada jamuan raya Jabatan....no picture. Aku makan banyak jugak la...tapi yang paling win semalam chocolate brownies...bos aku bawak. Memang best la... makan x puas, terasa coklatnye hingga je hati...fuhhh...
 
Pagi tadi terbangun pkul 4 lebih sebab perut memulas2...sehingga pukul 6 dah 3 kali masuk toilet. Cerry berry la pulak.... ni duk tgh menaip ni pun dah rasa macam bergelodak dah perut ni. Tapi bertahan la dulu selagi boleh bertahan.. malas nak jalan gi toilet, jauh sgt. Ni mesti makan kat jamuan raya semalam..sebab ramai gak ofismate aku pun terkena cirit birit ni. Aduuuiii
 
Pagi ni, mujur Ariff bangun awal. Dia bangun pun sebab dia berak. Dah tu terus mandi...kalau tak susah dia nak bangun awal2 pagi ni. Siap bersilat lagi dengan aku sebelum boleh mandikan dia. Lepas hntar Ariff gi nursery..terus g ofis utk thumb print...lepas tu terus g klinik, nak cek kencing manis. Ok, bacaan rendah sebab semalam last aku makan pukul 6petang...dah tu terus puasa sampai pagi ni. Lepas tu terus g breakfast kat McD...nikmat sungguh boleh minum air kopi panas..........
 
Aku makan big breakfast tadi...risau jugak takut effect bacaan kencing manis utk pukul 12 nanti. yela, makan xingat.... main balun je. Bila dah kenyang baru tahu risau... Aku kena minum air masak banyak2 ni sebelum g cek kencing manis tengahari nanti....

Patutnya, terdengar khabar angin patut dah keluar list kenaikan pangkat W44....tapi sampai hari ni takde keluar2 lagi. Aku x heran pun pasal orang yang naik pangkat tu....tapi duk kisahkan kot2 nama aku ada terselit utk pindah balik Kelantan. Lepas tu, semalam bos aku khabar...rupanya Ketua Pengarah sekarang ada kat Sabah...tu pasal list xkuar2 lagi. Minggu depan mungkin.... tunggu jela dengan penuh pengharapan....

Kandungan aku sekarang ni dah 34 minggu. Dulu masa pregnantkan Aisyah, 33w dah bersalin... risau sungguh aku mengandung kali ketiga ni. Yela...duk jauh dari family kannnn...apa2 yang kemungkinan yang berlaku kat sini aku sengsorang la nanti kena hadapi. Terjatuh ke, tersembam ke, nak bersalin ke, aku kena hadapi sengsorang la....huhu..serius takut ok!! Minggu depan, aku rasa aku nak register Ariff masuk taska kat KB sebab aku risau aku akan bersalin bila2 masa saja... risau kat Ariff kat sini siapa nak tolong tengokkan...

Seriously, setiap malam aku risau...takut air ketuban tiba2 pecah ke masa aku tido..Setiap malam...sebelum tido, berdoa dengan ALLAH, jangan la aku bersalin awal....dan sentiasa pesan kat baby dalam perut ni, tolong jangan keluar awal sangat....sebab ibu duk jauh dengan abah....duk kat tempat orang ni. Kalau nak keluar, minta sangat2.... keluar bila ibu kat rumah kat Kelantan...bila dah kat rumah. Bukan kat Pahang...dan bukan masa travel... Sedih kan??

Haritu, masa apply tukar...dah tulis kat borang pindah tu..klu boleh nak tukar selewat2nya bulan 8.... tup2 next transfer list akan keluar bulan ni. Harap2 nama aku naik la. Lagipun bulan ni dah genap 6 bulan aku keje sini.

Aku tak tahu... apa yang akan terjadi selepas ni. Yang pasti, aku berharap yang terbaik untuk diri aku dan orang2 sekeliling aku. Amin2 Ya Rabbal Alamin......

Sedih tau kalau bersalin kat sini sengsorang........................ Bye

No comments:

Post a Comment