Tuesday, October 20, 2015

Malaysia dari mata aku

Aku bukan jenis orang yang suka membaca.. Surat Khabar lama dah aku tak pegang. Tengok berita pun tak. Walaupun aku ni macam duk kat pulau, tapi aku tahu la sesikit pasal apa yang sedang berlaku dan melanda negara aku.

Aku memang risau. Dengan keadaan dunia yang bergolak di sana sini, harap2 Malaysia tetap aman damai tapi...hakikatnya, tak. Saban hari, duk baca kes bunuh sana sini. Main2 je orang sekarang dengan nyawa orang. Tak puas hati sket, marah...dengki... Upah orang tembak. Sakit hati sket, ajak geng ramai2 pegi pukul belasah orang tu dan tetak sampai mati. Lepas tu, mayat tu campak je mana2... Mcm buang sampah. Kerap sgt terbaca berita, jumpa mayat sana sini. Tu tak cerita lagi pasal yang duk buang2 bayi macam buang sampah. Tu pun kes membunuh jugak, tapi aku heran la sebab biasa aku duk perati biasa si ibu yang kejam ni kena hukuman ringan je. Macam mak yang kerat 8 bayi dia, seingat aku dia kena 7 bulan penjara je. Kenapa tak hukum gantung je manusia2 yang tak berhati perut ni semua, sebab depa ni duk membunuh manusia ...anak2 depa. Tak paham sungguh aku.

Lagi satu, kes samun la,...rompak, pecah rumah pun selalu jgk duk dengar. Tetiap hari ada je. Waktu siang pun depa boleh keje pecah rumah. Malam apatah lagi.. Duk dalam laman rumah sendiri pun boleh kena samun. Lagi satu, nak jalan lenggang kangkung kat tepi2 jalan pun tak selamat weii zaman sekarang ni. Silap haribulan main tarik tali beg la kita dengan peragut. Sekarang ni mmg kena sentiasa beringat dan berhati2 sgt,.. Even kereta yang kat trafik light pun depa boleh pecahkan, so, anything yang lagi tragik lagi depa boleh buat..Sekarang duk mana2pun kena selalu beringat waima dlm rumah sendiri. Orang ni, selalunya nampak baik. Tapi hati depa kita tak tahu. Sungguh menakutkan...

Selain kes jenayah...ringgit Malaysia jatuh pulak dah. Harga barang pulak duk naik jah manjang. Petrol, barang makanan, tol pulak nak naik nanti...adoooiii. Aku tolong mengeluh utk depa yang duk Lembah Klang yang tiap2 hari kena lalu tol. Apa kerajaan buat untuk tolong rakyat? Brim ke? Bagi aku tu bukan bantuan...itu lebih macam rasuah. Orang yang betul2 susah ok la...memang Brim sangat membantu depa untuk meneruskan hidup. Tapi utk orang muda2 ni, time dapat Brim ni la depa nak berjoli. Pegi makan kat restoren mahal sket, beli kereta control la, pegi tengok wayang...pastu upload dalam facebook. Aku bukan menuduh... Aku tengok sendiri dalam facebook. Bukan main dorang nih.

Pendapat peribadi aku... Kerajaan macam tak bersungguh je nk tolong rakyat. Depa nak time election bukan main manis mulut. Janji nak buat itu buat ini. Lepas menang... Janji ke mana, tuan punya badan ntah kemana. Pemimpin kerajaan ni mana tahu susah rakyat sebab depa orang senang. Setakat harga naik singgit dua, depa mana nak terkesan pun sebab duit depa banyak berlonggok2. Kalau depa pi pasar tani ke pasar malam ke, berebut2 penjual nak bagi free kat depa, sebab depa tu pemimpin, semua orang kenaikan kot..projek keliling pinggang. Itu belum lagi derma berbilion2 masuk ntah dermawan mana yang bagi.  Harta depa tak habis makan tujuh keturunan. Tapi kita rakyat marhaein ni, tiap saat tiap minit duk fikir camne nk cari duit nk hidup selesa sikit. Bukan nk kaya pun...kita sangat terkesan dengan kenaikan harga barang yg mcm tak masuk akal kdg2 tu. Aku ni nk pergi jalan2 dalam Malaysia pun kena fikir banyak kali.. Apatah lagi baik pi luar negara.

Lagi apa yang aku duk perasan jugak sekarang ni perpecahan orang Malaysia. Melayu dengan cara orang Melayu. Cina dengan India pulak dengan cara depa. Melayu ni cepat lupa..cepat tak sedar diri. Naik keta besar skit, dah rasa besar diri. Yang tu siap pi penampar Bangla basuh keta tuh. Klu dah sayang sangat keta besar ngko tu, ko basuh la sendiri. Sambil basuh dan lap keta ko boleh usap2 keta ko. Tu selingan je tuh... Aku nak cita pasal parti politik Melayu sebenarnya. Depa ni Melayu.... Tapi atas sebab berbeza haluan parti, depa boleh pulak duk saling menjatuhkan kaum Melayu lain utk capai cita2 depa ni. At the same time, kaum lain ambik kesempatan. Kaum cha ya nun alif pun ambik la kesempatan. Dah la ekonomi depa dah conquer, Jun pulak politik pun bg kat depa jgk.... Amboi sakan aku membebel. Mcm ariff benar aku pasal politik nah.

Itu je la karangan aku buat kali ni. Lain masa aku sambung klu ada masa. Tapi sebetulnya aku risau dgan Malaysia.


No comments:

Post a Comment