Monday, December 28, 2020

Missing him

Ibu is missing my ex boss. He was good, full of knowledge and a thinker. We and other friends used to travel to Kuantan - KB and we were quite close. I am missing him so much sebab Ibu suka bersembang dan berbincang dengan dia. He was knowledgeable dan banyak ilmu Ibu dapat from him. His knowledge was beyond mine because many things actually Ibu tak tahu. When we were travelling dia selalu shared tentang ilmu dia... ilmu hadis, ilmu dunia dan ilmu akhirat jugak and many more. We talked about world and current issues as well. And Ibu bukan setakat dapat ilmu and at the same times dia selalu bagi nasihat sebagai orang yang tua dan berpengalaman. 

Lepas dia pencen, memang Ibu rasa kehilangan dia sebab dia selalu lepak dan bersembang kat bilik Ibu. Sunyi bila dia takde.

And right now, Ibu sangat2 perlukan kawan yang sealiran dengan Ibu. So that Ibu boleh bertukar pendapat dan gained more knowledge. Here now, tiada siapa2 yang Ibu boleh sembang dan berbincang tentang ilmu akhirat dan ilmu2 agama because Ibu sangat perlukan ilmu2 tu sekarang.. I really need to talk dan discuss with somebody... Ibu is so lonely right now.. So, bila ibu jumpa something new... Ibu just kept it alone and keep digging and digging for more.. I have more input but I produce no output.  May be u dont understand..... 

I just wondering camne my ex boss sekarang. Is him OK... is his project success as he planned? he changed his phone no. 

I pray that he is always healthy and happy with his life now.... 

Monday, December 21, 2020

Finally..

Today Ibu and a few peoples ada discussion at our director office. Actually, Ibu just replaced people that absent today and because tht people in under my supervision, so Ibu the qualified person to replace. 

After the discussion, Ibu braved myself to approach my bos and sampaikan pesan Tok Mek. My bos and TokMek actually kawan masa muda2. Sebenarnya dah lama Tok Mek suruh bagitahu bos Ibu that TokMek and TokAyah knew him so much. Tapi Ibu takde kesempatan nak jumpa bos Ibu in person. So after Ibu approached and told him about Tok Mek, Ibu rasa lega. Ibu bukan nak suruh Pengarah kenal Ibu pun, tapi cukup untuk sampaikan apa yang TokMek pesan.. itu aje... 

Alhamdullillah... Ibu rasa lega.

Takde tajuk

Selamat pagi. 

Actually Ibu wrote this yesterday. 

This morning, Ibu drove from Tokmek's house so early in the morning, 6.15am and manganed to arrived at the office at 7.40am. Ibu sangat penakut and Ibu is so sorry that Ariff inherites that trait from me. Ok, Ibu actually planning to get out as early as 6 am tapi Ibu takut nak lalu kat kawasan ladang kelapa sawait in the dark, so Ibu wait until 6.15am dengan harapan Ibu akan jumpa kereta2 lain yang dalam perjalanan ke tempat kerja yang jauh. Unfortunately takde kereta langsung pagi tadi. Ibu bawak kereta samabil berdoa semoga cepat sampai ke simpang jalan besar. 

Hujan so heavy couples of day ago. Ibu so worried and already can expect that our house will have banjir as usual, so Ibu pun ajakla anak2 Ibu utk lepak lama2 sikit kat rumah TokMek sementara air banjir kat rumah kita dah surut. Alhamdulillah, hujan dah tak selebat 2 3 hari lepas but still masih hujan. Whatever it is, Ibu sentiasa bersyukur dan berdoa agar Allah turunkan hujan yang bermanfaat ke bumi ni.. 

So, today after work, Ibu will go back to Tokmek's house again and InshaAllah tonight Abah will come and pick us up.

So lesson for today is , never judge peoples. Orang yang selalu judge peoples biasanya orang yang selalu rasa diri dia bagus dan one of them is Ibu. Starting from now on I'm should always remind myself. I are nobody in front of Allah, Ibu hanyalah debu2 kotor yang berterbangan di depan Allah, no matter who am I today if but still it guarantee anything in akhirat unless Ibu forget all about duniya dan try to impress Allah for my akhirat. 

then, sambung lagi... my friend to the next door, pasang lagu2 cinta cintan yang dulu2. Ibu hate that songs sebab lagu2 macam tu memang melalaikan. Dulu masa Ibu kecik2 masa sekolah rendah, memang Ibu layan lagu2 camtu.. then Ibu stop sebab Ibu tukar minat kat lagu omputih. And now, semua lagu Ibu dah tak minat sebab atas kesedaran dan hidayah Allah kurniakan kat Ibu. Lagipun lirik2 lagu ni kadang2 sangat memesongkan dan melampau pujian dan sanjungan sesama manusia. Kalau lagu2 omputeh, kalau tak tengok betul2 lirik, memang mengarut. Ibu masih dengar lagu sekarang, tapi sangat jarang2. Ibu cuba elakkan dari nak nyanyi2 sebab banyak penting lagi Ibu kena ingat dan hafal selain dari lagu2 yang melalaikan.... 

So, itu sahaja Ibu nak cakap.. Orang nak nyanyi biar la. Ibu tak condemn mereka. 

Thursday, November 26, 2020

Ariff dah bersunat

 Alhamdulillah, Ariff dan berjaya bersunat setelah berapa kali percubaan. Tahun ni, memang Ibu tak ambil port langsung.. 100% serahkan pada bapak dia untuk uruskan. Serahkan pada yang mahir, Ibu hanya sediakan makanan berpantang Abg Ariff sahaja. 

Sehari lepas bersunat, ada jugak dia menangis kesakitan... lepas tu dia dah ok je. Sepanjang seminggu selepas bersunat, memang dia pakai baju aje kat rumah... kain pelekat ntah kat mana2. Alasan, sakit bila kain kena bebird dia, jadi kami biorkan aje dia tak berkain untuk hari2 awal selepas bersunat. Tapi lepas 2 3 hari, dia masih suka tak pakai kain, hanya pakai baju aje kat rumah. Masalahnya kami semua ni sakit mata tengok Ariff,. Aisyah dgn Sarah ngadu  dorang takut tengok bebeird Abg Ariff. Ibu pun selalu bising suruh dia pakai kain pelekat. Bagi dia pilihan, taknak pakai kain pelekat, sila pakai seluar. Sejak Ibu bising2 ni nampak la jugok dia pakai kain... tapi geram la tngok, boleh la duk jalan merata satu rumah berbogel camtu... tak de perasaan malu langsung... 

So, lepas seminggu ni, pantang Ariff dah makin longgar. Dah benarkan dia makan goreng2..kadang makan merapu pun Ibu dah benarkan tapi makan untuk rasa sahaja. 

Lega dah settle satu urusan penting. 

Ariff pun sejak sunat ni memang dapat layanan VVVIP. Nak minum air, suruh aje adik2 amik. Tak kene bebel. Dapat main hp lama2 (utk 2 3 hari lepas sunat je), makan bersuap, mandi pun bapak dia mandikan.... memang puas hati dia....tapi selepas seminggu Ibu dah mula membebel kat dia especially bila dia selalu berbogel kat rumah. Sakit mata tengok...

Dah sunat tu, harap2 Ariff makin bijak dan matang la... boleh jadi contoh teladan untuk adik2.... 

Lepas sunat, bagi balik kad boboboi yang Ibu janji nak bagi tahun lepas tapi tak jadi bagi sebab dia tak jadi nak sunat... selepas setahun, baru dapat kad......




Tuesday, November 24, 2020

It's hurting me ......

