Monday, December 31, 2018

Bye 2018. Welcome 2019

Last day in 2018.

Kerja masih seperti biasa. Dan semuanya masih as usual except our age la yang akan meningkat every year. Kulit dah dah berkedut sana sini. Uban dah makin banyak. Kubur dah memanggil2 dan rumah dah kat pergi... Gitu la kitaran hidup kita ni ye anak2. 

Hopefully tahun 2019 our life became more better interm of financial, relationship, etc..  Semoga Abg Ariff makin rajin dan bersemangat ke sekolah. Semoga Aisyah dan Alisha membesar jadi budak2 yang cerdik. Semoga Aliyah membesar dengan sihat. 

Esok Abg Ariff dan sekolah. Ibu nampaknya kena bangun awal. Bermula la semula rutin hidup Ibu yang hectic,..

See you kids in 2019

Sunday, December 30, 2018

MAPS

Untuk penutup tahun 2018, kita dah pergi bercuti kat MAPS. 

As usual la, kalau bab jalan2 macam ni mesti Abah yang terlebih over dan Ibu pulak selalu malas nak jalan2 sebab penat, nak basuh baju.. nak kemas rumah dan sebagainya. Biasala Ibu. 

Kita tido kat Impiana Hotel semalaman sebab bagi chance anak2 Ibu mandi kolam dulu. And the next day baru gerak ke MAPS. Ibu rasa kat sana best pegi kalau anak2 dah besar panjang. Kalau macam sekarang ni tak best sebab:


  • Ibu bawak baby Aliyah. Bila ibu nak menyusu Ibu tak jumpa nursing room. Nyesal pulak Ibu tak bawak nursing cover Ibu. Kesian Aliyah masuk pukul 10.30 pagi, dia dapat menyusu bila keluar dari MAPS.
  • Ada certain2 permainan tak sesuai untuk budak kecik macam Sarah. So, agak terhad la untuk Sarah
  • Panas terik dan tak sesuai untuk bawa baby kecik macam Aliyah
  • Makanan as usual la kat theme park mana2 pun akan mahal giler
  • Kalau nak pergi tu elok la pergi bukan waktu cuti sekolah. Sebab nk beratur untuk main panjang weeeii. 
InshaAllah kalau umur panjang, bila anak2 dah besar kita pegi sekali lagi ye anak2.

Enjoy the pictures. 
Breakfast kat hotel



Selepas check out. Ambil gambar dulu sebab tak pernah jumpa christmas tree yang besar gedabak camni

We all ceria lagi sebab baru sampai. 



Masa ni Sarah merajuk tanak pandang camera



Tak banyak pun gambarnya. Yang indoor sempat la ambil sikit. Yang outdoor mmg tak ambil gambar la sebab panasssss melekit. 

Setahun sudah berlalu....

Setahun sudah berlalu. Dua tiga hari lagi kita akan masuk ke tahun 2019. 

Apa kebaikan yang kita sudah buat dalam setahun ni? Apa sumbangan kita? Apa pencapaian kita setakat ini? 

Banyak yang perlu kita hisab. Tapi yang lepas, yang mana kurang kita jadikan iktibar.. yang penting kita usaha lagi di masa akan datang. 

Bercakap pasai Ibadah kita ye anak2. Ibadah kita yang kita duk buat tu tak akan pernah cukup untuk dijadikan bekalan di akhirat kita. Life span kita berapa lama je,.. mungkin kita start solat dan baca quran bermula kita akil baliq.. lepas tu sampai umur sekarang ni lets say umur Ibu sekarang ni dah 37 tahun,ibadah Ibu selama 25 la katakan takkan pernah cukup untuk bekalan ni alam kubur dan alam akhirat kita yang kita tak tahu berapa lama ye anak2 sebelum kita ditentukan masuk syurga akau ke neraka (nauzubillah).  Sebab tu orang lain duk berlumba2 mencari pahala. Macam2 orang buat, solat kat masjid, buat solat sunat, posa sunat, tahajjud, derma sebanyak mana yang depa boleh, berbuat baik dengan orang. Cari pahala in any ways they can. Cari keredhaan Allah seboleh mereka buat. 

