Thursday, October 29, 2015

Aisyah bah.2

Lagi cerita tentang Aisyah...

Aisyah ada dua helai baju Frozen. Satu beli kat pasar malam....sebab Aisyah mengamuk nak beli. Aku memang tak pernah nak beli baju Frozen kalau kain jersey tu sebab aku rasa macam kain tu tak resap peluh. Tapi aku tak perasan pulak Aisyah nak baju Frozen. Mungkin sebab selalu tengok budak2 sebaya dia pakai baju Frozen. Dah dia mengamuk, satu pasar malam tu boleh dengar dia melalak, jadi aku belikan la baju tu...murah je. Yang aku tak suka bila belikan baju tu, dia tanak mandi. Kalau berjaya pujuk dia mandi sekalipun, lepas mandi tu dia nak pakai baju tu semula. Sampailah satu masa tu aku berjaya sorokan baju tu masa dia tanggal untuk mandi. Lepas mandi tu memang tadah telinga la dengar dia melalak... 

Kisah camne boleh beli baju Frozen ke2. Hari tu nak pergi Mydin cari barang. Depan Mydin tu ada Hari-hari. Biasalah kat Hari2 banyaklah beg sekolah bergantungan kat depan kedai. Ariff ni pulak selalu duk mengamuk nak beli beg sekolah Ultraman. Ariff dah lama nak beli bagpack ultraman tapi kami tak melayan sangat. Dia dah ada 2 bagpack, satu bwk pergi nursery, satu lagi untuk isi robot2 dia. Lagi satu tahun depan dia nak masuk tadika, baik beli bagpack yang elok skit nanti. So pujuk dia tak payahla beli bag pack, kita cari baju jela. So, dua beradik tu dapat la sepasang seorang baju. Ariff beli baju Spider-Man....Aisyah beli baju Frozen. Lagi satu, baju 4 kali lebih murah kot dari bag pack kat situ. 

Aisyaj dapat baju ni pun sama la perangai dia. Tanak baju lain. .. Kali ni aku malas nak layan dia nangis, aku terpaksa la keluarkan baju Frozen yang satu lagi tu supaya Aisyah pakai baju bersih. Dulu masa beli baju pertama, dia pernah pakai tiga hari berturut2...

Kalau dia boleh tengok YouTube, asyik suh buka frozen. Apa2 barang yang ada kaitan dengan Frozen, semua dia suka..


Tengah layan frozen...gambar snap dari ipad. Aku takreti nk transfer dari ipad ke hp...


Hari ni cuaca cerah dan panas sangat. Apa lagi, menjemur baju la aku sebab semalam hujan start dari pagi sampai tengahari. Petang walaupun tak hujan tapi cuaca macam mendung je. 

Sepanjang2 pagar jadi tempat aku ampai baju. Abaikan rumput yang tak ditrim tu...rumput pun nak hidup jgk....


Tuesday, October 27, 2015

Cerita tentang rumah

Hari ni Ariff tanak pegi nursery. Ni kalau Ariff ada, Aisyah kat rumah dia akan jadi 'lasak' sket.. duk mengikut Ariff je..

Nak cerita pasal rumah aku yg kecik ni... bulan 11 ni cukup setahun la lebih kurang kami tinggal sini. Tapi masih banyak benda yang kami kena buat utk memperkemas dan mencantikkan rumah ni. Dahla kontraktor hari tu buat keja cincai2 je. Dia ingat buat reban ayam agaknya... rumah dia pandai pulak dia jaga kualiti.... benci aku dgn orang camtu...

Depan pagar rumah aku, si kontraktor tu pegi curah simen kat situ. Memang keje pemalas....dahla pintu pagar rumah letak roda besar tayar bas...tipu je tu. Xde dianye rail. Tiap kali buka pagar memang berat... satu lagi masalah besar tiap kali hujan, rumah aku akan jadi cam kolam..adooiii geram gila.. air akan bertakung xleh mengalir keluar dari kawasan rumah sebab simen yang mamat tu curah depan pagar tu la.. tahun lepas masa musim hujan kami terpaksa mengharung tiap kali nk keluar. Geli ok... dahla sekarang ni dah nak masuk musim hujan..faham2 la kannn. So, misi kami sekarang ni nak buang simen yang kat depan pagar tu dan timbun kawasan rumah dengan pasir kuari. Dah lama plan nak buat keje ni...tapi tertangguh sebab aku kan kena pindah kuantan. Laki aku klu keje2 camni dia tak bersungguh sgt unless aku duk push dia... laki aku tu kalau bab2 repair mesin tu boleh la bagi dia. Opppss.. Termengumpat kat laki sendiri plak... memang sepanjang keje kuantan, aku tak sempat nak buat keje2 camgini..kalau kira betul2 masa aku sempat berada kat rumah sehari je. Sehari tu la nak bersih rumah dan uruskan basuh2 dan lipat baju semua.... memang tak sempat....