It's really hurt and hard when:

I have something burdening me but no I have no one to share with. 

I am the only one that always does wrong and does the fault

All the blames always put on me

I am responsible for every imperfection 

I have to smile & pretend nothing happen but I am crying inside

To be strong but actually, I am not

I do something that gives me nothing in return



 


Monday, November 23, 2020

Ntah, tak tahu nak masuk tajuk apa...

 Assalamualaikum


Tiba2 petang ni, Ibu rasa nak menulis. U know what, lately since covid19 third wave hit Malaysia and most all of the states have to go through PKPB againnn and Thanks to Allah, Alhamdulillah that Kelantan is not included it the PKPB list. Ibu is so worried if Kelantan someday will also kena PKPB. Ibu risau sebab this situation will effect our economy and at the same time, this will situation make other people suffered so much.  Ibu risau sebab banyak benda. So many things weighing on my mind right now and Ibu can't really describe it out.

1. Firstly..jiran sebelah kiri rumah TokMek iaitu Mokcik Doh meninggal dunia dua tiga hari lepas. Sangat2 meninggalkan kesan pada Ibu dan keluarga dan jiran sebelah kanan rumah Tok Mek pulak sedang terlantar sakit. Bila orang2 tua sekeliling rumah dah beransur2 meninggal dunia, Ibu rasa sangat takut. Ibu takut nak tunggu giliran TokMek dan TokAyah. Ibu tahu mati tu pasti... cuma sepanjang hayat Ibu, Ibu dah hidup terlalu selesa,. terlalu alpa dan leka dengan dunia. Bila kematian berlaku terlalu kerap disekeliling Ibu, Ibu seolah tersentak dan terkejut. Ibu terus jadi takut. Ibu selalu bayangkan moment2 bersama mereka yang dah tiada. Ibu takut....... dan Ibu selalu ingatkan diri Ibu sendiri agar bersedia. Bersedia untuk kematian orang lain dan kematian diri kita sendiri. dan dalam masa yang sama Ibu terkilan sebab Ibu masih berfoya2 dan masih tak baiki diri. Selalu berangan nak bangun solat tahajud, tapi hakikatnya Ibu masih dengar hasutan syaitonn. Ibu nak berubah.. dan Ibu akan terus mencuba semoga Allah akan lihat Ibu. 

2. Ibu nak berenti buat dosa. Sekarang dosa yang sangat dekat dengan Ibu adalah mengumpat. Untuk elakkan mengumpat, Ibu kena jauhi orang2 yang suka mengumpat. 

3. Ex bos Ibu datang bagi taklimat kat ofis Ibu. Bos Ibu tu subordinate memang suka sebab respek dia suka bekerja,..banyak ilmu.. rajin.... orang bijak pandai. Dan memang Ibu akui. Dia memang orang bijak pandai, kata2 dia memang bernas dan ada point. Ibu tak lah gemar mana ex boss sebab dia selalu buat Ibu stress dan kata2 dia penah menggores hati tisu Ibu ni. Ibu taknak cerita la apa dia penah cakap kat Ibu tapi dia penah buat Ibu rasa sangat2 down sampai penah berhasrat nak minta keluar bahagian. Tup2 Ibu memang dapat keluar dari bahagian Ibu tu.. Alhamdulillah.... tapi bila dia datang sini balik, Ibu cuba jadi positif dan cuba lupakan perasaan Ibu yang penah tergores. Dan Alhamdulillah taklimat dua hari tu berjalan lancar.  


Monday, November 2, 2020

Pergi mengaji

Ibu dah jumpa satu tempat untuk hantar Ariff dan Aisyah mengaji. Dekat je dengan transit Ariff Aisyah. Jadi lepas ambil Ariff Aisyah dari transit, Ariff Aisyah akan terus pegi mengaji kat umah nenek ni. Nenek ni bahasakan diri dia TokMa. 

So, dah 2 minggu dah Ariff Aisyah pergi mengaji.. Harap2 usaha kita nak mendalami dan mengenal Al Quran akan berterusan dan diberkati Allah. Semoga anak2 istiqomah. Jadi, sebelah malam Ibu masih ajar mengaji pada siapa yang nak mengaji. Macam Aisyah rajin mengaji.. dia bersemangat sebab kononya nak compete dengan Abg Ariff, siapa yang habis baca Iqra' dulu. Bagus la camtu...




Supplement Ibu ambik..so that Ibu bertenaga nak uruskan uolls hingga ke tengah malam. 



Tuesday, October 27, 2020

Berpisah bilik

 Jumaat lepas, Ibu dah Abah berjaya pindahkan katil dari bilik Ibu ke bilik Abang Ariff dan pindahkan almari baju dari bilik Abg Ariff ke bilik Ibu. Ibu is planning to prepare bedroom for Abg Ariff so that he can start practising to sleep in his own room. Ibu pulak yang jadi pening, sebab barang banyak sangat tak tahu mana dah nak sorok. 

Hari Sabtu pun masih tak sempat kemas bilik Abg Ariff sebab banyak sangat kain baju dan Ibu baru siap asing-asingkan mana yang nak kena bagi orang, mana yang nak buang dan mana yang nak buat kain buruk. So, task untuk siapkan bilik Abg Ariff terpaksa la carry forward to the next week...

Bila kenangkan anak2 dah kena asing bilik, frankly Ibu cakap.... Ibu sedih. Ibu suka je tengok uolls tido bergelimpangan atas katil kita yang besar tu. Macam2 gaya ada. Tapi sampai bila... Abang Ariff dah nak masuk darjah 4 dh, tak lama makin membesar..terpaksa la ajar tido bilik sendiri walaupun Ibu lebih suka uolls tido semua dengan Ibu. 

Ibu nak tunjuk katil lama kita.... 

Takde gambar bilik baru oulss.

Aisyah dan Sarah memang dah mula tido kat bilik sendiri, tapi Sarah masih lagi akan datang tido kat bilik Ibu kalo dia tersedar tgh2 malam. Kebiasaan, Aisyah dan Sarah selalu terjaga malam, dan akan cari Abah. Kalau Abah tidur kat bilik Ibu, budak perempuan dua orang ni biasa akan datang tido jugak kat bilik Ibu. Abang Ariff biasa tido mati, dia tido malam ni, esok pagi pulak dia akan bangun. Jadi dia takkan tahu dia sorang yang tido kat sit
u.

Ibu tengah risau sebab berat badan Ibu dah naik mendadak. Sebelum ni hanya around 58kg - 60kg, but now berat Ibu dah cecah 68kg. Rasa tak selesa, seluar dah ketat ... Ibu akan cuba diet utk kurangkan berat badan...tapi rasa macam sangat susah/sukar/challenging sangat unless Ibu berpuasa lillahitaala. 

That's all for now kids. I'll come back with a more interesting story soon. 

Sunday, October 18, 2020

Update untuk minggu ini

 Morning kids

Lamanya Ibu tak masuk blog ni. Ntah benda yang sibuk sangat pun Ibu tak tau la...

First of October hari tu, Ariff dan Aisyah dah tukar transit baru. 

Ibu harap awak berdua seronok berada kat tempat baru, ada kawan walaupun tak ramai,.. and harap2 tu transit terakhir uolls sehingga end of the primary school. Tak kuasa dah Ibu nak cari sekolah baru tiap kali uolls ngadu uolls tak happy and takde kawan. U have to accept and adapt, not run away from the problem that hit u. Cumanya yang tak best transit baru ni susah sikit nk masuk dengan kereta. Klu dengan kereta viva senang je. Klu dengan kereta besar sikit susah nak masuk reverse semua. Ibu ada pengalaman ngeri Ibu gasak kereta kat pagar transit tu. Lepas kejadian tu, Ibu akan tinggalkan kereta kat jalan luar dan jalan kaki masuk kat transit. Cuma Ibu risau kalau musim hujan payah la sikit dengan jalan berlopak. Rasanya kalau dah musim hujan nnti kita kena pegi dengan cik viva je la. 