Frankly speaking, talk about Ibu. Ibu sebelum ni tak pernah kisah about mencari pahala. Ibu tak pernah terpikir nak bangun malam untuk bertahajjud. Ibu tak pernah mencari malam lailatulqadar. Ibu tak pernah terfikir pasal itu. Ibu hanya buat yang wajib sahaja. Ibu solat fardhu. Ibu posa di bulan Ramadhan. Dan kalau Ibu posa pun Ibu posa ganti jek. Betapa lalainye Ibu ye anak2. 

Tapi tup2 tahun ni... tahun 2018, Ibu rasa Ibu tersedar dari tido yang lena dan hidup yang selesa. Bila Ibu mula jadikan radio IKIM sebagai radio wajib dalam kereta Ibu, banyak benda Ibu mula perasan. Ibu mula tersedar yang Ibu ni terlalu selesa hidupnya. Ibu tak pernah berusaha untuk mencari pahala sebanyak mana yang boleh. Dan pahala ibu dari perkara yang wajib dan sunat pun belum tentu Allah terima. Mungkin Ibu dapat 100 pahala, yang sampai ke akhirat kelak cuma 5 shj. Sebab apa? Pahala Ibu mungkin dah kena tolak sebab Ibu buat dosa. Ibu mengumpat ke.. Ibu bergaduh dengan Abah ke...Ibu dengki dengan kawan Ibu ke.. bila dah banyak dosa, pahala Ibu akan kurang la. Kita tanak la mcam tu kannn.

So, sempena tahun baru. Ibu nak menyeru anak2 Ibu yang bakal besar panjang ni. Bila U alls baca blog Ibu ni, for sure u all dah cerdik pandai. Ibu nak seru anak2 Ibu yang hensem dan comel2 tu. Jomla kita berbuat kebaikan. Kita cari pahala banyak2. Kita jadi orang yang Allah sayang. Macam mana nak Allah sayang kita? Kita kena jadi baik la. 

Zaman anak2 Ibu lagi mencabar. Dugaan lagi benat mungkin. Cari la kawan2 yang baik. menjaga solat juga agak susah pada mulanya ye anak2 sebab Ibu pun macam tu. Tapi bila kita dah mula menjaga solat, InshaAllah kita akan rasa susah nak tinggal solat nanti. 

Ibu doakan kita semua akan bersatu semula di syurga. I love u kids with all my heart. Jomm.. sama2 kita cari pahala. 

Wednesday, December 26, 2018

Ke UTC lagi

Salam Isnin...

Kita dah dihujung 2018 dan lagi seminggu nak masuk 2019. Semoga tahun baru akan bawa lebih banyak kebaikan, keuntungan, kesihatan yang baik pada kita semua, keluarga kita dan oarng2 disekeliling kita.  Semoga kita semakin bersemangat untuk bekerja, belajar, beribadah serta beribadah.

Semalam Ibu MC sebab sakit kepala. Sambil nak ke klinik tu Ibu singgah dulu UTC nak settlekan tabung haji Aliyah. Abg Ariff pun ponteng Qiraati dia sebab temankan Ibu.  Alhamdulillah.. semalam dah settle. Lepas tu Ibu sempat la pegi shopping baju anak2 untuk pakai harian. Then,  Ibu pegi  buat spek baru sebab ofis Abah bagi subsidi tahunan utk spek. So, sebelum tahun 2018 berakhir, maka Ibu pun buatla spek. Lepas beredar dari KB Mall Ibu ke klinik dan lepas tu menuju ke sekolah Ariff untuk beli buku2 sekolah. Ibu budget2 sampai sana 2.30ptg tapi bila sampai tengok koperasi berkunci. Bila check balik wasap kelas Ariff rupanya koperasi buka dari 9pagi hingga 2 petang. Ayyoooo, punya la Ibu duk berlengah sebab nak pegi sana pkl 2.30. Hampa la sebab tak settle jugak urusan sekolah Ariff. Lepas tu terus amik Aliyah dan terus balik. Sampai rumah, goreng dan makan kepok lekor je. Bertahan dengan la sampai malam.