So, sambung balik kepada plan nak buang simen tu... sebenarnya kami tak tahu nak tnya pada nak buat keje2 gini...ada gak aku tanya orang2 yang buat keje2 kontrak gini...tapi depa x berminat sebabnya luasnya sekangkang kera je kot... serba salah depa nak buat... lastnya aku tanya kawan aku yang tgh bina rumah sekarang ni...kotla dia tahu. Dia suggest aku tanya Noor yang buat catering kat ofis lama aku. Ok la...aku tanya dia...dia datang tengok semalam dan dia kata orang dia boleh buat.... akhirnya, boleh jugak aku nak buang simen tu... apa yang aku nak higlightkan kat sini...Noor tu just tua setahun dari aku je.. sebelum ni aku tengok dia naik toyota camry, naik camry beb..tu dah nmpk cam 'wooowww'...tapi semalam dia datang umah naik kereta bmw baru...aku tak tahu la berapa siri tapi bmw cam gambar kat bawah ni... aku dengan hasben memang terpegun la tengok. Respek kot kat dia sebab muda2 dah boleh pakai kereta mewah. Kereta baru okkk...bukan second hand.  Aku masa kat U dulu sempat la berjiran dengan Noor ni. First sampai third sem je. Aku tengok Noor tu macam suka main2 je. Suka borak2, suka melawa..ada bf. Aku ni kan budak nerd, bagi aku sesapa yg ada bf tu macam suka main2 la..memang pernah terdetik kat hati aku dulu, aku kata Noor ni lepas grad ntah2 xleh keje.. tengok dia ni main2 je... kau tengok camne Noor sekarang! Berjaya dari aku yang keje sekadar makan gaji je.. memang respek pandai berniaga. Dan moralnya pada aku: JANGAN PANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN.

Kereta Noor



Sunday, October 25, 2015

Housemate accident

Mggu lepas dpt berita buruk. Housemate aku, K.izan accident otw nak datang Kuantan. Dia selalu datang pagi2..so sampai Kuantan terus msuk ofis. Dia accident kat area Endau. Alhamdulillah..nasib baik Kak Izan xde pape. Kereta dia terbakar....total lost kot.. fuhh...

Dgr kisah K.Izan tu, aku mulala duk fikir yang bukan2. Kalau la aku yang berada kat tempat K.Izan tu, dengan baby kecik ni camne la agaknya. Aku memang risau. Tetiap hari kot duk dengar accident dan kematian berlaku kat laluan balik aku LPT dan LPT2... minta jauh la...

Lagi satu, mesti peluang Kak Izan nak balik Johor lebih cerah sebab dia dah accident sebab datang Kuantan.. sedihnya aku. Tinggalla aku sensorang nanti dengan baby kat rumah sewa. Lagi la rabak poket aku kalau aku sensorang yg bayar sewa rumah nanti... dahla sekarang pun budget bulanan dah negetiffff dah..

Semalam ada keluar list pindah baru..tapi masih xde nama kami. Aku pun macam dah putus asa dah..macam dah kena tipu. Sebab masa gi HQ utk buat rayuan tempoh hari, hati rasa berbunga2...rasa macam ada harapan la..tapi bila dah banyak list keluar tapi nama xde juga terselit, memang rasa mcm..... keciwa la of course...

InsyaAllah...aku akan pegi sekali lagi ke HQ...

Thursday, October 22, 2015

Aisyah

Hari ni aku nak cita pasal Aisyah.

Sejak balik pantang ni, aku duk geng dengan Aisyah je,. Memang time apak dia keje..memang dia duk melekat dengan aku je. Kat mana ada aku, kat situ la dia. Masa awal2 bersalin dulu, aku mmg duk baring je atas katil. Dia pun duk main dalam bilik tu je la... Tak keluar tengok tv. Makan pun makan nasi kosong ikan selar bakar je... Memang geng aku... Tapi bila apak dan abg Ariff balik, memang dia tak hirau langsung kat aku. Duk melekat dengan apak dia la pulak... Semua nak abah.. Aku lagi suka. Haha sebab aku boleh rilek.

Kegemaran Aisyah ialah mewarna/ melukis dan main mekap2 dan geledah handbeg dan suka sangat dengan Frozen. Kalau dia melalak tahap kritikal, hulur je pen atau buku, lipstik, bedak ke, automatik dia akan berhenti nangis. Senang je nak pujuk...tapi aku tak sanggup nak tengok bedak dan lipstik aku dirosakkan oleh Aisyah. Dah banyak batang kot lipstik aku rosak...