Actually takde apa yang menarik pun berlaku seminggu dua ni. 

Actually today is Aliyah's appointment in HRPZ with speech therapist and Aliyah pergi dengan Abah. Minta gambar Aliyah this morning. And this what Abah sent just now. Mudah je kan keje abah hangpa... bagi je anak main HP...


Last friday was TokMek's 61st birthday. Kita semua balik, beli pizza dan Paklang belikan kek for the celebration. Then petang tu lepas Asar Ibu keluar dengan TokMek carikan Tokayah seluar trek untuk pakai datang appointment hospital nanti. Lepas tu carikkan Vitamin tuk TokAyah supaya TokAyah sihat dan bertenaga sikit.. carikan makanan berkhasiat, buah2 dan sayur utk stok makanan tokAyah. Ibu keluar dengan TokMek je,. Kalau bawak anak2, pendek la langkah Ibu nak cari barang2 ni... dan malam tu lepas Maghrib baru potong kek TokMek..... 

Last week jugak Ibu join Zumba.... penat.... tapi kena join lagi atleast ada juga exercise Ibu buat. 

Ibu dah mula consistently take supplement daily. Ibu klu kat rumah memang selalu skip...nak makan2 supplement ni,  tapi bila Ibu letak kat ofis depan mata depan PC, baru la Ibu jadi seorang yang berdisiplin sikit.. kat rumah Ibu makan juga madu klu Ibu ingat.. suap jugak kat uolls kalu kita siap awal... tapi bila uolss selalu lewat, Ibu jadi kelam kabut, dan automatically Ibu akan lupa itu dan ini.  Dan selepas 5 hari Ibu amik supplemen ni Ibu rasa bersemangat la sikit bila balik kejer. Biasa kalau balik keje, Ibu rasa penat sangat, nak bergolek atas katil je main Hp. Sekarang ni rasa takdela lemau dan malas sangat. Minggu lepas, Ibu siap goreng keautiaw dan prepare makan malam setelah sekian lama kita asyik beli makan bungkus je.....Alhamdulilllah..... harap2 Ibu sentiasa bersemangat sampai Ibu tua. Semangat Ibu sangat penting dalam tentukan hala tuju hidup anak2 Ibu. Aagitewww....

Bercakap pasal bangun pagi. Ibu kenkadang rasa cam boringnyee laa nak kejut Ariff Aisyah setiap pagi bangun nak siap pegi sekolah. Korang memang automatik akan jadi macam sloth... tau tak ape tu sloth?? King kang kong dalam Boboboi movies tu... yg slow tu..... dengan mandi nye slow... Ariff lebih2 lagi. Actually Ibu dah siapkan jadual tu, tapi masih tak follow lagi.. Ibu kena kuat semangat. Hari ni Ibu akan bertegas dengan uolls... kena ikut jadual Ibu. Aisyah bagus la... dia kemas buku sebelum tido. Tapi Ariff memang tak... Dia semua nk buat pagi, dah la bersiap lambat... dahtu Ibu pulak kelam kabut macam orang gila. Cuma minggu lepas, Ariff Aisyah banyak pegi sekolah dengan Abah. 

Itu je la kot Ibu nak cerita. Nanti sambung lain kali. Babai


Thursday, September 24, 2020

Updates for today

 1. Kasut yang Ibu beli dah sampai setelah 2 minggu menunggu. 

2. Katil gegirls dah siap pasang. Takde gambar

3. Ibu dah buat jadual untuk anak2. Hopefully uolls can follow ur timetable that Ibu prepare



4. Lupa nk cerita pasal birthday Sarah on last Saturday. Nothing special. Just beli kek, beli pizza dan ambil gambar sahaja. No present this year. Gambar dlm Hp abah

5. Tok Ayah still in ward after he underwent the major surgery on Monday 21.9.2020. Still cannot eat. He has to wait untill he fart then he can start eating. Hopefully TokAyah will has a speedy recovery and back to normal. 

6. Hari ini payday Ibu. 

7. Thats all kid. 

Sunday, September 20, 2020

TokAyah masuk wad

 Assalamualaikum and Happy Sunday....


Semalam Tok Ayah dah masuk wad. Esok pagi InshaAllah Tok Ayah akan menjalani pembedahan buang salah satu buang pinggang

Semoga urusan pembedahan dipermudahkan Allah dan berjalan dengan lancar. 

Amin.... 

Tuesday, September 15, 2020

Sambutan merdeka kat sekolah.

 Assalamualaikum


Pagi ni Ariff Aisyah ada sambutan Merdeka kat sekolah. Tema pakaian berkaitan merdeka. So untuk tidak peningkan kepada Ibu belikan baju tshirt dan tudung bertemakan bendera Malaysia. 

So, pagi2 Ibu dah iron tudung dan baju Aisyah penuh semangat. Pagi2 dah kejutkan anak bangun konon nak suruh anak2 semangat nak bergaya dengan baju merdeka dorang. Ariff no problem. Sampai turn Aisyah dia dah mula buat hal. Tak nak tu, taknak ni. Mula2 Ibu pujuk elok2 lagi, dan dalam masa yang sama Ibu rushing jugak nak keluar awal, Ibu mula rasa panas hati. Lepas tu memang kena bebel dengan Ibu. Mula la keluar perkataan yang tak patut keluar. Bila Ibu dah cool, Ibu istighfar semoga Allah ampunkan ketelanjuran kata2 Ibu. Memang Ibu menyesal,. Ibu memang ada masalah anger management kebelakangan ni. Selalu nak marah2.. 

So, sebabkan pagi ni Ibu dah haru biru, Ibu takde mood dah nak bergambar ke hapa. So next time Ibu berdoa agar Ibu akan ada lebih banyak kesabaran dan kekuatan dalam handle anak2 Ibu. Korang kecik lagi.. Ni semua salah Ibu.... 

Thats all 




Sunday, September 13, 2020

Perkhabaran sedih pagi ni




 Assalamualaikum anak2..


Ibu dapat perkhabaran sedih pagi ni. Owner taska lama Aliyah, Cikda meninggal dunia. Ibu tak pasti bila, mungkin semalam atau pagi ni. Aliyah, Abg Ariff dengan Aisyah sempat duk bawah jagaan Cikda... Arwah Cikda sangat baik.. memang berita membuat Ibu tersentak dan tergamam. Kesian anak2 dia kecik2 lagi. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang3 beriman dan dijauhkan dari siksa kubur dan siksa api neraka. Amin..

Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang..... dariNya kita datang dan kepadaNya kita akan Pulang. 

Wednesday, September 9, 2020

Esok Ibu cuti. Saje nk bagitahu...

 Assalamualaikum... hari ni Ibu rasa rileks sikit setelah 2 3 hari ni agak sibuk. Semalam Ibu balik dah 6.30 petang sebab nk kerja Ibu yang kena hantar pagi ni. 