 

Thursday, December 20, 2018

Mengumpat

Salam Khamis..

Ibu nak luahkan perasaan. Ibu sedang baiki diri IBu untuk jadi orang dan hamba Allah yang lebih baik. Ibu cuba buat kebaikan. Tapi satu je sampai sekarang menjadi cabaran buat Ibu dan agak susah bagi Ibu nak elakkan iaitu MENGUMPAT. Astagfirullahalazim... Kadang2 Ibu tak mula pun, bila orang datang bergosip kat tempat Ibu, indirectly Ibu akan terlibat. Dan kadang2 Ibu jugak yang mulakan. Dan lepas tu... Ibu menyesal sangat2 ye anak2. Ibu pun tak tahu macam mana nak minta maaf dengan orang yang digosipkan tu. 

Takde orang yang boleh ubah Ibu, unless Ibu sendiri yang bertindak untuk berubah. Astagfirullahalazim...

Jangan kecam Ibu ye. Ibu menyesal. InshaAllah Ibu akan elakkan selepas ini.

Ya Allah, berikan kekuatan untuk aku menjadi Hamba Mu yang lebih baik.

Monday, December 17, 2018

Allah mudahkan kita.

Assalamualaikum selamat pagi...Salam hari Selasa. Pagi ni dah bermula dengan hujan. Kejap lebat, kejap reda. Tadi pagi masa sampai ofis, hujan lebat sangat. Lepas tu pegi drop Aliyah kat nursery dia dan Ibu dan Abg Ariff keluar breakfast. Ariff nak makan kat KFC, so Ibu layankan je la. Dah nak dekat dgn KFC, tiba2 hujan reda, rintik je. Ariff tanya Ibu, kenapa hujan tiba2 berhenti. Ibu cakap kat Ariff, Allah tahu kita nak pergi makan. So, Allah mudahkan kan perjalanan kita. Allah kan tahu apa kita nak buat, Allah boleh nampak kita. Allah cakap ni Siti Rahimah dan Ariff Sufyan ni nak pergi makan. So, Allah tolong kita redakan hujan sekejap. Jap lagi lepas kita siap makan, hujan akan lebat balik. Ibu harap apa yang Ibu cakap akan tinggalkan kesan di hati Ariff. Ibu pun secara tak langsung rasa sebak pulak. Betapa Allah sayangkan kita. 

Siap2 makan, hujan dah mula lebat semula. Pegi hantar Ariff kat nursery dan Ibu terus pegi pejabat. 





Sunday, December 16, 2018

Hujan lebat

Sekarang Ibu kat rumah dgn Aliyah je. Aliyah plak tido dlm buaian. Abah dgn yang lain balik umah nenek. Sunyi pulak Ibu sebab sekarang hujan tengah turun dengan lebat. Langit gelap. Macam nak masuk malam.

Ibu ingat nak bersihkan rumah, tapi takut Aliyah jaga sebab nanti Ibu nak on kan vacuum. Sudahnya Ibu pun lepakla atas katil. Tapi dalam hati Ibu, Ibu susah hati sebab baca kat news katanya puak Uighur kat China sekarang sedang ditindas oleh pihak Kerajaan China. Masjid mereka dirobohkan, mereka dipaksa murtad, dizalimi dan Ibu sememangnya susah hati bila saudara2 kita dalam kesusahan. Kat Yemen pula nnti tahun 2019 dijangka mangsa perang saudara akan meningkat lagi 12j orang. Can u imagine? Our brothers and sisters are in trouble.. mean while we are here are very comfortable but yet dont know how to bersyukur. Whilst our brother and sister over there are struggling for their life and they dont have future. Kesian mereka. And my duas and prayers always with them. 


