Monday, August 10, 2015

Baru minggu pertama rupanya.....

Aku baru sampai Kuantan pagi ni. Jumaat lepas pujuk2 bos aku suruh gerak pagi Isnin....Alhamdulillah termakan pujuk jugak bos aku. Tapi kesian la kat dia..sebab dan senior kan, tak la seaktif orang muda bila drive pagi2 buta. Mujur dia bawak anak teruna dia buat gilir drive. Bila dia mengantuk, anak dia take over. Aku kat belakang membuta je la... padahal masa pujuk dia hari tu, aku beria je cakap...saya takkan tido, temankan bos borak2 tanak bagi ngantuk... tapi tu tinggal janji je la....
 
Aku ingat ni dah minggu ke2 bulan 8... aku sekarang ni asyik duk menghitung hari je nak balik cuti bersalin kat Kelantan. Rupanya nya baru minggu pertama. Lagi 3 minggu la nak berulang alik balik kampong. Memang tiap kali dalam kereta memang aku takut + risau..aku pecah air ketuban dalam kereta. Lagi2 bila kereta melambung langgar bumper, aku cepat2 usap perut, pesan kat baby...jangan cepat sgt keluar.... Ditambah pulak rasa bersalah sebab orang lain terpaksa berkorban ikut aku bertolak ke Kuantan pagi2 hari Isnin....dan ditambah rasa risau + takut pecah air ketuban dalam perjalanan...aku rasa 3 minggu ni, aku nak balik sendiri dengan kereta aku je la....lagi 3 minggu. Boleh kot....yang penting aku kena kuat semangat...moga menurun kepada bayi semangat aku ni...
 
Minggu ni agak menyedihkan sebab aku dah tak bawa Ariff datang Kuantan. Sunyi lak rasanya dia takde. Aku terpaksa....... Aku sarat dan tak larat nak uruskan Ariff sengsorang kat sini. Lagipun aku risaukan Ariff, kalau la aku terpaksa bersalin tiba2.... mana aku nak letak Ariff. Memandangkan aku tak sempat nak daftarkan dia kat playschool, terpaksa la aku upah adik ipar aku yang sedang tunggu nak sambung belajar kat U tu dulu tolong jagakan.. Ntah camne budak2 tu. Harap2 boleh la. Mulanya hasben aku cam tak setuju aku nak suruh adik dia datang tinggal dengan kitaorang dan jaga budak2 ni. Dia mcm nak tinggalkan Ariff Aisyah kat rumah mak ayah dia. Mak dia pun sama... nak tinggalkan budak2 tu kat rumah dia. Tapi aku tak setuju. Sanggup lak dia tiap2 pagi nak berulang alik balik setiap pagi dan petang balik rumah makayah dia kalau budak2 ni nak tinggal sana.. kenapa tanak duduk rumah sendiri yang lagi selesa? lagipun mak mertua aku tu keja pagi petang...tanak la susahkan dia.,so, duduk la rumah sendiri.....ok lagi kannnn....
 
Dah lama tak upload gambar anak2....tiba2 rindu Ariff &Aisyah..

Senyuman memang manis...tapi bila dengar dia melalak...ahalai dah sangka...tensen mak

Aisyah asal ada dengan abg, memang ceria....suka tengok

Anak pompuan ni pun bole tahan gak ragam sekarang....tapi tetap terbaik di hati Ibu.

Khabarnya minggu ni kuar list transfer...Berdebarnya........harap2 ada berita baik, hadiah untuk anak ketiga aku ni.

 
 
 

No comments:

Post a Comment