So, setelah santai2 ni, Ibu amik masa nk settlekan urusan2 peribadi 

1. apply cuti utk esok - Appointment Tok ayah kat HRPZ

2. beli online baju dan tudung merdeka utk Abg Ariff dan Kak Aisyah untuk majlis sambutan Kemerdekaan kat sekolah minggu depan

3. uruskan tempahan makanan utk program taska Aliyah besok pagi

4. uruskan urusan online banking

Lepas settle tu semua baru boleh mula buat keje. Tapi sebelum buat keje Ibu nak cerita dulu sikit. Dua malam yang lepas, malam Isnin tu Ibu ada dinner. Actually Ibu ingat dinner tu malam ni. So, Ibu dengan semangatnya beli la hanbeg baru untuk dinner tersebut. Ibu beli hari Sabtu setelah deal dgn seller supaya ship out henbeg Ibu tu secepat yang mungkin,.. tapi bila masuk ofis hari Ahad hari tu baru tahi dinner actually malam Isnin. So Ibu bought the handbeg for nothing la. Xpe, Ibu boleh guna untuk next majlis kalau ada lagi... Tu nasib baik Ibu tak beli kasut..

Tu je Ibu nak cerita. Esok Ibu cuti sebab nk temankan tokmek dan Tok ayah ke spital HRPZ dan Ibu nk ajak Tokmek shoping tudung... 

Thursday, September 3, 2020

Katil gegirls dah sampai

 Assalamualaikum. 

Ibu baru sampai ofis...Ibu balik rumah kejap sebab ada courier nak hantar katil baru kat rumah. So, Ibu pun balik la kejap. Sebulan lebih Ibu duk tunggu katil korang ni sampai. Tetiap hari Ibu buka shoppe nak tengok status katil Ibu kat mana..... akhirnya sampai jugak. Tapi minggu ni kita macam sibuk sikit sebab Abah outstation hari Selasa lepas, jadik Ibu pun apa lagi... balik tido umah tokmek la. Hangkut semua anak2, dan semalam hari Rabu Ibu bagi cuti kat korang semua.. Hari ni hari Khamis seawal pukul 6.15 pagi kita dah bertolak dari rumah Tok Mek ke Kota Bharu. Namun, Ariff dan Aisyah tetap sampai lewat sebab kita pegi amik Abah dulu kat rumah, lepas tu pegi cari pulak bendera kat 7E. Nak dekat pukul 8 jugak la Ariff Aisyah sampai sekolah....

Malam ni, Abah nak outstation lagi, jadi lama la sikit kita duk rumah tok mek. Mungkin pagi Sabtu kot kita balik rumah kita dan pagi sabtu tu jugak kita akan susun atur kedudukan katil anak2 semua. Means that, uolls dah kena tido dalam bilik masing2 including Aliyah jugak....

Ibu tak sempat nk tempek gambar kita ke Penang.. bye


Wednesday, August 26, 2020

Ibu sudah capek

Esok plan nak pegi Penang dengan cik Viva Ibu... so, Ibu minta la kebenaran bos nak keluar tinted kejap... pegi 2 bijik kedai, tapi dua2 kedai masih tak buka. Menyampahnye la Ibu... orang buka kedai pagi2 supaya rezeki mudah masuk, ni tidak... tengahari panas ceng ceng baru nak buka kedai, rezeki dah pegi mana2 dah... Yang kedai orang cina tu biar pi la, yang kedai melayu ni... Ibu rasa masa Ibu call tadi tnya kedai buka pukul berapa, Ibu rasa budak tu masih tido lagi.. dengan suara macam bangun tido.. Dah call 2 kali baru berangkat. Ni, dah tak tahu nak pegi kedai mana dah... last2 balik ofis sia2 jah....

Nak cerita kat anak2, Ibu sebenarnya lepas PKP ni Ibu memang allergic dengan memasak. Memang taknak langsung memasak klu boleh... So, lepas masuk keje ni, Ibu jarang sangat memasak malam... sebab kepenatan sangat. Tapi setiap pagi Ibu akan bangun awal untuk sediakan bekal untuk anak2 without fail. Paling2 ringkas pun Ibu sediakan roti dgn coklat spread,.kadang2 kalu ada lauk kat rumah, Ibu goreng nasi atau mee atau bihun, goreng nudget, roti canai.. sampai takde idea dah nk buat apa. Penah gak terlintas di fikiran nak buat nasi lemak, tapi kat rumah takde stok cili kering. Dah lama nak beli, abah pegi beli cili kering yang halus2 yang pedas...memang Ibu kena pegi beli cili kering yang lain.  

Anak2, Ibu tak masak sebab Ibu penat. Every day sampai rumah, Ibu akan baring golek2 atas katil sampai pukul 7 and then baru la Ibu boleh bangun. So, lepas bangun, settlekan urusan kat rumah.. Then ready utk solat maghrib dan ajar anak2 ngaji. Lepas tu push pulak korang buat keje sekolah dan push korang kemas beg sekolah untuk the next day. Lepas tu pukul 10 tu dah memang mata Ibu dah tak leh buka... kadang2 masa ngajar ngaji pun dah pengsan dah... Actually bila suruh korang buat keje sekolah, Ibu tak pantau pun sebab Ibu dan pengsan...korang pandai2 korang je... So, sini Ibu nak bagitahu, Ibu sekarang sentiasa penat dan ngantuk setiap hari padahal dulu Ibu tak macam ni. Dulu2 siap masak malam., pantau korang buat keje sekolah, lepas tu kadang2 sempat lagi lipat2 baju dan kemas2 beg... kemas dapur, baru masuk tido. Sekarang ni mana ada camtu dah..... mungkin sebab pemakanan Ibu tak cukup khasiat dan nutrien tu yang Ibu jadi lemau semacam. Dan sebab Ibu kesiankan anak2 asyik makan bungkus je,, Ibu dah mula amik supplement supaya badan rasa sihat dan bertenaga. Dulu Ibu memang tak minat nak ambik supplement sebab Ibu tak nak artificial vitamin tapi nak harapkan Ibu makan makanan yang bervitamin dan berkhasiat pun macam susah jugak. 

Okla, itu sahaja cerita Ibu untuk hari ni. Esok Ibu cuti sebab kita akan bertolak ke Penang. Nanti Ibu akan upkan gambar kita nnti untuk tatapan uols esok2 di hari tua. Bye anak2...

Monday, August 24, 2020

Permata hati Ibu; Tokmek dan Tokayah

Assalamualaikum Anak2...... hari ni uols masih cuti sekolah dan Ibu hantar korang ke transit je. Abg Ariff duk merayu nak bawak HP ke transit tapi Ibu tak benarkan. Ariff memang betul addicted dengan HP. Ibu dah cuba sedaya upaya nk limitkan Abg Ariff main HP. Aisyah takde bunyi apa2. Aisyah memang tak banyak karenah, tapi kalau masa dia meragam memang terbaiikkk... So tadik, Ibu bekalkan korang nasi berlauk sebungkus sorang dan Aisyah punya nasi separuh je. Dia memang tak suka klu makan tak habis. 

Dan pagi tadi masa OTW datang ofis, Ibu sempat baca whatsapp group adik beradik Ibu. Asalnya, adik beradik Ibu dah set up satu group untuk famili. Semua ada kecuali Pok Su, sebab dia left. Termasuk jugak Tok Ayah dan Tok Mek.. Lepas tu tiba2 minggu lepas, Mokcik dah create group baru khas untuk adik beradik Ibu sahaja sebabnya..... khas untuk bincang pasal Tok Ayah. Mok cik cakap Tok ayah disyaki ada cancer buah pinggang. Memang tekejut Ibu dan adik beradik lain sebab tak sangka. Tok Ayah nampak sihat je...Terus Mok Long balik kampung minggu lepas sebab nak tengok Tok Ayah,. 