Thursday, December 13, 2018

Hafal sifir

Alhamdulillah. Tengah2 pening nak atur perbelanjaan diakhir2 tahun ni, tiba2 Allah bagi rezeki kat Ibu, yang mana rezeki untuk anak2 Ibu jugak. Syukur

Hari ni dah penghujung minggu. Ibu memang tak sempat nak update apa2 minggu ni sebab Ibu ada bengkel kat dewan dekat ofis Ibu ni dari pagi sampai ke petang. Lepas tu pulak ditambah Ibu terpaksa cuti sebab Aliyah demam selsema. Kesian budak kecik tu. Macam kerap sangat pulak dia tak sihat kalau nak dibandingkan dengan Abang dengan kakak2 at their age. Badan dia pun haluss jah. Lately sejak dia demam ni, makan pun macam tak lalu je. 

Ibu dah settle beli baju sekolah dan kasut sekolah Abang Ariff. Beg sekolah dah ada. Alat tulis pun almost complete. Cuma kaler dengan pencil box saje lagi yang takde. Yuran sekolah Alisha dan Aisyah belum settle lagi. Ibu tak sempat nak pegi draw duit. InshaAllah minggu depan ibu settlekan. Minggu depan jugak Ibu kena ke koperasi sekolah Abg Ariff untuk beli buku2 sekolah dan kelengkapan sekolah yang lain cam pakaian sukan dan necktie. 

Abg Ariff, Abg Ariff ingat ke.. cuti ni Ibu paksa Abg Ariff hafal sifir. Mula2 Ibu mula dengan sifir 2 dan 3 je dulu. Masalahnya Abg Ariff ni keras kepala sikit. Selamba je dia reply 'TAKNAK'. Terus Ibu naik angin. Ibu siap ugut nak kurung Ariff kat bilik gelap kalau tanak hafal. Thats the only way Ibu can do. Ibu tahu Ariff takkan heran pun nak baca sifir ke hape. Last2 dalam kepayahan tu, akhirnya Ariff dah ingat sifir walaupun bukan 100% lancar. Lepas dah ingat sifir, Ariff dah macam semangat nak hafal sifir 4 dan 5. Tapi nampak setakat ni takde duk hafal pun sifir 4 dan 5. Ibu dah janji kalau ingat sifir 2 hingga sifir 5, Ibu benarkan Abg Ariff download satu game dalam Ipad. Dan walaupun dah nak habis cuti, Ariff masih tak ingat sifir lagi. 




Monday, December 10, 2018

Aliyah demam lagi

Its almost 2am but Ibu still cannot sleep. 

Aliyah had a cold fever again for the second time. I just made garlic oil for her as a remedy since she cannot take any medication other  than pcm. Before that Ibu just gave 20ml pcm since she cannot sleep and coughing a lot. After took pcm, she looked a bit calm and less cough. Then when she fell asleep, ibu rubbed her chest and back with my garlic oil. Her cough is gone for this moment but her nose is full with mucus. 

Ibu doesnt prepare anything for any urgency if kids were not well. Ibu just believe in natural cure. 

Actually Ibu cant wait to go back to office aftet 4 days cuti. I have tonned of works and I need to settle it by January. Hopefully Aliyah will be fine tomorrow mornig  and Ibu can go to work. 

Aliyah....please get well very soon.  

Monday, December 3, 2018

Memories..

U know kids, it's already two years Ibu come back to Kelantan from Kuantan. 

Just now, Ibu was scrolling my old emails and I found out an email that Ibu sent to HQ. How emotional that email was..

Ibu miss Kuantan soo much. Ibu miss my friends so much. Ibu miss my housemate so much. Ibu miss baby Alisha so much. How time flies so much. Alisha is no longer a baby. She already has a baby sister.

Tomorrow Ibu has to start doing work seriously. Time to go home. 

Welcome December

Already in month of December... tak lama lagi datang la 2019.

Ibu dan abah makin tua. Anak2 makin membesar. Kiamat makin dekat..

