Setahun sudah berlalu. Dua tiga hari lagi kita akan masuk ke tahun 2019.
Apa kebaikan yang kita sudah buat dalam setahun ni? Apa sumbangan kita? Apa pencapaian kita setakat ini?
Banyak yang perlu kita hisab. Tapi yang lepas, yang mana kurang kita jadikan iktibar.. yang penting kita usaha lagi di masa akan datang.
Bercakap pasai Ibadah kita ye anak2. Ibadah kita yang kita duk buat tu tak akan pernah cukup untuk dijadikan bekalan di akhirat kita. Life span kita berapa lama je,.. mungkin kita start solat dan baca quran bermula kita akil baliq.. lepas tu sampai umur sekarang ni lets say umur Ibu sekarang ni dah 37 tahun,ibadah Ibu selama 25 la katakan takkan pernah cukup untuk bekalan ni alam kubur dan alam akhirat kita yang kita tak tahu berapa lama ye anak2 sebelum kita ditentukan masuk syurga akau ke neraka (nauzubillah). Sebab tu orang lain duk berlumba2 mencari pahala. Macam2 orang buat, solat kat masjid, buat solat sunat, posa sunat, tahajjud, derma sebanyak mana yang depa boleh, berbuat baik dengan orang. Cari pahala in any ways they can. Cari keredhaan Allah seboleh mereka buat.
Frankly speaking, talk about Ibu. Ibu sebelum ni tak pernah kisah about mencari pahala. Ibu tak pernah terpikir nak bangun malam untuk bertahajjud. Ibu tak pernah mencari malam lailatulqadar. Ibu tak pernah terfikir pasal itu. Ibu hanya buat yang wajib sahaja. Ibu solat fardhu. Ibu posa di bulan Ramadhan. Dan kalau Ibu posa pun Ibu posa ganti jek. Betapa lalainye Ibu ye anak2.
Tapi tup2 tahun ni... tahun 2018, Ibu rasa Ibu tersedar dari tido yang lena dan hidup yang selesa. Bila Ibu mula jadikan radio IKIM sebagai radio wajib dalam kereta Ibu, banyak benda Ibu mula perasan. Ibu mula tersedar yang Ibu ni terlalu selesa hidupnya. Ibu tak pernah berusaha untuk mencari pahala sebanyak mana yang boleh. Dan pahala ibu dari perkara yang wajib dan sunat pun belum tentu Allah terima. Mungkin Ibu dapat 100 pahala, yang sampai ke akhirat kelak cuma 5 shj. Sebab apa? Pahala Ibu mungkin dah kena tolak sebab Ibu buat dosa. Ibu mengumpat ke.. Ibu bergaduh dengan Abah ke...Ibu dengki dengan kawan Ibu ke.. bila dah banyak dosa, pahala Ibu akan kurang la. Kita tanak la mcam tu kannn.
So, sempena tahun baru. Ibu nak menyeru anak2 Ibu yang bakal besar panjang ni. Bila U alls baca blog Ibu ni, for sure u all dah cerdik pandai. Ibu nak seru anak2 Ibu yang hensem dan comel2 tu. Jomla kita berbuat kebaikan. Kita cari pahala banyak2. Kita jadi orang yang Allah sayang. Macam mana nak Allah sayang kita? Kita kena jadi baik la.
Zaman anak2 Ibu lagi mencabar. Dugaan lagi benat mungkin. Cari la kawan2 yang baik. menjaga solat juga agak susah pada mulanya ye anak2 sebab Ibu pun macam tu. Tapi bila kita dah mula menjaga solat, InshaAllah kita akan rasa susah nak tinggal solat nanti.
Ibu doakan kita semua akan bersatu semula di syurga. I love u kids with all my heart. Jomm.. sama2 kita cari pahala.
No comments:
Post a Comment