So, dalam group Adik beradik tadi, Mok Long cakap.. masa dia nak bertolak balik KL, Mok Long pesan kat Tok Ayah suruh berenti bekerja dan berehat je sebab Tok Ayah tak sihat dan terus Tok Ayah nangis dan tu la first time Tok Ayah nangis. Ibu yang takde kat tempat kejadian pun rasa sedih. Kenapa Tok Ayah nangis?? adakah sebab tengok anak yang sangat ambil berat, atau adakah Tok Ayah risau sebab penyakit Tok Ayah atau sebab Tok Ayah fikir pasal benda lain.....

Ibu tahu, Ibu dan adik beradik dah beransur2 masuk dalam fasa kehilangan. Tokmek dan Tokayah dah tua dan dihujung2 usia. Selalu dah tak sihat sini sana. Kita tak tahu bila.... tapi kita tahu Tok mek dan Tok Ayah hanya ada dengan kita tak lama dah... tapi semua tu rancangan Allah, mana tahu kita yang muda ni pergi dulu pun mungkin jugak. 

Dulu2 Ibu selalu berdoa dengan Allah, Ibu nak mati awal sebab Ibu taknak tempuhi tempoh masa kehilangan orang tua. 

Ibu tak rapat dengan TokMek dengan TokAyah masa2 kecik sebab mungkin cara didikan Tokmek dengan Tokayah buat Ibu ada gap dengan mereka.  Ibu tak penah nak cium2 dan peluk2 Tok mek dgan Tok ayah sebab Ibu segan. Ibu rasa adik beradik yang lain pun camtu jgk kecuali Mok Long.... So bila dah besar panjang ni, Ibu dah mula peluk2 Tokmek tu pun time hari raya.....masih rasa malu sampai sekarang. 

Tokmek dan Tokayah memang layan adik bradik Ibu macam budak2 walaupun kami dah tua dah ada anak2. Ibu masih bergantung harap dengan Tokayah dengan Tokmek sebagaimana seorang anak perlukan tempat bergantung walaupun Ibu dah bersuami dan ada anak2. Tiap kali balik kampung, subuh2 bising suara Tokayah kejutkan Ibu dan adik beradik bangun solat subuh. Sampai sekarang.... 

Bila fikirkan balik yang Ibubapa Ibu dah sampai hujung2 waktu... Ibu nak spend masa yang terbaik dengan mereka. Ibu dah tak nak susahkan Tokmek dan Tokayah lagi, kalau balik kampung biar Ibu je yang masak untuk mereka walaupun sekarang mereka bukan selera sangat nak makan. Makan setakat yang mana ada jek. Ibu nak selalu balik jenguk mereka kat rumah. Nak ajak mereka makan2 kat luar.... kalau nak ajak Tokayah jalan2, Tokayah tak suka sangat, tak suka tido hotel sebab selalu ingatkan rumah takde orang jaga. 

Ibu tak boleh lawan arus.. tak boleh hentikan takdir dan ketentuan Allah, tapi sebagai anak, Ibu mampu buat yang terbaik untuk mereka, cuba bahagiakan mereka sebaik mungkin. Ibu hanya berdoa agar Tokmek dan Tokayah panjang umur...dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan mereka, semoga mereka sentiasa bahagia dan kalau sudah ditakdir kan masa mereka sudah sampai Ibu doa sangat agar mereka dipermudahkan dan diberi husnul khotimah....... 

Ibu sayang Tokmek dan Tokayah.


Sunday, August 23, 2020

Welcome Cik Viva

Assalamualaikum...

Blogger dah berubah wajah. 

Dah lama jugak Ibu tak masuk sini. Takde modal nak membebel + Ibu takde kesempatan nak masuk. Ntah apa benda yang Ibu sibukkan sangat pun Ibu tak tau la.

Selepas ketiadaan kereta, sekarang ni Ibu dah beli guna Viva dulu untuk angkut anak2 ke sekolah, balik rumah tokmek, dan dalam masa terdekat ni mungkin kita akan guna Viva ni untuk jalan2 kat Penang. Ibu taknak la meminjam kereta orang untuk tujuan santai2. Ibu rasa kereta boleh masih kuat je utk angkut kita satu famili ke Penang esok lusa... 

So, sekarang ni Ibu tak fikir lagi tentang nk beli kereta baru sebab Ibu ada plan perniagaan dengan Abah dan hopefully it goes well and give us the high return, so that Ibu boleh la bayar deposit kereta a bit higher than Ibu planned before. So, terpaksa tahan dari dari membuang masa mencari kereta kat mudah. So, memandangkan kita akan menggunakan viva ni for quite a long time, Ibu terpaksa fikir to do some make up for her so that dia nampak glowing. 

Bye for now. 

Wednesday, August 5, 2020

Its hard to say Good Bye

Hi anak2...

Kemain Ibu nye tajuk.... apebenda yang dah mati??

Tajuk tu takde kaitan dengan kematian ok.. kekasih ibu dah pergi tinggalkan ibu. Ye ke? ke ibu yang kick dia??

Actually it was about my car. BRV. Ibu dah jual semalam. Sedih okey.....

Sekarang Ibu guna kereta viva buruk. Bergegar2 masa drive. Sekarang ni takde idea nak beli kereta apa. Asalnya tujuan jual kereta sebab nak beli Nissan Serena, tapi bila dah jual kereta dah jadi teragak2 nak beli kereta ikut tujuan asal atau nak melabur loan ASB.

Jadi pada masa sekarang ni, Ibu rasa.. Ibu nak beli kereta murah2 dulu tapi yang selesa mcm exora ke, dan dalam masa yang sama Ibu nak buat pelaburan ASB.

Itu keputusan Ibu buat masa sekarang.

Wednesday, June 24, 2020

C.A.N.T.I.K

Morning Kids.

Today Ibu is working. 

Ibu want to talk about being cantik.

Ibu tak cantik... dan ibu sudah tentu mahu kelihatan cantik. It is normal. Everybody is want to look beautiful. 

Ibu sedar rupa paras ibu gimana. Kejayaan Ibu, kebahagiaan Ibu dan apa yang Ibu ada sekarang tidak dipengaruhi lansung oleh kecantikan luaran tapi mugkin sedikit sebanyak ditentukan oleh kecantikan dalaman Ibu. It depends on the person itself. Maybe kalau dia keje as a model, absolutely her success totally depend on her beautiful look.

Ibu sejak dari kecil memang mahu jadi cantik sebab orang cantik selalu dapat perhatian. Orang cantik ramai orang nak kawan. Jadi disebabkan hidung Ibu yang kemek, Ibu selalu tarik hidung  dan penah jugak letak sepit baju kat hidung ibu dengan harapan hidung Ibu akan mancung macam hidung orang cantik. U know what kids, Ibu dah mula diejek sejak Ibu umur 3 4 tahun dan Ibu masih ingat sampai sekarang. Arwah paksu, adik bongsu Tok Ayah dulu2 masa Ibu kecik2, dia selalu datang bermalam kat umah Tok Mek. Bila dia datang, dia selalu la ejek2 hidung Ibu. Mungkin dia bergurau tak tau la kan tapi itu adalah tidak patut and Ibu was a little kid at that time. So, dah ada stigma dalam diri Ibu yang Ibu ni imperfect, tak cantik dan hidung kemek. So memang selalu la Ibu tarik2 hidung Ibu sehingga sekarang, tapi malangya hidung Ibu takpenah nak jadi mancung. 

Sejak dari sekolah rendah hingga sekolah menengah hingga masuk U dan sehingga la bekerja, selalu rasa rendah diri ye la sebab Ibu tak cantik kan. Lagi pulak bila kita berkawan dengan orang cantik kita boleh tengok camne orang cantik dapat perhatian instead of us yang tak cantik ni especially they got more attention from guys. Of course la u may said that 'Takpe, ia takde kene mengena dengan saya... ia tak menjejaskan hidup saya langsung... it nothing to do with me'....but deep down inside our heart mesti ada calar jugak sikit2. Mesti ada. Cannot deny.