Lagi satu, Aisyah ni pantang je tengok aku pegang hp atau iPad. Lastly memang aku putih mata je tengok dia main hp aku. Bab ni sama je dia dengan Ariff. Dengan aku, dia main ambik je Kalau dia nak...tapi Kalau dengan Ariff, dia memang tak melawan. Hahaha...senang je aku. Kalau Aisyah 'rampas' hp aku time aku tengah syok berfb ke, nanti aku ngadu dengan Ariff. Ayat biasa ku "Ariff, tengok ni Aisyah ambik hp ibu.....". Nanti Ariff  akan ambil dengan Aisyah n pulangkan kat aku. Dia memang adik yang baik....akur je dengan abang...

Pagi ni dia geledah handbeg aku....habis disepah2nya...






Setakat ni dulu aku cerita pasal Aisyah. Sejak dua menjak ni aku rasa dia ni makin manja mengada2 dengan abah dia. Kalau abah dia ada, dia punya menangis lain macam je. Geram sungguh aku. Tapi biarla... Asal jgn manja mengada2 dengan aku sudah... Penat aku nak layan. Hmmm...cmni kira mcm mengumpat anak sendiri ke??....




Tuesday, October 20, 2015

No idea

Aku dah 34 hari berpantang. Start smlm aku dah mula buat ke je rumah sket2 mcm basuh baju dan masak. Tak boleh la aku tengok rumah bersepah2. Semut sana sini. Aku lagi stress.

Hari ni mendung je.. Macam nak hujan. Alice tido dlm bilik, Aisyah lak tido kat depan tv.

Aku sekarang ni hanya duk menghitung hari dan berdoa sesuatu yang gembira berlalu dalam hidup aku dalam masa terdekat ni. Tak boleh bayangkan lepas ni aku dan Alice terpaksa tgglkan keluarga dan balik semula ke Kuantan. Alice la yang paling kesian.. Kecik2 dah kena ikut ibu...berjauhan dgn abg dan Kakak dan abah.... Sedihnya... Sesungguhnya perasaan aku sekarang mendung macam cuaca petang ni juga.

Malaysia dari mata aku

Aku bukan jenis orang yang suka membaca.. Surat Khabar lama dah aku tak pegang. Tengok berita pun tak. Walaupun aku ni macam duk kat pulau, tapi aku tahu la sesikit pasal apa yang sedang berlaku dan melanda negara aku.

Aku memang risau. Dengan keadaan dunia yang bergolak di sana sini, harap2 Malaysia tetap aman damai tapi...hakikatnya, tak. Saban hari, duk baca kes bunuh sana sini. Main2 je orang sekarang dengan nyawa orang. Tak puas hati sket, marah...dengki... Upah orang tembak. Sakit hati sket, ajak geng ramai2 pegi pukul belasah orang tu dan tetak sampai mati. Lepas tu, mayat tu campak je mana2... Mcm buang sampah. Kerap sgt terbaca berita, jumpa mayat sana sini. Tu tak cerita lagi pasal yang duk buang2 bayi macam buang sampah. Tu pun kes membunuh jugak, tapi aku heran la sebab biasa aku duk perati biasa si ibu yang kejam ni kena hukuman ringan je. Macam mak yang kerat 8 bayi dia, seingat aku dia kena 7 bulan penjara je. Kenapa tak hukum gantung je manusia2 yang tak berhati perut ni semua, sebab depa ni duk membunuh manusia ...anak2 depa. Tak paham sungguh aku.

Lagi satu, kes samun la,...rompak, pecah rumah pun selalu jgk duk dengar. Tetiap hari ada je. Waktu siang pun depa boleh keje pecah rumah. Malam apatah lagi.. Duk dalam laman rumah sendiri pun boleh kena samun. Lagi satu, nak jalan lenggang kangkung kat tepi2 jalan pun tak selamat weii zaman sekarang ni. Silap haribulan main tarik tali beg la kita dengan peragut. Sekarang ni mmg kena sentiasa beringat dan berhati2 sgt,.. Even kereta yang kat trafik light pun depa boleh pecahkan, so, anything yang lagi tragik lagi depa boleh buat..Sekarang duk mana2pun kena selalu beringat waima dlm rumah sendiri. Orang ni, selalunya nampak baik. Tapi hati depa kita tak tahu. Sungguh menakutkan...

Selain kes jenayah...ringgit Malaysia jatuh pulak dah. Harga barang pulak duk naik jah manjang. Petrol, barang makanan, tol pulak nak naik nanti...adoooiii. Aku tolong mengeluh utk depa yang duk Lembah Klang yang tiap2 hari kena lalu tol. Apa kerajaan buat untuk tolong rakyat? Brim ke? Bagi aku tu bukan bantuan...itu lebih macam rasuah. Orang yang betul2 susah ok la...memang Brim sangat membantu depa untuk meneruskan hidup. Tapi utk orang muda2 ni, time dapat Brim ni la depa nak berjoli. Pegi makan kat restoren mahal sket, beli kereta control la, pegi tengok wayang...pastu upload dalam facebook. Aku bukan menuduh... Aku tengok sendiri dalam facebook. Bukan main dorang nih.

