Tuesday, October 27, 2015

Cerita tentang rumah

Hari ni Ariff tanak pegi nursery. Ni kalau Ariff ada, Aisyah kat rumah dia akan jadi 'lasak' sket.. duk mengikut Ariff je..

Nak cerita pasal rumah aku yg kecik ni... bulan 11 ni cukup setahun la lebih kurang kami tinggal sini. Tapi masih banyak benda yang kami kena buat utk memperkemas dan mencantikkan rumah ni. Dahla kontraktor hari tu buat keja cincai2 je. Dia ingat buat reban ayam agaknya... rumah dia pandai pulak dia jaga kualiti.... benci aku dgn orang camtu...

Depan pagar rumah aku, si kontraktor tu pegi curah simen kat situ. Memang keje pemalas....dahla pintu pagar rumah letak roda besar tayar bas...tipu je tu. Xde dianye rail. Tiap kali buka pagar memang berat... satu lagi masalah besar tiap kali hujan, rumah aku akan jadi cam kolam..adooiii geram gila.. air akan bertakung xleh mengalir keluar dari kawasan rumah sebab simen yang mamat tu curah depan pagar tu la.. tahun lepas masa musim hujan kami terpaksa mengharung tiap kali nk keluar. Geli ok... dahla sekarang ni dah nak masuk musim hujan..faham2 la kannn. So, misi kami sekarang ni nak buang simen yang kat depan pagar tu dan timbun kawasan rumah dengan pasir kuari. Dah lama plan nak buat keje ni...tapi tertangguh sebab aku kan kena pindah kuantan. Laki aku klu keje2 camni dia tak bersungguh sgt unless aku duk push dia... laki aku tu kalau bab2 repair mesin tu boleh la bagi dia. Opppss.. Termengumpat kat laki sendiri plak... memang sepanjang keje kuantan, aku tak sempat nak buat keje2 camgini..kalau kira betul2 masa aku sempat berada kat rumah sehari je. Sehari tu la nak bersih rumah dan uruskan basuh2 dan lipat baju semua.... memang tak sempat....




So, sambung balik kepada plan nak buang simen tu... sebenarnya kami tak tahu nak tnya pada nak buat keje2 gini...ada gak aku tanya orang2 yang buat keje2 kontrak gini...tapi depa x berminat sebabnya luasnya sekangkang kera je kot... serba salah depa nak buat... lastnya aku tanya kawan aku yang tgh bina rumah sekarang ni...kotla dia tahu. Dia suggest aku tanya Noor yang buat catering kat ofis lama aku. Ok la...aku tanya dia...dia datang tengok semalam dan dia kata orang dia boleh buat.... akhirnya, boleh jugak aku nak buang simen tu... apa yang aku nak higlightkan kat sini...Noor tu just tua setahun dari aku je.. sebelum ni aku tengok dia naik toyota camry, naik camry beb..tu dah nmpk cam 'wooowww'...tapi semalam dia datang umah naik kereta bmw baru...aku tak tahu la berapa siri tapi bmw cam gambar kat bawah ni... aku dengan hasben memang terpegun la tengok. Respek kot kat dia sebab muda2 dah boleh pakai kereta mewah. Kereta baru okkk...bukan second hand.  Aku masa kat U dulu sempat la berjiran dengan Noor ni. First sampai third sem je. Aku tengok Noor tu macam suka main2 je. Suka borak2, suka melawa..ada bf. Aku ni kan budak nerd, bagi aku sesapa yg ada bf tu macam suka main2 la..memang pernah terdetik kat hati aku dulu, aku kata Noor ni lepas grad ntah2 xleh keje.. tengok dia ni main2 je... kau tengok camne Noor sekarang! Berjaya dari aku yang keje sekadar makan gaji je.. memang respek pandai berniaga. Dan moralnya pada aku: JANGAN PANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN.

Kereta Noor



No comments:

Post a Comment