Then, bila Ibu dah ada anak2, Anak2 la yang selalu puji Ibu cantik. Even ur Abah pun tak pernah bagitahu Ibu cantik maybe because he wanted to be honest and tak nak berdosa menipu. Ibu sangat seronok dapat pujian dari anak2 and Ibu percaya  pujian uolls adalah ikhlas. Cuma bila Ariff dah besar dan sekolah, ada jugak Ibu dengar Ariff ngadu yang dia tak cantik.. dan Ibu sangat sedih bila dengar anak cakap camtu. Bagi Ibu uolls sangat cantik takde tolok bandingan nya kat mata Ibu. Kat mata orang lain tu biaq pi la. Ibu cuma bagitahu, muka anak2 of course akan ikut muka Ibu. Kalau uolls rasa Ibu ni cantik, then muka uolls mesti cantik macam muka Ibu. That was how Ibu gave back ur semangat and taknak bagi uolls sedih. 

Bila hidung Ibu tak pernah jadi naik mancung, Ibu learnt to take myself as I am. R.E.D.H.A. Bahagia Ibu bukan lah ditentukan oleh kecantikan Ibu. Bahagia Ibu bahagia datang dari sudut yang lain. So, Ibu put an effort to beautify myself from other aspect. I am trying to be a good person inside out. Try to sincere when doing anything, doing in the name of Allah. Be humble. Be kind. Be generous. Be solehah. Be taqwa. And most importantly I want to look beautiful in front of my Creator. Im still trying till now.. even though its really hard to get rid a few sins that still stick to me for example gossiping. 

Allah never judge us on the look,. Ada hikmah Allah kurniakan Ibu rupa paras macam ni. Mungkin, kalau Ibu cantik, Ibu akan jadi lupa diri. Buat lagi banyak dosa. 

As a conclusion, Ibu bersyukur dengan rupa paras Ibu sekarang, takde la cantik tapi masih elok di pandang. Yang penting, rupa paras Ibu adalah dari my parent. 

Thats all bebelan ibu pagi ni. Mungkin dah boleh mula buat keje. 


Tuesday, June 9, 2020

17 Syawal

Ibu kat ofis ni.

Hari ni Ibu tak masak apa2 utk anak2 kat rumah. Plan semalam mcm nk goreng mee je tapi tiba2 bangun pagi malas pulak nak menggoreng sebab sangat mengantuk. Semalam Ibu tidor lambat sikit layan Nasi Kerabu untuk Cik Abe kat Utube.

Takde menda pun nak cerita. Tapi ntahla, sejak akhir2 ni macam berkobar2 je Ibu nak tukar kereta baru tapi tu la, kereta sekarang ni dah berbulan2 Ibu iklankan kat nudah, tak terjual2 lagi. Sendu betul kereta model ni.

Lagi Ibu pikir jugak betul ke tindakan nk tukar kereta di waktu2 camni. Yela., ekonomi negara macam tak berapa baik.. takut terkena tempias jugak kat kiter2 ni..hmmm..

Hari ni Ibu kena fokus buat keje... takleh main2 dah...

Dah, thats all

Thursday, June 4, 2020

12 Syawal

Hari ni Ibu kerja dan hari kedua Ibu puasa sunat. 

Semalam tak smpat posting sebab sibuk membawang, then Ibu keluar audit ke Pasir Puteh. Sampai ofis semalam dah pukul 4 dan terus bergegas balik rumah sebab Abah korang nak pergi melawat makcik nya meninggal petang semalam. 

Ibu balik, Alisha masih belum mandi dan masih berpampers @ 4.00 petang. Sangat2 menyakitkan hati nengoknya. 

Ibu balik, tempat BBQ tu dah takde kat tempat biasa. Abah dah simpan. 

Dan nak cerita sikit pasal anak2. Semalam ibu hanger Aisyah sebab dia tanak solat Isya'. Memula dia dah solat, tapi tak pakai telekung. Then Ibu suruh dia pakai telekung tp dia berkeras tanak pakai dgn alasan dia mengantuk sngat dan pakai telekung adalah lambat. Lepas tu dia cakap, dia sakit kaki. Then, dia cakap nak solat kejap2 lagi dan u know what masa tu dah pukul 10. Kejap2 lagi apanya??... bila Ibu berkeras suruh dia solat, dia cakap nak solat dgn Alisha dan Alisha sebenarnya dah solat. Then dia cakap pulak nak solat dgn Ibu. Ibu memang dah naik angin. Sebenar acah2 je nak hanger tapi bila dia bagi macam2 alasan dgn tujuan tanak solat memang kena la dgn Ibu. Ariff dah tenangkan Ibu dan cuba pujuk Aisyah supaya solat. Dia tanak adik dia kena hanger sebenarnya. Dan part yang paling kelakar bila Ariff cakap..'sudah la ibu, pegi amik wudhu..'

Pagi ni sebelum ke pejabat, Ibu dah siapkan makanan untuk seisi keluarga. Sup tulang + telur dadar sahaja. 

Thts all update untuk hari ni. 

Tuesday, June 2, 2020

10 Syawal

Hari ni 10 Syawal dan hari ni Ibu bekerja. Hari ini juga hari pertama Ibu puasa sunat. Plannya nak direct je sampai hari Khamis ni, dah 3 hari terus. Hari kat pejabat adalah hari terbaik untuk puasa. Ibu taknak puasa kat rumah sebab Ibu rasa cam nak makan je walau hakikatnya kat rumah kitra bukan ada stok makanan pun selain dari Maggi dan biskut kering. Sejak PKP dah jadi bersyarat ni, Abah dah tak rancak membeli. Kalau tak setiap hari keluar mencari stok makanan. Anak2 pun terpaksa akur makan biskut kering je. Klu nak lagi sedap sikit, makan biskut kering bergula. Semalam pun Ibu makan meggi kering camtu je. Buka peti ais takde makanan, buka kabinet pun takde apa.. makan megi pun jadik la. Budak2 berempat tu biasa sentiasa menyokong setiap apa yang Ibu buat. 

Untuk makluman, Ibu kat rumah tidak la sempat nak berblog ke apa sebab HP ibu sentiasa dalam jagaan Aliyah. Geram budak kecik tu. Ngekor je Ibu 24 jam. Tiap kali dia main HP tiap kali tu jugak dia akan mendownload video. Dan tiap kali itu jugak Ibu akan delete. 

Tadi pagi Ibu dah sediakan nasi lemak tinggalkan untuk orang2 kat rumah cuma ayam je tak sempat nak goreng sebab masih kesejukkan. Dah pesan dengan Abah korang gorengkan. Harap2 Abah korang tu tak buat sepah la kat dapur Ibu., Alang2 dah menyebut nama Abah korang, Ibu nak membebel la sikit. Abah korang ni kalau budak2 lagi memang dah kena hanger dah dengan Ibu. Alkisahnya Abah korang beli la tempat bbq. Kemain eksaited dia nak menggril lauk. Masa bulan puasa hari tu tetiap petang, tnya ada apa2 yang dibakar ke? tiap kali bertnya dah pukul 5.30 petang, pukul 6.00 petang dia datang la semangat nak membakar tu. Memang tidak la Ibu nak melayan. Tapi minggu lepas, pada 27/5 sempena anniversary kami, Abah korang beli daging kambing dan perapan suruh ibu sediakan utk BBQ malam tu. Ibu ikutkan aje. Tapi bab2 membakar tu Ibu tak join la kecuali masa abah nak solat Maghrib tu take over la kejap. Lepas tu ibu tukang makan je. 

