Hari ni aku nak cita pasal Aisyah.
Sejak balik pantang ni, aku duk geng dengan Aisyah je,. Memang time apak dia keje..memang dia duk melekat dengan aku je. Kat mana ada aku, kat situ la dia. Masa awal2 bersalin dulu, aku mmg duk baring je atas katil. Dia pun duk main dalam bilik tu je la... Tak keluar tengok tv. Makan pun makan nasi kosong ikan selar bakar je... Memang geng aku... Tapi bila apak dan abg Ariff balik, memang dia tak hirau langsung kat aku. Duk melekat dengan apak dia la pulak... Semua nak abah.. Aku lagi suka. Haha sebab aku boleh rilek.
Kegemaran Aisyah ialah mewarna/ melukis dan main mekap2 dan geledah handbeg dan suka sangat dengan Frozen. Kalau dia melalak tahap kritikal, hulur je pen atau buku, lipstik, bedak ke, automatik dia akan berhenti nangis. Senang je nak pujuk...tapi aku tak sanggup nak tengok bedak dan lipstik aku dirosakkan oleh Aisyah. Dah banyak batang kot lipstik aku rosak...
Lagi satu, Aisyah ni pantang je tengok aku pegang hp atau iPad. Lastly memang aku putih mata je tengok dia main hp aku. Bab ni sama je dia dengan Ariff. Dengan aku, dia main ambik je Kalau dia nak...tapi Kalau dengan Ariff, dia memang tak melawan. Hahaha...senang je aku. Kalau Aisyah 'rampas' hp aku time aku tengah syok berfb ke, nanti aku ngadu dengan Ariff. Ayat biasa ku "Ariff, tengok ni Aisyah ambik hp ibu.....". Nanti Ariff akan ambil dengan Aisyah n pulangkan kat aku. Dia memang adik yang baik....akur je dengan abang...
Pagi ni dia geledah handbeg aku....habis disepah2nya...
Setakat ni dulu aku cerita pasal Aisyah. Sejak dua menjak ni aku rasa dia ni makin manja mengada2 dengan abah dia. Kalau abah dia ada, dia punya menangis lain macam je. Geram sungguh aku. Tapi biarla... Asal jgn manja mengada2 dengan aku sudah... Penat aku nak layan. Hmmm...cmni kira mcm mengumpat anak sendiri ke??....
No comments:
Post a Comment