Wednesday, December 26, 2018

Ke UTC lagi

Salam Isnin...

Kita dah dihujung 2018 dan lagi seminggu nak masuk 2019. Semoga tahun baru akan bawa lebih banyak kebaikan, keuntungan, kesihatan yang baik pada kita semua, keluarga kita dan oarng2 disekeliling kita.  Semoga kita semakin bersemangat untuk bekerja, belajar, beribadah serta beribadah.

Semalam Ibu MC sebab sakit kepala. Sambil nak ke klinik tu Ibu singgah dulu UTC nak settlekan tabung haji Aliyah. Abg Ariff pun ponteng Qiraati dia sebab temankan Ibu.  Alhamdulillah.. semalam dah settle. Lepas tu Ibu sempat la pegi shopping baju anak2 untuk pakai harian. Then,  Ibu pegi  buat spek baru sebab ofis Abah bagi subsidi tahunan utk spek. So, sebelum tahun 2018 berakhir, maka Ibu pun buatla spek. Lepas beredar dari KB Mall Ibu ke klinik dan lepas tu menuju ke sekolah Ariff untuk beli buku2 sekolah. Ibu budget2 sampai sana 2.30ptg tapi bila sampai tengok koperasi berkunci. Bila check balik wasap kelas Ariff rupanya koperasi buka dari 9pagi hingga 2 petang. Ayyoooo, punya la Ibu duk berlengah sebab nak pegi sana pkl 2.30. Hampa la sebab tak settle jugak urusan sekolah Ariff. Lepas tu terus amik Aliyah dan terus balik. Sampai rumah, goreng dan makan kepok lekor je. Bertahan dengan la sampai malam.


 

No comments:

Post a Comment