Yang Ibu nak marah sangat, sampai saat ini., tempat BBQ tu masih tersadai ditepi rumah dengan keadaan daging2 masih melekat. Memang sakit hati nengoknya tetiap pagi bila ibu turun sidai baju. Geram aje nak amik buang kat tong sampah besar. Klu dia bising cakap aje ada orang curi. 

Tadi pagi Ibu dah pesan dah melalui wasap. Sila bersihkan dan simpan tempat BBQ tu ditempat yang sepatutnya. Ibu nk tengok ada tindakan atau tidak dari Abah korang. Kalau tak, mggu depan selamat la kau besi kat dalam tong sampah. Kalau benda tu ada lagi petang ni, nnti Ibu up gambar. 

Gerrammmmm..grrrrr


Tuesday, May 26, 2020

Selamat Hari Raya 1441H / 2020

Raya ke 3, Ibu sudah di pejabat. Malas nk minta cuti sebab tak kemana pun. Simpan cuti lagi bagus untuk hal2 kecemasan. InshaAllah, cuti tahun banyak yang jimat sebab MCO. 


Sebenarnya teman tahun ni pink belacan. Baju melayu Ariff dan Abah actually Ibu dah beli akhir tahun lepas lago sebab tu depa ada baju. Baju gegirl ibu tak jahit terus walaupun kainnya dah beli bila dah kena PKP. Tapi inshaALLAH ibu akan jahit baju gegirl utk raya Haji. 

Tuesday, May 19, 2020

Ramadhan yang ke26

Ramadhan nak balik dah... tak tahu sempat jumpa lagi ke idok tahun depan. Kang Dia datang lagi tahun depan, Ibu dah takde...harap2 umur Ibu masih panjang sebab anak2 Ibu masih kecil dan memerlukan Ibu.

Awal2 Ramadhan hari tu beria2 la Ibu snap gambar masakan berbuka, tgh2 bulan puasa takde dah nak amik gambar bagai macam awal2 puasa ritu... kelaut. Ibu pun tak tahu kenapa Ibu tak teruskan snap gambar... lupakan la, Ibu sebenarnya bukan la taraf2 blogger yang komited pun. 

Sekarang Ibu kat ofis. Keje ye, 3 kali seminggu.. tapi routine Ibu seperti siram pokok2 Ibu tetap Ibu teruskan. Pokok lada dah buahkan hasil alhamdulillah. 

Pagi tadi masa nk bersiap2 datang keje,. Ibu macam terlintas satu cerita yang Ibu ingin kongsikan kat blog ni tapi Ibu tak sempat nak berblog sebab rushing nak datang keje. Bila dah free gini, takde la pulak datang idea nak menulis. Takpe, nanti idea datang lagi, Ibu kongsi kat sini ye. 

Sejak menjak 2 bulan ni, bila bank tangguhkan bayaran ansuran kereta dan pinjaman peribadi Ibu jadi kaya sekejap. Ibu pun jadi lupa diri. Macam2 Ibu membeli dah takde dah life motto Ibu yang berbunyi 'Stop online shopping, start a secured living'. Memang motto ni Ibu tampal kat depan PC ye, hari2 tengok sebab nk ingatkan diri sendiri jangan galak sangat shoppim.. kelak diri sendiri merana. Tapi since Ibu kat rumah je during this MCO period, tak baca dah motto Ibu tu jadi Ibu lupa diri. Spending Ibu mencanak naik. Bulan April lepas Ibu ada juga menyimpan lebihan duit gaji, dan sedihnya bulan ni takde saving.. 



Barang Ibu shoping:

1. Makanan dan keperluan kat rumah tokmek - ini okla, sbb tanggungjawab ibu nih

2. Handbeg

3. Pressure Cooker Russel taylor. Asalnya nak beli brand noxxa tapi mahal dan rasa rugi plak sebab dgn harga RM700 mungkin dah dapat beli 2 3 barang lain. Be smart gitu. 

4. HP - ini sebenarnya tak perlu tapi Ibu termakan pujukan Abah. Kami dua2 beli hp baru. ** hantuk kepala kat dinding**. Kesat air mata.. lepas ni gambar uolls mesti cantik dah sebab guna hp baru kann

5. Baju dan tudung raya - ni nanti nak claim dgn abah. Beria padahal tak raya pun.

6. 3 rak yang nk letak kat dapur - barang kat dapur memang dah ke reorganise sebab dah makin semak

 7. Lain-lain barang yang bernilai kecil tap banyak barang la mebeli. Imagine Ibu membeli barang nilainya RM 40+/- tapi 10 kali. itu lah maksud Ibu. eg, makanan sebab xleh keluar shopim, sanitizer, dettol, mask, gardening tools, etc..

Posting kali ni takde kaitan langung dengan Ramadhan pun kan. Sekarang ni lepas kerajaan umumkan Perintah kawalan pergerakan Bersyarat, Ibu dah penah keluar shopim, Ibu dah mula ikut abah balik berbuka umah nenek dan yang paling menggembirakan Ibu dah boleh balik rumah tok mek. 

Semalam balik berbuka kat rumah nenek. Ibu buat kuih butir nangka. Butir nangka ibu buat tu bukan mcm kebiasaan butir nangka sebab Ibu campur ubi keledek jepun dengan tepung pulut. Ibu cuba nak jadi kreatif dan inovatif sebab ubi tu dah lama takut rosak, maka terhasil la butir nangka ibu tu. Lauk pulak ibu buat ayam masak merah sebab ibu tahu anak2 ibu suka.  Tapi tida gambar dan ibu agak terkilan.. Selepas berbuka, masa ibu tengah solat, Ibu terdengar nenek tanya Abah ibu guna tepung apa buat kuih. Dia tanya ibu guna tepung kanji ke? Dengar abah iyekan aje... mungkin rasa lain kot. Dan jelas di situ Ibu tak kusyuk dalam solat. 

Ibu cuba menghabiskan sisa-sisa Ramadhan ni dengan sebaik mungkin. Sebaik dari tahun lepas InshaALLAH. Abang Ariff pun semakin helok puasa dia compared tahun lepas. Alhamdulillah sgt sebab yang puasa lagi banyak dari yang tak puasa.. Kak Aisyah pulak sempat 5 hari puasa. Ok la.. Sarah memang setiap hari dia akan puasa tapi dia akan sahur lepas bangun tidor. Sahur dia dalam pukul 11 pagi camtu la...Tiap kali buka puasa, memang dia akan ada kat meja makan dan siap request nak minum air apa. Dah la selalu air tanak sama macam orang lain.. Layan jela..

Semalam Ibu buat biskut raya sambil dibantu oleh anak2 perempuan. Seronok la dorang walaupun Ibu sebenarnnya tak gemar anak2 menyibuk kat dapur masa Ibu buat keje. Tapi takpe la, Ibu nak korang ada kenangan waktu kecik2 gitu so bagi la korang buat biskut. Konon2 nak rekod video nak upload dalam FB biar jadi viral macam Sugu, orang India yang masak2 dalam FB tu. Tapi nan hadooo...


Ibu tak tahu kena Aliyah bergambar camtu. Memang gitu la gaya dia klu tahu orang amik gambar dia



Ibu is so impressed sebab posting kali ni agak panjang. 

