Thursday, December 13, 2018

Hafal sifir

Alhamdulillah. Tengah2 pening nak atur perbelanjaan diakhir2 tahun ni, tiba2 Allah bagi rezeki kat Ibu, yang mana rezeki untuk anak2 Ibu jugak. Syukur

Hari ni dah penghujung minggu. Ibu memang tak sempat nak update apa2 minggu ni sebab Ibu ada bengkel kat dewan dekat ofis Ibu ni dari pagi sampai ke petang. Lepas tu pulak ditambah Ibu terpaksa cuti sebab Aliyah demam selsema. Kesian budak kecik tu. Macam kerap sangat pulak dia tak sihat kalau nak dibandingkan dengan Abang dengan kakak2 at their age. Badan dia pun haluss jah. Lately sejak dia demam ni, makan pun macam tak lalu je. 

Ibu dah settle beli baju sekolah dan kasut sekolah Abang Ariff. Beg sekolah dah ada. Alat tulis pun almost complete. Cuma kaler dengan pencil box saje lagi yang takde. Yuran sekolah Alisha dan Aisyah belum settle lagi. Ibu tak sempat nak pegi draw duit. InshaAllah minggu depan ibu settlekan. Minggu depan jugak Ibu kena ke koperasi sekolah Abg Ariff untuk beli buku2 sekolah dan kelengkapan sekolah yang lain cam pakaian sukan dan necktie. 

Abg Ariff, Abg Ariff ingat ke.. cuti ni Ibu paksa Abg Ariff hafal sifir. Mula2 Ibu mula dengan sifir 2 dan 3 je dulu. Masalahnya Abg Ariff ni keras kepala sikit. Selamba je dia reply 'TAKNAK'. Terus Ibu naik angin. Ibu siap ugut nak kurung Ariff kat bilik gelap kalau tanak hafal. Thats the only way Ibu can do. Ibu tahu Ariff takkan heran pun nak baca sifir ke hape. Last2 dalam kepayahan tu, akhirnya Ariff dah ingat sifir walaupun bukan 100% lancar. Lepas dah ingat sifir, Ariff dah macam semangat nak hafal sifir 4 dan 5. Tapi nampak setakat ni takde duk hafal pun sifir 4 dan 5. Ibu dah janji kalau ingat sifir 2 hingga sifir 5, Ibu benarkan Abg Ariff download satu game dalam Ipad. Dan walaupun dah nak habis cuti, Ariff masih tak ingat sifir lagi. 




No comments:

Post a Comment