Anak2, kiamat dah makin hampir sangat dah. Mungkin anak2 tak sempat nak merasai dunia dewasa. Mungkin anak2 tak sempat nk merasa alam perkahwinan. Mungkin anak2 ibu tak sempat nak baca apa yang Ibu tulis kat sini. Kita sebagai hamba Allah, kenala bersiap sedia, dari segi amalan kita, ibadah kita kepada Allah. Semoga kita tergolong di kalangan orang2 yang beriman. InshaAllah kita akan jumpa kat syurga nanti dan Ibu doa semoga kita akan bertemu dan jumpa sebagai sebuah keluarga semula kat sana. Ibu sayang sangat kamu ye Anak2. Ibu marah2 sebab Ibu sayang kan kamu semua. Ibu nak kamu menjadi orang yang berguna dan orang2 yang berjaya. 

Hari ni dah hari Isnin. Ibu nak cerita sikit pagi ni. Abang Ariff macam biasa la dia selalu buat hal pagi2. Nasib baik je sekarang cuti sekolah. Kalau hari sekolah memang kena bebel dengan ibu je pagi2 sebab suka lengah2. Lengah2 kat bilik air, masa nak pakai baju. Endup dia akan sentiasa lewat ke sekolah.  Tapi disebabkan sekrang cuti sekolah, Ibu takde la sestress masa hari sekolah. Tapi kalau dah suka lengah2, isu lain pulak yang timbul. Ibu lewat masuk keje la pulak. 

Mula cuti sekolah ni, kalau takde halangan.. Ibu akan bawak Abang Ariff pegi sarapan sebab kesiankan dia nanti lapar kat nursery. Nursery takde sediakan breakfast. So, ceritanya pagi tadi.. Ariff bising2 nak pegi breakfast.. jadinya Aisyah pun nak ngikut Ibu jugak. Ibu bukan taknak bawak Aisyah breakfast tapi haluan sekolah Ariff dan Aisyah berbeza. Aisyah patutnya pegi dengan Abah dan Alisha tapi dia berkeras nak pegi dengan Ibu. So, Ibu bawak je la. Then Ibu fikir why not bawak Aisyah sekali breakfast dulu dengan Ariff then barula Ibu pegi hantar sekolah. Mula2 kita drop dulu baby Aliyah kat nursery then kita pegi breakfast kat KFC sebab Abg Ariff nak makan mac& cheese. 

Sampai KFC, makanan pun tak siap lagi padahal dah pkl 8. Abg Ariff dan Aiysh order mac & cheese.. ibu makan burger. Kemain lama nunggu mac & cheese. Tapi endup Aisyah tanak makan mac & cheese dia. Abg Ariff yang habiskan Aisyah punya. Ok, kat KFC tu dah lama. Lepas tu pegi isi minyak. Then pegi hantar Aisyah kat nursery. Agak jauh jugak la. Dah tu lampu isyarat semua pulak merah je. Lepas tu singgah kedai runcit belikan Abg Ariff roti. Then baru la hantar Ariff semula kat nursery. Ibu masuk ofis dah 9.30 pagi. Sikit punya lama la keluar breakfast. 

Aisyah, Ibu bukan tanak bawak awak makan pagi. Laluan ke sekolah awak berbeza dengan laluan Ibu. Kalau Ibu pegi hantar awak dulu, Ibu akan lambat. Lepas tu pulak, lepas order makanan semua awak lak tanak makan. Anginnn la Ibu. Ibu dah cakap, esok2 pegi dengan Abah. Ibu dah warning Abang Ariff jangan duk bising2 depan adik2 yang kita nak pegi breakfast. 

Anak2, Ibu bukan nak pilih kasih ke hape. Kalau buleh Ibu nak semua anak2 ibu breakfast dulu. Tapi tu Ibu tak terdaya nak buat macam tu sebab Ibu keje. Lagipun Aisyah dan Alisha ada breakfast kat sekolah kannn?? 

OK, itu sehaja entry Ibu hari ni. Love u anak2........