Already in month of December... tak lama lagi datang la 2019.
Ibu dan abah makin tua. Anak2 makin membesar. Kiamat makin dekat..
Anak2, kiamat dah makin hampir sangat dah. Mungkin anak2 tak sempat nak merasai dunia dewasa. Mungkin anak2 tak sempat nk merasa alam perkahwinan. Mungkin anak2 ibu tak sempat nak baca apa yang Ibu tulis kat sini. Kita sebagai hamba Allah, kenala bersiap sedia, dari segi amalan kita, ibadah kita kepada Allah. Semoga kita tergolong di kalangan orang2 yang beriman. InshaAllah kita akan jumpa kat syurga nanti dan Ibu doa semoga kita akan bertemu dan jumpa sebagai sebuah keluarga semula kat sana. Ibu sayang sangat kamu ye Anak2. Ibu marah2 sebab Ibu sayang kan kamu semua. Ibu nak kamu menjadi orang yang berguna dan orang2 yang berjaya.
Hari ni dah hari Isnin. Ibu nak cerita sikit pagi ni. Abang Ariff macam biasa la dia selalu buat hal pagi2. Nasib baik je sekarang cuti sekolah. Kalau hari sekolah memang kena bebel dengan ibu je pagi2 sebab suka lengah2. Lengah2 kat bilik air, masa nak pakai baju. Endup dia akan sentiasa lewat ke sekolah. Tapi disebabkan sekrang cuti sekolah, Ibu takde la sestress masa hari sekolah. Tapi kalau dah suka lengah2, isu lain pulak yang timbul. Ibu lewat masuk keje la pulak.
Mula cuti sekolah ni, kalau takde halangan.. Ibu akan bawak Abang Ariff pegi sarapan sebab kesiankan dia nanti lapar kat nursery. Nursery takde sediakan breakfast. So, ceritanya pagi tadi.. Ariff bising2 nak pegi breakfast.. jadinya Aisyah pun nak ngikut Ibu jugak. Ibu bukan taknak bawak Aisyah breakfast tapi haluan sekolah Ariff dan Aisyah berbeza. Aisyah patutnya pegi dengan Abah dan Alisha tapi dia berkeras nak pegi dengan Ibu. So, Ibu bawak je la. Then Ibu fikir why not bawak Aisyah sekali breakfast dulu dengan Ariff then barula Ibu pegi hantar sekolah. Mula2 kita drop dulu baby Aliyah kat nursery then kita pegi breakfast kat KFC sebab Abg Ariff nak makan mac& cheese.
Sampai KFC, makanan pun tak siap lagi padahal dah pkl 8. Abg Ariff dan Aiysh order mac & cheese.. ibu makan burger. Kemain lama nunggu mac & cheese. Tapi endup Aisyah tanak makan mac & cheese dia. Abg Ariff yang habiskan Aisyah punya. Ok, kat KFC tu dah lama. Lepas tu pegi isi minyak. Then pegi hantar Aisyah kat nursery. Agak jauh jugak la. Dah tu lampu isyarat semua pulak merah je. Lepas tu singgah kedai runcit belikan Abg Ariff roti. Then baru la hantar Ariff semula kat nursery. Ibu masuk ofis dah 9.30 pagi. Sikit punya lama la keluar breakfast.
Aisyah, Ibu bukan tanak bawak awak makan pagi. Laluan ke sekolah awak berbeza dengan laluan Ibu. Kalau Ibu pegi hantar awak dulu, Ibu akan lambat. Lepas tu pulak, lepas order makanan semua awak lak tanak makan. Anginnn la Ibu. Ibu dah cakap, esok2 pegi dengan Abah. Ibu dah warning Abang Ariff jangan duk bising2 depan adik2 yang kita nak pegi breakfast.
Anak2, Ibu bukan nak pilih kasih ke hape. Kalau buleh Ibu nak semua anak2 ibu breakfast dulu. Tapi tu Ibu tak terdaya nak buat macam tu sebab Ibu keje. Lagipun Aisyah dan Alisha ada breakfast kat sekolah kannn??
No comments:
Post a Comment