Thursday, April 30, 2020

7th Ramadhan

Genap seminggu berpuasa dan Ibu bekerja hari ni. Hari ni mungkin Ibu tak masak,.. let me rest for today. Hari2 masak, pening Ibu nak fikir menu setiap hari. Tapi for sure, Ibu dah tahu apa masakan yang anak2 suka. Uolls suka ayam masak merah, sup ayam, masak lemak telur dan nasi lemak. Macam mana ibu tahu? sebab bila uolls selalu request.. dan bila nasi nasi periuk selalu licin bila Ibu masak menu kat atas... means uolls suka lauk tu la kannn


Puasa pertama

Cubaan buat kuih tepung pelita. Kemain buat berbekas2 konon nak bagi jiran sekali. Tapi sebbaik tak sempat bagi sebab tak sedap. 

Puasa ke dua tiada gambar sebab Aliyah dah habiskan bateri hp Ibu.

Puasa ketiga

Puasa keempat

Yang ni cubaan kali ketiga, Boleh tahan la rasa cam kat restoren. Usaha tangga kejayaan  gitu

Puasa kelima tiada gambar sebab kena tidurkan Aliyah di saat azan Maghrib berkumandang. 


Puasa keenam. 

Rasa cam pening tngok gambar makanan. Tunggang tebalik. Maafin Ibu sebab takde skill nak amik gambar makanan cam orang lain. 

Sunday, April 26, 2020

3rd Ramadhan

Morning. 

Pagi ni hujan renyai2. Alhamdulillah tak panas sgt. Seisi rumah masih tido lagi. Waktu tido budak2 ni dah beranjak 180° sekrang ni. Ngalahkan ibu. Pkl 12 lebih baru tido, bangun pulak nk dekat pkl 11. Habis la lepas ni adjust semula waktu tido budak2 ni bila sekolah buka.

Anddd... bapak dia pun sama naik. 

Mood nak WFH dah kelaut dalam. Rumah bersepah gila. Ibu malas nk kemas sbb frust budak ni suka sepahkan rumah dan bapak dia tak bagi kerjasama nk rumah kemas. 

Dari bedroom to kitchen mmg bersepah2. 

Semalam Ramadhan ke2, Ibu pancit. Sakit belakang + sakit kepala. Last2 tersadai kat katil. Lepas Asar br mula masak memasak.  Ngaji pun tak semalam.. 

Asalnya belah pagi Ibu bersemangat. Sempat ngemas kabinet, susun2 stok makanan kat dapur. Dah siap cabut2 rumput kat kebun mini... then, tgh bincang dgn abah mana nk cari tauhu kering sbb plannya nk buat tauhu begedil. Then Abah la yg suggest Ibu pegi cari kat giant masa anak2 tgh tido. This is my first shopping during this PKP. Ada jugak singgah kat kedai runcit lepas blk keje, but maksud Ibu shopping yg betul2 like tolak trolley gitu.

Siap shopping pkl 12 tghr. Balik angkt brg2 dr kereta dah terus rasa sakit belakang dan datang pulak sakit kepala. Adooii.. siksa. Nk baring aje manjang. 

So, Ibu tanak dah keluar shopping. Next time biar Abah je yg handle bab shopping2 ni. 

So, smlm.. ibu masak daging goreng kicap + telur bungkus + gulai lemak udang. Takde gambar sebab Aliyah habiskan bateri ibu. Semalam seharian dia main handpon. Lepas hp habis bateri, sambung pulak main ipad. Apa nk jadi anakku..

This is my cooking for first Ramadhan



Friday, April 24, 2020

1 Ramadhan

Assalamualaikum.

1st Ramadhan. Kita sahur dengan cereal je pagi ni. Harap anak2 dapat bertahan sampai ke Maghrib.

Pagi, seperti biasa Ibu akan sidai baju kat ampaian then siram pokok2 kesayangan Ibu. Lepas tu, Ibu rehat kejap sambil tulis blog and lepas ni Ibu dah nk mula WFH. Anak2 masih terbongkang tido, takpe.. sebab uolls masih dalam proses nk belajar puasa so Ibu takde strict sgt nk uolls mgaji quran.. slow2 ye anak2.

Ibu tngah duk fikir nk masak apa utk buka puasa petang ni.... nnti ibu update beserta gambar apa juadah kita utk petang ni. 








Ya Marhaban Ramadhan

Assalamualaikum....

Esok sudah 1 Ramadhan. Sempena kedatangan Ramadhan, hujan turun sejak dari semalam lagi. Hari ni masih hujan. Syukur Alhamdulillah, bumi kembali basah setelah lama kepanasan. Memang panas terik sungguh kebelakangan ni.

Ramadhan kali lain sikit sebab takde solat terawih kat masjid, takde bunyi azan dan orang mengaji dari masjid, takde nak kalut nak mengira turn nak balik berbuka kat umah sapa stiap minggu.. sedih. Ibu tak kalut pun bazar Ramadhan takde tahun ni, sebab dari Islam bukan bazar Ramadhan yang kita duk tunggu2... kita tunggu keberkatan bulan itu sendiri. Nak cari pahala lebih sikit berbanding bulan2 yang lain macam2 amalan kita boleh buat.... kalau takde bazar Ramadhan tu biaq pi la... Ibu boleh jah masak simple2.. klu boring masak, kita beli lauk simple2... 

Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang terindah dan penuh pengisian berbanding tahun2 sebelum. Aminnn
..

Thursday, April 16, 2020

Kisah beg

Lagi ibu membebel malam ni

Actually ibu bersemangat nak buat WFH tp Abah la pulak pinjam pendrive Ibu and all my work are inside it. So, since my home is my office, Ibu pun apa lagi, terus pergi berehat ataih katil. Yang tak tahannya, ada pulak budak yg admire Ibu duk peratikan Ibu sepanjang masa. Tngok Ibu masuk bilik dia pun apa lagi ngekor la masuk bilik jugak. Heeii.. Ibu baru nak ber'me' time. 

Malam ni ibu nak introduce uoll dgn kawan Ibu. Ibu befriend dgn dia agak lama jugak since 2013 or 2014 i guess... lets say hi to miss le pliage. Dia asal negara omputih, tu pasal nama dia pelik sket....




Ini la handbag ibu yang paling lama atau 'tua' yang masih setia dengan ibu. Dah berlubang2 dah kat penjuru beg tp apa ibu kisah. Masih boleh guna, dan duit masih selamat lagi dalam beg ni. Kenapa tetiba bercerita psl hbeg? Kemain bercerita ngalahkan org yg guna beg mewah. Ibu bukan nak meriak ke menunjuk ke hapa. Apa kehal la nk menunjuk beg buruk camgitu..

Asalnya Ibu ngemas beg. Buang segala sampah yg ada dalam beg. Tiba2 ibu rasa emotional about this beg. So, ibu rasa nk bercerita la tntang beg ni. Harga dia Ibu dah lupa. Tp ibu suka usung beg ni kemana sebab beg ni besar dan ibu boleh campak2 je barang2 dalam dia. Ibu ni kannn anak kecik je manjang. Takdan nk besar anak, dah dapat baby lagi..jadi bila hendak kemana2 barang2 anak la yang harus diutamakan. Pampers la. Botol susu. Towel kecik. Wet tissue. Baby food. Botol air masak. Pamper pulak tu 2 3 saiz. Tp memang senget la bahu ibu bila usung beg ni. 

Ibu takde la sedih ke terkilan klu beg kotor ke, air susu tertumpah dalam beg ke.. Ibu dah biasa dan Ibu memang percaya ketahanan dan kekuatan beg Ibu ni, dan sehingga sekarang, dia masih setia berkhidmat dgn Ibu.. memang terbukti beg ni adalah serbaguna...

Itu la kisah handbag ibu. Cerita pendek sempena musim Pkp.

Bye.