Pendapat peribadi aku... Kerajaan macam tak bersungguh je nk tolong rakyat. Depa nak time election bukan main manis mulut. Janji nak buat itu buat ini. Lepas menang... Janji ke mana, tuan punya badan ntah kemana. Pemimpin kerajaan ni mana tahu susah rakyat sebab depa orang senang. Setakat harga naik singgit dua, depa mana nak terkesan pun sebab duit depa banyak berlonggok2. Kalau depa pi pasar tani ke pasar malam ke, berebut2 penjual nak bagi free kat depa, sebab depa tu pemimpin, semua orang kenaikan kot..projek keliling pinggang. Itu belum lagi derma berbilion2 masuk ntah dermawan mana yang bagi.  Harta depa tak habis makan tujuh keturunan. Tapi kita rakyat marhaein ni, tiap saat tiap minit duk fikir camne nk cari duit nk hidup selesa sikit. Bukan nk kaya pun...kita sangat terkesan dengan kenaikan harga barang yg mcm tak masuk akal kdg2 tu. Aku ni nk pergi jalan2 dalam Malaysia pun kena fikir banyak kali.. Apatah lagi baik pi luar negara.

Lagi apa yang aku duk perasan jugak sekarang ni perpecahan orang Malaysia. Melayu dengan cara orang Melayu. Cina dengan India pulak dengan cara depa. Melayu ni cepat lupa..cepat tak sedar diri. Naik keta besar skit, dah rasa besar diri. Yang tu siap pi penampar Bangla basuh keta tuh. Klu dah sayang sangat keta besar ngko tu, ko basuh la sendiri. Sambil basuh dan lap keta ko boleh usap2 keta ko. Tu selingan je tuh... Aku nak cita pasal parti politik Melayu sebenarnya. Depa ni Melayu.... Tapi atas sebab berbeza haluan parti, depa boleh pulak duk saling menjatuhkan kaum Melayu lain utk capai cita2 depa ni. At the same time, kaum lain ambik kesempatan. Kaum cha ya nun alif pun ambik la kesempatan. Dah la ekonomi depa dah conquer, Jun pulak politik pun bg kat depa jgk.... Amboi sakan aku membebel. Mcm ariff benar aku pasal politik nah.

Itu je la karangan aku buat kali ni. Lain masa aku sambung klu ada masa. Tapi sebetulnya aku risau dgan Malaysia.


Monday, October 19, 2015

Sedih

Aku sedih sebab...

Tak semua yang kita nak, kita akan dapat
Tak semua yang kita rancang akan menjadi seperti yang dirancang
Tak semua yang bahagia akan kekal
Tak semua yang senang akan selamanya senang, sesekali kita akan rasa susah juga
Tak semua orang akan sentiasa berada dipuncak

Aku perlu dan harus bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Jalan mesti menunduk supaya aku boleh lihat dan ambil iktibar dari orang yang lebih susah dari aku. Jalan la mendongak bila perlu agar aku boleh ambil motivasi dari kejayaan orang lain. Yang penting, semua atas diri aku sendiri...

Aku mesti kuat kan diri untuk orang2 yang aku sayang...



Wednesday, October 7, 2015

Tukang urut

Semalam dah start berurut.... pengasuh Aisyah yang kenalkan tukang urut ni. Mula2 kenal tu xde la kata jadi nak berurut dgn dia. Tapi makcik tu ye ye je mcm aku nak berurut dgn dia. Aku pulak segan la nk kata 'no'.... ok la...berurut dgn makcik ni jela.... caj dia agak mahal jgk la bagi aku sebab ada orang lain caj lagi murah kot. Ngurut berjam2. Tapi makcik ni ngurut n bertungku cukup2 sejam...caj plak rm50 sejam. Mcm rate kat KL pulak. Since dia dah maklum aku nak ngurut dgn dia, aku sekadar amik 3 hari jela...


Demam pulak dahhh

Hari ni rasa tak sedap badan sangat... Ke aku demam? Orang cakap xelok org demam masa pantang... Pagi tadi bangun tido perut sakit...ke gastric sbb semalam xmkn.... Petang tu pun minum air susu cicah biskut je. Tp pagi tadi gagahkan diri bangun sediakan lempeng utk breakfast aku dan Aisyah. Tapi Aisyah mkn dua mulut je. Sat lepas tu dia muntah... Ayoyo... Kelam kabut aku, dengan pgg baby nya..., tangahari kepala pulak sakit, rasa mencucuk2. Apakah dugaan ni Ya Allah. Badan ni rasa lemah sangat. Lenguh satu badan...